Jumaat, Disember 31

experiment sempena tahun baru..

susahkan nak bawak kesana-kemari laptop uols tu? berat, besar gedabak, susah nak bergerak, leceh, etc..
kenapa tidak bawak external hard drive je? kecik, ringan, mudah, dan gaya.macam mana?

okay.aku ada satu idea.aku nak install OS dalam external hard drive dan buatkan ia bootable.so, boleh dibawak kemana-mana dan ringan dan portable, dan mudah, dan canggih, dan gaya.hehe
all we have to do, bawak external, coc0k kat laptop/pc kengkawan, boot dari situ, dah jadik sebijik cam laptop sendiri.all access kpada suma file.semua keje jadik mudah.
tapi aku masih dalam research sana-sini dan sedang buat perancangan kewangan (memandangkan aku seorang yang boros dan belum ada external sendiri).projek ini dipanggil Projek Menghasilkan HDD AJAIB.hehe

anyway, sempena tahun baru 2011 ini, aku akan postkan tutorial camne nak buat HDD AJAIB ni sebagai fresh start buat kita semua.Selamat Tahun Baru Georgian semua...

Khamis, Disember 30

Prosa IV - risau

aku mula risau dengan keadaan, situasi aku sekarang.
aku mula fikir ada sesuatu yang tidak kena dengan dunia sekarang ini.
aku mula fikir ada sesuatu yang tidak kena dengan malaysia kita sekrang ini.
maaf.aku tak boleh halang otak aku dari terus mempersoalakan keadaan masyarakat.
mungkin aku boleh tidur.lupakan sebentar persoalan demi persoalan itu.
mungkn aku boleh keluar bermain, camping, meng-KL menjerit untuktagguhkan persoalan itu.
tapi bilamana aku sedar.bilamana aku celikkan mata,minda, hati, aku nampak semula persoalan itu.
aku risau takut-takut pemikiran ini menjerumuskan aku.maka aku tergolongan dengan mereka yang berfikir tanpa jawapan yang pasti.

akidah,tauhid aku bukanlah tahap dewa.
aku menulis ini bukan kerna nama.
hanya sekadar melepas beban di dada.

Rabu, Disember 29

cara untuk tukar dan pasang tombol pintu rumah anda.

sudah hampir seminggu aku tak kunci rumah waktu keluar.sedikit risau sebenarnya bila memikirkan aku layout laptop (walaupun agak buruk) diruang tamu dalam rumah yang tidak berkunci ini.tapi alhamdulillah, masih selamat.tadi entah kenapa, aku jadi rajin.aku beli tombol pintu baru bagi gantikan tombol pintu rumah sedia ada yang telah rosak.kemudian aku blank.aku tak pernah tukar tombol pintu jenis ini.ini tombol pintu paling mudah untuk ditukar sebenarnya.budak tadika pun boleh buat..jika diajar.

tapi dek kerana tiada pengalaman untuk buat sendiri, terpaksalah tanya Lebai Google.so, Lebai Google recommend kan aku pada satu laman seswang ni yang ada sedikit tunjuk ajar untuk buat benda alah ni.so, aku ni dah malas dan penat sebab baru lepas tukar tombol tadi.korang tengoklah sendiri link kat bawah ni yek.keh keh..

CARA TUKAR TOMBOL PINTU

*ini akan ada gunakannya nanti.percayalah.

Selasa, Disember 28

rasa sangat teruja bercampur gumbira.

semua orang cuti.tinggal beberapa kerat saja budak awam yang masih tercegat kat lumayan nie.aku antaranya.
itu pun kerna ada training nasyid yang mana akan ada open competition tak lama lagi.
Nasyid.music.itu bagai nadi aku.tak ada hari aku tanpa music.paling koman pun humming dalam toilet.hehe

aku suka menulis, mengarang prosa.ada antara yang dituliskan dijadikan lagu-lagu.kebanyakannya lagu nasyid diiringi perkusi-perkusi.boleh ditukar-tukar key dan tempo.namun akhir-akhir ini.semenjak belajar dan tahu sikit-sikit pertik gitar, aku mulai menggubah lagu yang berlatarkan bunyi gitar.antaranya lagu-lagu Probod yang tak aku pamerkan kat sini.hehe.nantilah..lagu nasyid, baru satu.Generasi Pemacu Ummah.

hari tu, selepas pertandingan nasyid Festival Convo universiti aku, aku bercadang untuk adakan minus-two untuk lagu itu.dan semalam, minus-two itu siap.pergh..gumbiralah gila.first time dalam sejarah hidup aku, aku punya minus two untuk lagu rekaan sendiri.


itulah kisahnya.aku masih belom dapat tidor.tengah pasang angan-angan nak jadik komposer.keh keh

Isnin, Disember 27

Prosa III

banyak jalan aku tempuhi.
banyak orang aku jumpa.semua mereka aku rapati, kenali.
aku ada kenalan ekstrimis.aku ada kenalan kapitalis.aku ada kenalan sosialis.

aku cuba faham mereka.agar aku lebih kenal dunia.
aku cuba selami fahaman mereka.agar aku lebih rapat dengan dunia.

Sister In Islam.persepsi dilontarkan pada fahaman liberalisme mereka.
salahkah mereka.tuhan saja yang tahu.pada aku, mereka beruntung kerana mereka bukan golongan babi-buta yang hanya ikut telunjuk, membontoti arahan sang raja.

Seksualiti Merdeka.mereka dikatakan ada agenda menghalalkan seks bebas.dikatakan.
aku kenal mereka.Brother Pang, kau tak bersalah.kau cuba cari identiti.sekurang-kurangnya kau mencari.
biar orang kutuk, maki.kau tetap berdiri.

aku monolog dari malam sampai pagi.
siang hari, aku tidorkan diri.merehat otak.
kerana malam hari, waktu yang sesuai sekali,
untuk minda bekerja, mencari informasi,
itulah kehendak hati.

aku idealistik atau realistik?
apa kuasa kau untuk menghukum.
hnya Tuhan yang tahu.

keh keh

Rabu, Disember 22

SISTEM EKONOMILAH...BANGANG!

BUKAN ORANG TAPI SISTEM


A, B DAN C EKONOMI KITA

Harga gula dan harga bahan bakar minyak baru sahaja naik. Harga leterik akan naik tidak lama lagi. Malah seribu satu macam harga barang barang keperluan yang lain telah, akan dan sedang naik harga. Apa sahaja barangan konsumer yang bersangkutan dengan gula dan bahan bakar minyak petrolium pasti akan naik.

Orang ramai pasti ingin tahu apakah sebenarnya yang sedang berlaku. Kenapa harga barang keperluan naik. Kenapa dahulu harga murah dan sekarang naik. Apa yang menyebabkan barang naik. Kenapa ianya naik pada ketika ini.

Untuk memahami semua persoalan ini kita wajib memahami sistem ekonomi kapitalis. Malaysia mengamalkan sistem ekonomi kapitalis. Dalam dunia ini ada dua sistem ekonomi. Satu sistem ekonomi kapitalis dan satu lagi sistem ekonomi sosialis.

Sistem ekonomi kapitalis berpaksikan keuntungan maksima. Apa sahaja projek, dasar pembangunan atau kaji selidik yang dilakukan semuanya berkiblatkan keuntungan maksima. Kapitalisma tidak ada agama dan tidak ada bangsa. Di Saudi Arabia kapitalisma beragama Islam. Di Itali kapitalisma beragama Katholik. Di India kapitalsima beragama Hindu. Di China kapitalisma tidak beragama. Yang penting untuk kapitalisma ialah untung bukan agama atau bangsa.

Sistem sosialis berpaksikan kebajikan ramai. Keuntungan bukan jurupandu sosialisma. Pembangunan dibuat bukan untuk kroni atau untuk mencari untung tetapi untuk kebajikan umum. Dalam sistem ekonomi sosialis semua punca punca pengeluaran dan bahan keperluan asas untuk warga seperti air, udara, hospital, makanan, pengangkutan, leterik atau jalan raya dimiliki oleh kerajaan. Keuntungan tidak dijadikan juru ukur atau tangga kejayaan. Kesejahteraan awam diutamakan.

Sistem ekonomi kapitalis ini telah dipaksakan ke atas Malaysia. Pada satu ketika dahulu air, api, hospital , jalan raya, sistem penerbangan awam – semuanya milik rakyat. Hari ini satu demi satu harta orang ramai ini telah dijual kepada kaum pemodal yang kaya dan berduit. Penjualaan harta orang ramai kepada milik persendirian ini dinamakan penswastaan.

Dasar penswastaan ini adalah satu strateji kaum pemodal untuk menaklok dan menguasai punca punca ekonomi yang dimiliki oleh orang ramai. Cara mengambil alih harta orang ramai ini bukan satu pekara yang susah untuk dilakukan.

Kaum pemodal dan kaum kapitalis telah memberikan dana dan sokongan kepada ahli ahli politik. Kaum pemodal dan para kapitalis telah menaja ahli-ahli politik yang akan menyokong dasar penswastaan. Apabila parti dan ahli-ahli politik ini menang pilihanraya maka kerajaan baru ini terus memperkenalkan dasar penswastaan. Inilah caranya dasar penswastaan diperkenalkan di United Kingdom oleh Parti Konservatif Margaret Thatcher satelah mengalahkan Parti Buruh.

Di Malaysia agak berbeza - penswastaan diperkenal melalui Dasar Ekonomi Baru. Dasar Ekonomi Baru ini cuba melahirkan kaum kapitalis Melayu. Justeru banyak syarikat kerajaan - harta orang ramai - telah difaraidkan. Pada dasarnya difaraidkan kepada orang Melayu dan bumiputera. Tetapi akhirnya semuanya diambil alih oleh para cukong yang memiliki modal yang lebih ampuh.

Hari ini api leterik, gula, beras, minyak makan, tepong, jalan raya, universiti, hospital – yang pada satu ketika dahulu dikawal atau dimiliki oleh syarikat milik kerajaan kini telah sekali lagi diambil alih oleh kaum pemodal. Kalau dahulu perkhidmatan menjadi tulang belakang dan iman syarikat dan lembaga ini. Dengan penswastaan rukun iman kaum pemodal ialah keuntungan maksima. Khidmat yang diberikan wajib mendapat pulangan yang menguntungkan.

Justeru kerana itu satu demi satu barang-barang keperluan kita dinaikan harganya. Tuan empunya syarikat, tuan empunya kilang dan para pengedar tidak pernah mahu keuntungan mereka turun. Dalam masa yang sama kerajaan tidak lagi dapat berbuat apa apa kerana syarikat ini bukan lagi milik orang ramai. Untuk memedihkan cerita – para menteri dan kaum keluarga mereka juga memiliki saham dan kepentingan dalam syarikat ini.

Mereka yang membuat dasar penswastaan memiliki kepentingan dalam syarikat yang diswastakan. Malah perjanjian antara kerajaan yang menjualkan harta orang ramai ini masih menjadi rahsia. Apa yang kita diberitahu ialah syarikat syarikat ini berhak - kerana perjanjian – untuk menikkan harga mungkin setiap tahun atau mungkin setiap dua tahun. Kita tidak tahu kerana perjanjian ini masih satu rahsia dibawah Akta Rahsia Kerajaan.

Sistem ekonomi kapitalis negara kita ini juga berkait rapat dengan ekonomi kapitalis sedunia. Turun naik harga barangan di negara luar akan juga mempengaruhi harga barangan dalam negara kita. Ini kerana sistem ekonomi kita telah diikat. Cara kita diikat ialah melalui nilai ringgit yang diukur mengikut nilai dolar. Kita juga – malah seluruh dunia - dipaksa menggunakan dolar Amerika dalam hal jual beli minyak dan ekspot impot.

Pada ketika ini Amerika sedang berperang dengan rakyat Iraq, Afghanistan, Pakistan dan tidak lama lagi dengan rakyat Iran. Perang telah membawa musibah yang maha sangat ke atas ekonomi Amerika. Pada hari ini ekonomi Amerika dalam keadaan lintang pukang.

Ketika ini pengangguran ditahap paling tinggi dalam sejarah Amerika. Kilang-kilang banyak yang ditutup. Berpuluh puluh bank besar dan kecil jatuh muflis. Rumah-rumah banyak yang diambil kembali oleh bank kerana gagal membayar hutang pinjaman. Semakin ramai warga tidor dalam kereta atau merempat. Suasana zaman meleset tahun 1929 telah berulang sekali lagi di Amerika.

Kerajaan Amerika perlu mencari dana untuk menampung perbelanjaan perang. Perang di Iraq memerlukan satu bilion dolar sehari. Hakikatnya pada hari ini Amerika Syarikat telah lama jatuh bangkrap.

Justeru untuk mengapongkan Amerikan dari tenggelam, kerajaan Amerika telah meminjam duit dari Federal Reseve. Caranya cukup senang. Federal Reserve telah mencetak duit dan mengagihkan duit ini kepada kerajaan Amerika. Hutang pinjaman ini akan dibayar oleh warga Amerika. Dengan kekuatan bala tentera kuasaimperial Amerika telah memaksa negara negara kapitalis yang lain termasuk Malaysia untuk menggunakan dolar ini – dolar yang tidak memiliki apa-apa nilai. Selain dari nilai takut – takut digudam oleh bala tentera Amerika.

Perang yang berterusan ini masih tidak nampak pintu damai dan sedah memerosotkan nilai dolar. Apabila nilai dolar merosot maka barang yang kita ekspot bertambah murah. Dalam masa yang sama barang yang kita beli bertambah mahal. Minyak yang kita jual juga menjadi murah kerana kita dipaksa menjual dengan menggunakan dolar.

Semua pembekal - besi, beras, makanan, sayuran – malah apa sahaja yang kita impot dari luar - harganya akan dinaikkan untuk mengimbangi nilai dolar yang jatuh. Negara lain juga tidak mahu mata wang dan ekonomi negara mereka ditarik kebawah oleh kemorosotan nilai dolar. Laku mereka menaikkan harga barangan yang mereka ekspot. Akhirnya barang ini kita beli dengan harga yang semakin mahal.

Satu pekara yang sedang menjerut sistem kapitalis antarabangsa ialah kekurangan bahan bakar petrolium. Setiap hari bahan bakar ini semakin berkurangan. Bahan bakar ini adalah penjana tenaga yang maha penting dalam sistem kapitalis antrabangsa ini. Tanpa bahan bakar ini sistem kapitalis antrabangsa ini akan runtuh.

Apabila harga bahan bakar petrolium naik dipasaran antarabangsa maka tidak dapat tidak harga minyak dalam negara kita akan naik juga. Ini telah dan sedang kita lihat berlaku. Kenaikkan harga bahan bakar petrolium ini akan melibatkan asas ekonomi kapitalis. Tidak ada yang selamat dari bencana yang akan dibawa oleh kekurangan bekalan bahan bakar petrolium ini. Apabila bahan bakar petroilum kurang dipasaran dunia maka semua negara yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis akan menghadapi krisis yang maha besar.

Harus kita semua menerima hakikat bahawa bahan harga bakar petrolium ini akan terus naik dari hari ke hari. Ini kerana minyak makin berkurangan. Ini juga bermakna semua harga barangan yang kita lihat hari ini akan terus berubah menjadi lebih tinggi.

Kerajaan Najib Rosmah ketika ini telah mula menjalankan dasar untuk melupuskan subsidi. Ini adalah atas tekanan kaum pemodal tempatan dan antrabangsa. Mengikut hujah jahat kaum kapitalis harga barangan tidak perlu disubsidi kerana ini akan menempangkan pasaran. Untuk kaum kapitalis tuhan mereka ialah pasaran. Pasaran lah yang akan menentukan semua.

Kerajaan Najib Rosmah tidak ada pilihan. Najib sendiri dengan kes pembunuhan Altantuya sebagai latarbelakang tidak dapat melarikan diri dari tekanan Amerika. Dalam masa yang Najib juga memerlukan sokongan para cukong dari MCA. Para cukong kini telah mula bersuara untuk meminta kerajaan kurang memainkan peranan dalam percaturan ekonomi negara. Ini kerana para cukong dan kapitalis antarabanga mahu harta-harta rakyat yang masih dipegang oleh kerajaan dapat mereka bolot.

Yakinlah dalam masa yang terdekat lebih banyak barang akan dinaikan harga. Lebih banyak subsidi akan ditarik kembali. Rakyat Malaysia hanya ada satu pilihan mengubah kerajaan yang ada sekarang atau terus terperangkap dalam saistem ekonomi yang menindas.(TT)

*seperti yang diambil dari http://tukartiub.blogspot.com/2010/12/sistem-ekonomi-lah-bangang.html

Beliau Insan Istimewa. Beliau Ibuku.

kali ni aku nak story kisah hadiah sempena hari jadi mak aku yang aku buat sendiri.boleh try kalau nak.keh keh.

masa tu aku tak pasti berapa umur aku.tapi yang pasti aku sudah mampu berfikir dan menakul.aku gunakan botol cat spray kaler merah yang aku gunakan untuk make-up basikal kesayangan aku untuk spray pensil box aku yang entah dari mana aku dapat.seingat aku,aku memang jarang-jarang guna pensil box ni.selalu bawak pensil dua tiga batang je pi kelas.

family aku bolehlah dikategorikan dalam golongan family yang ber-backgroundkan agama.cuma entahlah dimana silapnya.aku tak berapa menjadik.hehe..anyway, family aku sebelum ni tak pernah sambut besday besar-besaran sampai throw a certain party kat rumah ke apa.sekarang pun masih sama.tapi adalah sambut kecik-kecilan.jadi bila aku dah mula mengenal tarikh dan masa, aku diberitakan tentang tarikh mak aku dilahirkan.22 Disember.harini lah kan.jadi, aku pun gabra sekejap mencari idea nak bagi hadiah.nak beli, x de duit.nak amek upah wat keje kampung kang tak sempat plak.sebab tu lah aku decide untuk buat sendiri hadiah tu.
ini bukan pensil box.ini pensil case.pensil box diperbuat dari aluminium.tapi kaler ye sama cam pensil box dalam crite ini.

sambung balik kisah incik pensil box, bila dah jadi kaler merah, nampak cun lah kan.tetiba rasa sayang pulak nak kasik kat mak aku.biasa lah, budak-budak lagi.tapi dek kerana dah x tau nak kasik apa, aku pun rasa nak bagi balik.pastu tiba masa aku pikir nak letak apa dalam tu.oleh sebab blank sangat, aku pun pi lah kacau adek-beradik aku yang lain.saje nak tengok apa yang diorang kasik.manalah tawu, dapat jana cetusan idea ke.errmmm..dipendekan cerita, hampir suma adek-beradik aku dah siap balut dah hadiah dorang.tak sempat nak spy.askar betol lah.kan? tetiba aku nampak kakak aku buat sumthing kat kad besday yang mana ini merupakan penyumbang besar dalam penghasilan isi hadiah aku nanti.keh keh

.......
sekeping kertas digunting oleh kakak aku sampai jadi bentuk love.kendian die kaler tepi-tepi bucu sekeliling love tu dengan kaler yang bermacam-macam.ada ijau, kunin, biru, merah, unggu, indigo, magenta, cyan, deviant, dan pendek kata suma jenis kaler lah.kecuali kaler putih ngan itam je.pastu ye tekap atas kad besday die dengan guna air.sangat sikit amount of air.pastu bila ye anggkat kertas tu, tinggallah kesan warna-warni berbentuk love.bijaksana sungguh kan insan itu.kakak ai lah tu.keh keh
ini pensil kaler ye kawan-kawan.cantik kan.

brilliant sekali.marvelous.terus idea datang mencurah-curah ke ladang gandum.aku then pegi pinjam pencil color kakak aku tu, tapi sume dah tumpul.then aku cariklah gerumit.apa ni orang key-el panggil..err, pengasah pensil.ya-ya..sharpener
pastu bila aku germit je, mesti mata pencil color tu patah.tension betol aku dibuatnya.aku try germit crayon aku pulak.ermmm.jadi lah! tapi bila aku aplikasikan cara kakak aku tadi, ternyata tak berjaya.ye lah, crayon kan minyak.mana ada effect dek air.aku pun patah hati.cam fak lah kan cite nie.tak pa, dah nak climax dah nie.cis, lucah.

tetiba, aku terperasan cebisan-cebisan crayon yang aku germit tadi.cantik pulak aku tengok.bewarna-warni menjana imaginasi.aku pun kumpul lah cebisan-cebisan tu untuk dimuatkan dalam pensil box tadi.oh ya, pensil box tadi tak sempat kering sepenuhnya tau.kat dalam ye still x kering lagi.jadi aku pun rembat perca kertas balut hadiah dari kakak aku (yang lainnya) untuk buat lapik kat dalam pensil box tu.dan kertas tu kalernya silver.actually bukanlah kertas.ianya plastik legap warna silver.cuba bayangkan, sebuah kotak bewarna merah dengan plastik silver dibalut cantik kat bahagian dalam, pastu ada pula 'nyunyi-nyunyi' cebisan karyon yang digurmit dengan kaler yang bewarna-warni, memang terbaeklah hadiah aku tu.

crayon adalah antara medium yang tercute dan cantik pernah wujud.ini fakta.

malam tu, satu family gelak sakan dengan hadiah aku.aku terhibur.itu sajalah untuk kali ni.cam syial kan kisah kali ni.wei, ni kisah benarlah.kalau engkau gelak, trimas.klau engkau ngutuk, aku sumpah.

Isnin, Disember 20

ini tak perlu baca...

tak perlu baca post kali ni.
aku sekadar menulis untuk tidak lupa.ini coretan idea dan buah fikiran hasil bacaan kisah kerajaan negara islam malaysia yang tangkap orang-orang syiah.

1-syiah ini agama kah? syiah ini masih islam kah? kenapa di negara islam malaysia, syiah dilabel sebagai sesat tetapi di negara islam iran, syiah tidak sesat?

2-mungkin JAIS tidak banteras agama budha, christian, hindu dan lain-lain kerana rakyat malaysia bebas menganut agama dan pegangan masing-masing. tapi bagaimana dengan syiah?

3-atheism patutnya dibanteras kerana wujudnya percanggahan antara prinsip atheism yang tidak percaya akan kewujudan tuhan dengan prinsip rukun negara islam malaysia yang pertama iaitu 'kepercayaan kepada tuhan'.

4-benar, Rasulullah pernah bersabda, hanya satu dari 73 golongan ummat baginda yang akan selamat.tapi benarkah yang dimaksudkan sebagai satu-satunya golongan yang terselamat adalah puak sunni?

5-perlu ke aku fikir pasal benda camni? fak.

*apa-apa pun, dek kerana soklan yang terakhir, aku mnyimpulkan, semua ini hanya qadha dan qadar ALLAH.aku tak bersalah kerana berfikir.aku tak bersalah jika timbulnya doubt dalam kepala hotak aku.itu suatu rahmat.semua manusia, makhluk kamil punyai nya.kufur nikmat lah aku andai aku tidak guna rahmat pemikiran ini.dem.

couple is annoying..

sad.pathetic.sorry.loser..

itu perkataan yang mungkin sekali wujud dalam kepala otak engkau bila mana mendengarkan ayat "couple is annoy" dari aku.serius sekali aku nyatakan bahawa  bercouple itu sangat annoying sementelah aku belum benar-benar erti definisi sebenar bercouple.


pada aku, berkawan itu lebih best dari bercouple.mungkin kerana hidup aku yang agak carefree dan tidak suka diikat dengan cemburu membabi buta dari pasangan berlainan jantina.tapi tidak pula aku mengutuk, jauh sekali menghina memendang rendah mereka yang bercouple.malah aku memandang tinggi golongan itu lantaran kebolehan mereka menahan diri dari belenggu rasa bosan yang menggila.

bukan aku tak pernah cuba.ya, aku pernah cuba untuk bercouple.mengikut rentak jejak, cara dan prosedur seperti yang biasa dilakukan pasangan-pasangan couple yang lain seperti keluar date, mesej tak tentu masa, calling di malam-malam buta dan sebagainya.tapi aku masih tidak dapat mengadaptasi perkara-perkara tersebut dalam hidup aku yang serba lompong dipenuhi tidur siang dan aktiviti melayan movie di malam hari.


bukan kerana aku tidak bernafsu pada makhluk yang se-spesis, berlainan jantina dengan aku.pada hakikatnya, aku mengasihi semua wanita yang ada.aku mudah tertarik pada mereka.tapi, aku tak suka dipanggil setiap masa.aku tak suka keluar berjanji temu.aku tak suka perlu berpura-pura.aku bukan orang singapura.

dosa? alim sangat kah aku? rokok, benda yang sudah difatwakan haram pun dah jadi rutin.ayat-ayat surah hafazan yang tujuh itu pun sudah lompong-lompang dalam otak ni.jadi kalau ada yang terfikir aku budak anti-couple atas alasan aku budak Mahad Tahfiz Diraja (MTD), engkau silap.silap atas persepsi engkau yang aku extrimis anti-couple.aku lebih suka pendekatan laissez faire.biar mereka buat suka hati.misalnya sang penggiat-pencari konspirasi.aku tak peduli bila mereka sekadar suka-suka mencari sekadar membuat hobi.tapi aku benci bila mereka jadi ekstrimis.reformasi, begitu juga..


akhir kata, aku sangat berharap moga-moga engkau yang membaca teks ini paham.dan lepas ini jangan-jangan lagi bertanya kepada aku mengenai couple kerana jawaban aku sudah semestinya "no comment"..
well, it depends.keh keh

Rabu, Disember 15

prosa..Sinis

siang bekerja.
keluar masuk pejabat.
menghadap muka monitor komputer.
menekan menaip mencanai laporan.
melemparkan senyuman palsu penuh paksa.
sengaja mengambil hati sang raja kepada syarikat raksasa.

siang bekerja.
bermandi peluh membanting tulang empat kerat.
kadang rehat sebentar cuma menghisap surya bersama kopi tanpa gula.
terik dikepala membakar otak sementara.
berdesing telinga dengan bunyi jentera.

aku.
terus keliru memilih jalan.
mahu yang stabil tapi bosan.
atau yang goyah tetapi mencabar.

aku.
masih sedikit-demi sedikit belajar.
dengan bebanan dibahu harapan ibu dan keluarga.
mahu melihat anak, adik nya "berjaya".
sebagai seorang rakyat bisu negara yang tekun dibawah air-cond bekerja.

aku.
benci definisi "berjaya" orang kita.
yang merujuk kepada doktor dan lawyer.
bukan penggiat seni dan aktivis bagai.

dan aku.
akan buat tak tahu.
terus ikut arus waktu.
sampainya ketika itu.
akan aku bukti pada kamu.
bahawa pekerjaan aku.
bisa buat kamu bangga dengan ku.

prosa..Perancangan

rancang.
terus merancang.
sebuah rancangan.
itulah perancangan.

berfikir sejenak 10tahun kehadapan.
apa bakal berlaku nanti.
berfikir sejenak 10tahun kehadapan.
apa yang akan dilakukan nanti.
berfikir sejenak 10thun kehadapan.
apa rasional nya nanti.

sepi tiada jawapan muktamad.
merancang dan terus rancang sebuah rancangan.
itulah perancangan.

prosa..Aku Pelakon

aku pelakon berjaya.
orang tak kenal aku.tidak kenal aku yang sebenar.
sesiapa pun tidak.ini termasuk juga ahli keluarga aku.
aku berlakon sebagai seorang yang alim.
aku berlakon sebagai seorang yang jahat.
aku berlakon sebagai seorang yang bijak.
aku berlakon sebagai seorang yang lembab.
siapa aku sebenarnya?
aku juga tidak pasti.
kawan kenalan handai aku ada.
semua tertipu terpesona mamai dengan lakonan aku.
biar tanpa anugerah itu-ini.biar tanpa gelaran darjat kuasa.
aku tetap pelakon handalan.


(ACAPsee-for : 1455 : Dec17th)

Selasa, Disember 14

ini kisah jiwang.serius!!!

tengah naik moto pusing-pusing key-el, tiba rasa dahaga mendatang.
ai singgah kejap di 7eleven berdekatan.terus meluru masuk tanpa cabut kunci motor yang masih lekat dan pergi ke peti ais seraya meng-grab air mineral chill.
ai berjalan-jalan ke arah kaunter 7e sambil mata merayau-rayau sekeliling kdai.saje tengok-tengak kalau-kalu ada benda yang boleh dibeli.
sampai di kauter, ai terkeshima sebentar.mak leh oi, comey lah siot awek tu. sebijik cam muka Emma Stone.wallllau..keh keh


INI EMMA STONE..

















"semua sekali RM1.10" katanya ngan suara yang serak-serak basah.cair ai dibuatnya.

"seringgit sajelah boleh?" kata ai pula dengan senyuman bak kerang busuk.lagipun ai benci betol nak simpan syiling banyak2 dalam poket.

"ala...seposen lagi je bang." wuuu....lagi melebarlah senyum aku bila die wat geli2 camtu.

aku buat-buat selok kocek, bukak dompet, raba-raba poket." x de duit kecik lah honey." saje aku nyakat die lagi.

"abang belilah benda2 lain.kan senang."

aku amek cokelat mentos yang entah bape harganya n bagi sepoloh ringgit kat die."hah, cukup.nanti abeh pulak pitih ni."

"eh, orang kelantan ke?" tetibe die tanye.

ai sekadar membalas dengan senyuman.panjang pulak sambungnya nanti.dah ada brader2 yang Q kat belakang ai buat muka senoiet .keh keh.cemburu lah tu.

"terima kasih.." katanya sambil bagi duit baki.

"thankiu..." ai secara spontan membalas.entah kenapa.dah terbiasa agaknya.

die kerutkan dahi sampai terangkat kening tanda tak paham.

"...for thanking me." ai membidas.

dan wau, die tergelak.yes! kalau lah ada camera, dah lama aku snap.biar kamera 1M pown.keh keh

....

lepas hampir 3minit perjalanan meninggalkan 7e awek tadi, ai baru teringat.air mineral tu tertinggal.sh*t betol lah.nak patah balik, dah jalan sehala pulak.jadi, terpaksa lah ai terus kan perjalanan sambil berzikir, curse orang yang bertanggungjawab buat jalan kat KL jadi one way road.mnyesal jugak.rugi singgit sposen.tapi dahaga tu ilanglah sebab dapat jumpa minah tu.oh ya, nama die Syuhada.aku tengok kat name tag die.kalau jumpe, jangan ngorat eh kengkawan.or ai belasah u sampai lembik.keh keh

esok nal pegi lagi lah :))

Khamis, Disember 2

check this out..

haha..cuba tengok sebelah kanan korang.aku ada badge Linkin Park lah dough :))
ai ni kipas-susah-mati band Linkin Park.memang minat lah ngan band nie.ai mula minat band ni lepas tengok video clip lagu Crawling.pergh, mengeletar jugak dengar lagu tu.keh keh...

masa tu ai baru naik form1.tengah mencari identiti lah kononnya waktu itu. kemudian, makin banyak lagu band ni yang aku dengar.mula develp minat.especially ngan vocal si Chester tu.pergh...no wander lah die terpilih jadik salah sorang mangsa torture Jigsaw dalam movie Saw3D baru-baru nie.keh keh

tadi (Disember 2nd,2010) ai berjaya luangkan sedikit masa ai untuk search info pasal band yang ai suka ni.itu lah yang boleh terjumpa laman web official tu.kalau nak join, bukak je www.linkinpark.com

oh ya, band Linkin Park ni juga start dikenali dengan lagu New Divide yang menjadi OST Transformers2 : Revenge of The Fallen walaupun band nie sudahpun contribute lagu What I've Done untuk filem Transformers(2007).pada tahun 2010, diorang compose satu lagu untuk dimuatkan dalam album Download To Donate bertajuk Not Alone yang boleh di download kat laman web http://www.musicforrelief.org/ 


jadi kita dah tau sikit2 pasal linkin park nie.jadi jom kenal ngan ahli2 band nie.stelah hampir beberapa album dah, still members band nie tetap tak berubah.ya, itu antara perkara yang aku suka tentang Linkin Park. dengan lagu dan lirik yang dicipta sendiri, dan dibikin dalam studio sendiri, inilah dia ahli members band Linkin Park beserta DOB diorang sekali.hoho

Thanks,
Brad, Chester, Joe, Mike, Phoenix and Rob...

jadi itulah dia sedikit sebanyak pasal band no1 yang ai minat nie.ada lagi band-band yang aku minat.antaranya Simple Plan, Green Day, The Beetles dan err..ya itu saja. lain kali ai tulis post pasal band lain pulak ye.keh keh..

Rabu, Disember 1

SUPERAntiSpyware Professional.....

ramai kawan-kawan aku yang tanya pasal antivirus.
penting ke antivirus ni?kalau tak de antivirus apa akan jadi?antivirus mana yang paling bagus?kalau pakai antivirus yang free ada effect ke?kalau crack antivirus, apa akan jadi?
well...sebenarnya, laptop aku sendiri pun x dak antivirus.apa yang pentingnya antivirus ni aku pun x tawu.i mean aku tahu antivirus ni untuk detect n buang virus.sometimes juga, boleh delete vitus tu.but still, penting ke?
brapa kebarangkalian untuk laptop kita diserang virus? berbaloikah pakai antivirus? belum lagi dilihat dari sudut ke-annoying-an notifikasi antivirus tu lagi.sikit2 update..macamdah x de keje lain.macbook x pakai antivirus okay je.ooh, laptop aku x pakai antivirus pun okay je.hehe...

tapi katakanlah aku nie nak pakai antivirus.aku akan pakai ini:

SUPERAntiSpyware Professional v4.46.1000 Incl. Keygen and Patch-iND
 The updated version of SUPERAntiSpyware Professional – well known antispyware tool. SUPERAntiSpyware Professional is a useful and powerful program that will detect and remove thousands of Spyware, Adware, Malware, Trojans, KeyLoggers, Dialers, Hi-Jackers, and Worms. SUPERAntiSpyware features many unique and powerful technologies and removes spyware threats that other applications fail to remove. SUPERAntiSpyware Professional includes Real-Time Blocking of threats, Scheduled Scanning, and Free Unlimited Customer Service via e-mail.


Features:
    * Quick, Complete and Custom Scanning of Hard Drives, Removable Drives, Memory, Registry, Individual Folders and More! Includes Trusting Items and Excluding Folders for complete customization of scanning!
    * Detect and Remove Spyware, Adware, Malware, Trojans, Dialers, Worms, KeyLoggers, HiJackers and many other types of threats.
    * Repair broken Internet Connections, Desktops, Registry Editing, Task Manager and more with our unique Repair System! Spyware application often disable system components to prevent removal – SUPERAntiSpyware resets and restores these items in seconds!
    * Real-Time Blocking of threats! Prevent potentially harmful software from installing or re-installing!
    * Schedule either Quick, Complete or Custom Scans Daily or Weekly to ensure your computer is free from harmful software.
    * Quarantine items detected and removed for complete protection. Items in the quarantine may be restored to your computer if desired.
    * Detailed scan logs with complete information about detected and removed threats and their locations within your computer. Scan logs allow you to review scheduled scan results at anytime.

Release Name: SUPERAntiSpyware.Professional.v4.46.1000.Incl.Keygen.and.Patch-iND
Size: 9.75 MB

Registry Help software...

komputer anda ada antivirus, tapi still ada masalah bukan?..baik,antara masalah yang biasa ialah registry problem.bukan sebab virus2 cinta, tapi sebab mungkin korang dah install application baru, sbagai contoh game (selalunya kes budak lelaki) dan beberapa antivirus lagi (selalulnya kes budak perempuan). maaf, ini bukanlah matriarchy atau patriarchy.ini kisah benar.nama adalah dirahsiakan.anyway, benda boleh buat sendiri.cakap banyak pun x guna.baca diskripsi kat bawah.selamat mendaunload..

Ladies and Gentlemen, for your consideration....The Registry Help.advanced registry cleaner!!

Foryoursoft Registry Help Pro v1.75 Cracked-DJiNN
Just with a few clicks, Registry Help can clean and repair your registry, speed up your computer, and optimize your system. It is safe! Registry Help will backup all the registry operations you made in Registry Help and restore the changes if you want. It is reliable! Registry Help can take a snapshot for your registry at any time, and compare it at a later time, which ensure you knowing the changes in your registry and enable you to rollback the undesirable changes.* With an advanced search engine, Registry Help can help you search in the whole registry easily and quickly. In addition, Registry Help provides 11 color themes.* Registry Help cares not only functionality but also your individuality! Try it now, it is safe, easy-to-use, and really effective!
Features:
    * Registry scan
    * Support for 64 bit Windows system.
    * Windows registry clean and repair, FREE fix the first 50 registry errors in trial version.
    * Registry files defragment!  Optimize registry and boost up the performance!
    * Registry tweak, tell you more tweaks about Windows registry.
    * Advanced search engine. Keyword list support.
    * Advanced Registry browser.
    * Registry History. Changes are recorded by date and time with detailed description.
    * Windows registry snapshot.
    * Windows registry compare and restore.
    * Advanced Windows registry favorite list.
    * 15 color themes selectable
    * Automatic online update



Selasa, November 30

saya ada satu soalan...

untuk anda semua, saya ada satu soalan yang kemudiannya akan merungkaikan beberapa persoalan lain. cuba fikirkan, antara sang penyoal teka-teki, dengan sang penjawab teka-teki, siapakah yang lebih bijak??


setiap teka-teki yang anda berikan, pastinya hanya satu jawapan yang anda mahukan..kemudian dari soalan teka-teki yang sama, rakan anda boleh keluarkan pelbagai jawapan yang berlainan dari yang anda mahukan.

jadi, siapa lebih hebat? adakah anda lebih hebat kerana rakan anda tak tahu jawapan sebenar teka-teki anda?
atau rakan anda yang lebih hebat kerana dia mampu mencari lebih dari satu jawapan untuk soalan teka-teki anda? keh keh...

anyway, ai tertarik ngan topik nie bila time ai makan2 member ai tanya pasal kes ragging kat RMC. patut ke? x patut ke? so, next post nanti mungkin ai akan crite pasal kes ragging nie.mungkin saja..mungkin..mungk..(fade away)

Selasa, November 23

umpama memicit jerawat tumbuh di cuping telinga

23hb November 2010...
nasib baik ai dapat tahu ada paper final exam dari member2 ai. ai dah hampir lupe sebab syok sangat layan mood raye  haji ni.keh keh..

jadi di sebabkan exam setat pukul sembilan pagi, ai kena bangun awal untuk naik bas masuk kampus.bas pukul 7 pagi plak tu.ishk3, mustahil tu bai.jadik ai ambik kputusan untuk tak tidor dan terus membunuh masa ai dengan layan movie-movie yang ai download. x sempat nak habes movie yang ketiga, jam alarm enpon ai bunyi. alah, dah pukul enam lah tu.benci lah.kendian ai baru teringat baju ai tak basuh lagi. sudahlah ai hanya ada sehelai je baju kelabu tu.nak buat macam mana, kalu basuh kompem punye x sempat pakai.ai pun apa lagi, kasi gosok aje lah baju masam tu.tapi op kos lah ai renjis2 dengan perfume roomate ai.hehe...

ai berlari-lari dan meloncat-loncat turun tangge dari tingkat enam sebab lif tu lambat.lagipun kena lah eksesais pagi-pagi ni kan.sampainya ai kat tempat nunggu bas, ai tengok ramai lagi yang dok tunggu.so kirenye ai x lewat sangatlah ni.kembang hidung ai bila memikirkan tentang kejayaan ai buat kali pertamanya dalam semester ni untuk tidak terlepas bas pukul 7 pagi tu.adalah dalam 2cm setiap satu..setiap satu lobang idung ai lah.apalah u all nie!

ai sangat mengantuk.selalunya ini waktu afdal ai tidor.jadik, ai pilih tempat paling strategik sekali.gelap, boleh baring, ada selimut (jaket yg ai bawak), dah suhu yang berpatutan.kire memang terbaek lah..eh lupe pulak nak bagitau, ai terkejut besar waktu naik bas tadi sebab baru nampak sorang awek cun pakai baju cam baju U ai.mulanya ai ingat budak baru, tapi rupenye dah senier dah..wat ever lah kan.budak senier U ai selalunya kerek-kerek semuanya.tambah lagi kalau awek dan die rase die cun.commolot kang baru taw...

skip lah citer dalam bas sebab ai pun x ingat sebab ai tengah tidor waktu tu.bila sampai kat U, ai macam biase pegi lepak-lepak makan duu dengan budak fakulti mane ntah lah. mana tak nye, budak fakulti ai semue nye rajin-rajin belajar belaka.asyik pegang buku aje. ai ni mane ade buku. tapi lepas makan tu ai de la jugak lepak dengan budak-budak ai.ye lah, nanti ape pulak kate diorang kan kalau ai tak tegur sape.reputasi kene jage beb..

lepas tu dalam pukul lapasn lebih dekat-dekat pukul sembilan tu, ai pegi belakang exam hall nak makan nusantara pulak.blurp, kenyang rasanye.tapi ai dah terlewat masuk exam hall.x de lah lewat gile, adalah dalam 3-6 menet.member ai yang lain sumenye dah siap isi maklumat diri, ai pulak baru dapat exam sh*t.so lambat sikitlah nak nulisnyer.

untuk pengetahwan korang, subjek yang ai tengah jawap ni adlah antara subjek yang ai hampir kene bar sebab banyak kali sangat ai tak wujud dalam kelas die. lecture tu memang marklah muke ai ni..hoho
jadi agak menyorok sikitlah mase menjawab tu.susah jugak lah soklannye.objektif aje, tapi sampai 80soklan. duwe jam setengah mase menjwap.mampus jugak ai nak menembak.dah lah x de pemadam.

jam kat exam hall dah tunjuk pukul 1030 dah.tapi x de yang nak blah lagi.ai pelik.selalunya ramai yang dah blah.ai dah siap sebenarnya.cume tinggal nak hitam atas OMR je.ai nak tunggu orang lain pecah ruyung dulu.
tungggu punya tunggu, sorang mamat ni bangun.ai pun setat lah menghitam OMR paper ai.baru je ai nak bangun, tetibe mamat tu masuk balik.hekelleh, die pegi toilet rupenye.ai pun tunggu lagi. agak lama lah ai tunggu.akhirnya, member ai yang antara golongan rajin belajar bangun.ai ingat die nak p toilet jugak.alih-alih, die antar exam sh*t.wah..ai pun ape lagi terus chow lah.gile ape nak tunggu lame-lame dalam fridge tu.hehe

ai dah habes jawap.rase lega giler.boleh balik umah untuk tidor.tetibe ai terserempak ngan lecture subjek yang ai story kat u all tadi.pastu die buleh tanye ai dengan muke manis, "boleh jawab ke tadi? oke tak soklannye?"
"^%$!@#...".kate ai dalam ati.(tak baik woo curse lecture sendiri.ramai-ramai tak pe)
ai ingat die nak perli ai.pastu ai tengok die macam x kenal ai je.ai pun terus lah kipas-kipas ponggong lecture ai tu.ai cakap soklan  die bagus, tapi banyak sangat.ai cakap thankiu kat die sebab bagi soklan mudah. kononnya soklan tu dah pernah keluar dalam test dulu.(padahal ai tak tengok pun soklan test.pergi testnye pun tidak)...die pulak cam oke je. so kompem die x recognize ai.ye lah, dulu waktu ai jumpe die dulu, rambut ai panjang sikit.janggut ai plak x panjang lagi.sekarang nie, ai wat pesyen rambut lain plak.janggut pun ai kasik panjang sikit.alah, nasib u lah lecture dapat anak murid cam syial.

jadi itulah die kisah ai dan usaha ai menjawab final exam.ai x de buku, ai x de nota.ai cume tumpang menyibuk bile ai nampak orang buat study group.selalunye bekesan tau.tengoklah nanti bape ai dapat nanti.rasenye oke sikit kot dari sem lepas.sebab sem ni ai dah banyak antar aesaimen.

oh ya, waktu ai jawab soklan final tadi, susahnye umpama memicit jerawat yang tumbuh di cuping telinge.sakit woo..penat juga sebab nak kena teleng kepala depan cermin.tapi sedap campor best...camtulah jugak ai rase waktu ai menjawab final exam tadi.sekian aje untuk kali ini.kepada u all yang berjaye bace sampai habes, tahniah ai ucapkan.nanti ai bagi hadiah free hug ikhlas dari ai.keh keh...
aku x mau cakap banyak.check sendiri.yang pasti, aku update untuk kita tahu situasi sebenar negara kita...
Kerajaan selangor akan menyerahkan memorandum kepada DYMM Tuanku Mizan

 sila gunakan logo ini dalam FB atau blog anda :D

Ahad, November 21

lagu aku minggu ini..

aku baru belajar main gitar.masuk bulan ni, dah dekat 5bulan dah pun.
banyak lagu2 simple yang aku dah goreng.so, minggu ini aku nak goreng lagu Mesti Mau dari band Pesawat.
aku gerenti ramai yang pernah dengar lagu ni.ala, twisties ada guna lagu nie dalam iklan diorang yang baru nyer.
aku perasan lagu ni pun sebab band Pesawat ni ada wat show lagu ni kat event Chow Kit Kita ari tu.layanzz..



now lets play ur guitar:

Artist - Pesawat
Lagu - Mesti Mau
Chord Author - Azizie

C G

C F G
Yang ku mahu hanyalah kamu
Am
Bersamamu selalu

C F G Am 2x

C F G
Walau jauh kau menjelajah alam semesta
Am
Ku tahu jawapannya
C F G
Walau apa jua rintangan yang melanda
Am
Kita sudah siap sedia

C F G
Luahkanlah isi hatimu
Am
Agar kita bersama
C F G
Kuatkanlah pendirian
G
Bila kita hadapi dunia

C F G
Yang ku mahu hanyalah kamu
Am C F G Am
Bersamamu selalu whoa oh
C F G
Jauh jelajah kau kelana
Am C F G Am
Kita kan tetap bersama

C F G
Bila lidah hakimi ketika berbicara
Am
Engkau tak perlu gusar
C F G
Ku kenali warna hatimu yang sebenar
Am
Tak usah pura-pura

C F G
Cekalkanlah isi hatimu
Am
Hadapi dugaanNya
C F G
Kuatkanlah pendirian
G
Agar dunia milik kita bersama

C F G
Yang ku mahu hanyalah kamu
Am C F G Am
Bersamamu selalu whoa oh
C F G
Jauh jelajah kau kelana
Am C F G Am
Kita kan tetap bersama

C F G Am 2x

C C C C

C C C
Yang ku mahu hanyalah kamu
C C C
Bersamamu selalu whoa oh

C C C
Yang ku mahu hanyalah kamu
C
Bersamamu selalu
C F G Am
Whoa oh whoa oh whoa oh

C F G
Yang ku mahu hanyalah kamu
Am
Bersamamu selalu
C F G Am
Whoa oh whoa oh whoa oh
C F G
Jauh jelajah kau kelana
Am C F G Am
Kita kan tetap bersama
C
Bersama mesti mau







*pergh, tulih chord die pun dah rase best, apatah lagi bila jam esok2 nanti.hoho

Sabtu, November 20

jangan jadi lalang...


cantik kan gambar lalang ni?
kalau tengok live lagi cantik.kekiri-kekanan dibuai dek angin.memang smart dan harmoni gitu.
tapi manusia kalau macam lalang cantik ke?

pernah sekali tu, aku share post dari member aku (yang tak bape aku kenal, tapi still member lah) berkenaan ngan crap2 yang sang ekstrimis anti-freemason suka hebah-hebahkan.ramai kengkawan yang like, komen, suka2, gesel2 manja konon nak tunjuk diorang jugak sependapat ngan aku dan member aku ni lah.jadi mulanya aku jadi gumbira sebab ingat masih ada manusia remaja terutamanya melayu islam yang berfikir luar kotak.unfortunately, melayu memang hebat berdrama kan.entahlah...

2-3 ari lepas aku share post tue, aku ternampak sorang kawan nie yang like2 post aku tue, share pulak post lain yang pro konspirasi.wah! terkezut besarlah aku.semalam dia cakap A, besok dia cakap B plak.super damn rhetoric budak nie.apa2lah kawan.engkau kan MAHAsiswa..thi3

sebut pasal konspirasi2 crap nie, kau tengoklah satu ari nanti, spender pon akan diorang boikot sebab bentuknya yang segitiga.hehe...x pe, aku pakai boxer :))




bottom line, jangan jadi macam lalang lah geng.kitakan manusia.bukan tumbuhan :D

Selasa, November 16

manusia termalas

percaya atau tidak, teknolgi menjadikan manusia semakin hari semakin malas.aku berhujah berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan pengamatan.

dahulu waktu aku kecil, aku mampu berjalan kaki dari rumah aku ke Cybercafe (jaraknya dalam 2km) rilek saja. sekarang, sejak ada motosikal, jangan kan berjalan, nak kayuh basikal pun malas.

dahulu waktu aku di usia remaja (form1), aku mampu kayuh basikal dari rumah aku ke sekolah aku di Kepala Batas yang jaraknya 10.2km seminggu sekali. sekarang nie, sorilah...

masa kian berlalu, kini facebok begitu popular sekali. terutamanya pada gamenya. Mafia Wars lah, Farmville lah, Crime City lah, dan macam-macam lagik.cuba perhatikan, dulu game, kita kena tekan macam2 button untuk capai matlamat game.sekarang nie cukup mudah.cuma tekan satu button dah boleh menang.itulah teknologi namanya.sajak main mafia wars kat facebook, kawan2 aku dah tak berminat nak main game playstation yang kena tekan banyak button.huhu...



















sama jugak halnya dengan main poker, flush, dan black jack. kawan2 aku dah jarang berkumpul lepak sesama main kad terup sebab alasannya susah nak kena pilih sendiri lah, whatever lah.



















jadi teknologi ini menjadikan manusia makin malas...okay, dahlah.aku malas nak menulis.harap2 lepas nie ada teknologi buat blog tanpa perlu menulis.macam dalam citer dream dealer tu :D

Isnin, November 15

buring, baring, bering, biring, boring....

anda bosan? saya bosan. kita membosan kan?

apa yang anda buat kalau bosan.mesti praktik hobi anda kan?
hobi tu kan aktiviti masa lapang dan bosan.apa hobi saya?

1) tido
2) tng0k movie
3) baca komik
4) mengelamun
5) photoshop-ing + surfing...

..dan saya baru bangun tido selepas semalam layan movie dan komik.jadi selepas mengelamun seketika, inilah hasil hobi saya :D


















kalaulah ada gitar, akan ku kompos sebuah lagu berjudul Keboringan Melampau...nantikannya

Linkin Park - The Catalyst (Official HD)

Khamis, November 11

anda adalah matang jika...

member aku once said, kematangan x diukur berdasarkan umor dan saiz badan.jadi, anda adalah matang jika...

1. Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.
2. Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.
3. Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.
4. Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.
5. Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.
6. Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.
7. Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.
8. Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.
9. Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
10. Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.
11. Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.
12. Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
13. Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.
14. Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.
15. Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.
16. Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.
17. Anda dapat menwujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
18. Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.
19. Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.


p/s: fikirlah sjauh mana kematangan fikiran kta...

Sabtu, November 6

..mati akal

apa yang kau dah belajar semester ni?
aku terdiam sebentar mendengarkan soalan cepu emas dari kawan aku itu.
entahlah.dah nak final exam dah.tapi aku masih kepingaan memikir apa yang aku dah belajar.

semester kali ini aku isi dengan pelbagai kerja yg diluar bidang aku.
aku ikuti program anak angkatlah, program krusus medialah, nasyidlah, buat poster lah, design bajulah, buatkan assignment budak U lainlah, dan macam-macam lagi sampaikan kuliah aku banyak yang lompong.

jadi, untuk soalan tadi, aku percaya banyak juga yang aku pelajari semester ini bahkan lebih berguna dari apa yang aku pelajari dalam kelas kerana pada aku, sesuatu yg dipelajari jika disertai dengan praktikal amali, ia lebih meninggalkan kesan.

....mati akal sudah

3 idiots

sebuah lagi citer hindustan yang best masa kini.walaupun dah lama keluar, tapi masih ramai yg tak perasan movie nie.pelakon utama nyer Amir Khan.


plot cerita die menarik, sangat best. mengisahkan pengembaraan 2 orang rakan dalam mencari kawan diorang sorang lg yg sngat genius.dalam perjalanan tu, diorang teringat kisah2 waktu kat kolej dulu.kenakalan budak kolej, kisah cinta budak kolej (yang tak brapa jiwang), kisah rebel terhadap system dan mcam2 lagi termasuklah elemen komedi, poverty, dan ketidakadilan (pemisahan) antara dua darjat; yang semestinya ada dalam hampir kesemua movie hindustan.

jadi aku sangat merekomenkan movie kpad kawan2 sekalian.hehe...peace
untuk info lagi, klik sini

Khamis, November 4

assssssss....kar

assss-kar..
haha, mesti u ingat i nak bagi salam kan.hoho
penat.baru sampai dari penang.
study week skrang nie.mnggu dpan dah exam.
minggu depan tu brapa haribulan, jnganlah tnya aku.
aku x pernah amek tawu.huhu















kat penang, aku tension.sangat tension.ini bila carburetor moto kesayangan aku ilang.
ilang kena curi wa cakap lu.carburetor saje.bukan sebijik moto.
tapi apa gunanya ada moto tnpa carburetor.
unmapa manusia tanpa jantung.
fak.mmg tension membontot aku dibuatnya.

mood aku untuk exam teruih x dak.
nak study apa pown x tau.
scit.x buleyh nak menulis lagi.sedih.

mcam biasa.tajuk x penting.sekadar mengisi ruang kosong cuma :((

Khamis, Oktober 28

Hangover bukan sebab alcohol :D

"hari ni brapa haribulan??"
aku bengong pikir tarikh hari ni."eh hari ni hari apa??"
shited betollah.aku dah tidor lebih dari yang sepatutnya (walaupun itu perkara biasa dahulunya)..
aku cari phone aku."syial, mana pulak aku lempaq phone aku nieyh.."
rasa tension betol.aku nampak member aku sedang lepak-lepak atas sofa kat ruang tamu ditemani kretek nusantara.best je hidop kau.
"weyh, nampak phone aku dak??"
"tak.." sepatah dia jawab.
aku merangkak-rangkak cari phone aku.nak call classmate nak tanya pasal kelas.
"dude, miscall phone aku jap"
"ermm.." sambil baling phone dia ke arah aku.
tet..tet..tet..tet...
aku dengar bunyi vibrate.macam dari bathroom.
cis, dalam poket suar rupanya.dah dalam baldi dah suar tu.nasib baek tak rendam lagi.
"nah phone kau.trimas.bak sepam nusan.." aku cuba carik modal nak sembang
"pi amek baru dalam laci aku."
"lighter mana??" aku bengong balik
"...." tanpa sebarang bunyik, dia sua kretek yang tinggal hujung-ujung kat aku.
aku palam api kretek."eh, awal mandi? baru nak p kelas ke?" sengaja aku tenya soklan bodo sebab member aku tu masih ber-towel.
"engkau kalau dah tido x ingat dunia.ingatkan dah mampus tadi."sambil bangun ke arah tingkap, member aku menyelak langsir.
"cis.dah malam balik rupanya"

*aku tidor pukul 8malam hari selasa selepas habis buat design poster untuk 3 majlis berbeza.penat.sangat penat.aku bangun balik pukul 11malam hari rabu.ini jarang-jarang berlaku.sangat jarang-jarang berlaku...

Rabu, Oktober 20

berkata benar walaupun pahit...

Rasulullah bersabda dalam sebuah hadith mafhumnya, "berkatalah benar wlaupun pahit".pahit itu ubat.dan aku benci ubat.bukan sebab pahit.tapi sebab kena amek regularly.hoho...

persoalannya sekarang, perkataan benar itu datangnya dari mana? adakah dari post-post kat facebook? atau dari kata-kata cendiakawan (baik yang islam mahupun yang kafir)? atau dari pemahaman kita sendiri?

dunia sekarang dikuasai sebuah 'sistem' atau sesetengah aktivis menggelarny sebagai 'the man'.walau apa nama ia sekalipun,yang pastinya ia menguasai dunia sekarang.dengan hedonisme-nya, dengan peprangan-nya, dengan propoganda politiknya, dengan wacana dakyah yang entah apa-apa, dengan ekonomi, mata wang, media, dan macam-macam lagi.

kawan2 aku seuatu ketika dahulu sibuk tag nama aku dalam rencana diorang (atau yang pada hemat aku hanya dikutip dicopy dari tulisan orang lain) mengenai McD yang x buley makan lah, mengenai matawang malaysia yang sebenarny dipolopori zionis lah,dan macam-macam perkara benar tapi x perlu yang diorang sesakkan bukan saja dalam kepala otak diorang sndiri, malah dalam kepala otak orang lain jugak..ada juga yang hantar mssge kat aku mngenai propoganda raya iklan TV3.ada juga yang kecoh pasal dunia hendak kiamat.okay fine, aku percaya korang buat ini kerana korang rasa itu tanggungjawab korang sebagai manusia untuk saling ingat-mengingati.NI HA, AKU NAK INGATKAN.KALAU DAH RASA BERTANGGUNGJAWAB SANGAT, APASAL POST IKUT MUSIM??KALAU NAK BOIKOT SANGAT TV3 ATAS IKLAN RAYA YANG KONON ZIONIS TU, APASAL LAYAN 'AKASIA'? APASAL LAYAN 'SAMARINDA'? APASA LAYAN NTAH APA-APA SLOT LAGI YANG DISEDIAKAN MEDIA TU?

cipan betul kalian ini.x salah nak post menatang tu.tapi cubalah pahamkan dulu betul2, adakan persoalan dari penceritaan. kemudian wujudkan pilihan resolusi.ajak orang berfikir.ini tidak.balik-balik copy-paste.forward saja.entah2 engkau pun x paham sepatah haram.benda macamni sepatutnya mengajar kita berfikir.bukan menimbuklan rasa takut yang entah apa-apa, bersalah x tentu pasal disebabkan ceritera bodoh yang engkau sendiri tak pasti kebenarannya.

cis, pahit sial..itu lah kebenaran.sbb tu aku percaya, kalau gebang lebih baik. klau enkau bodoh sangat, diam, jangan cakap, atau putar belit fakta..nanti aku ketawakan.

p/s: aku x mahu engkau percaya bulat-bulat apa yang aku katakan ini.kalau ada FB, cuba tengok kat homepage korang.tengok status kawan-kawan ko yang diketogerikan dalam golongan BAIK tu.lepas tu check messange inbox pulak..jadi ketuk pala atas meja, tanya panasnya seterika.akhir kalam, berfikir dan mengomen lah untuk menjana minda anda sendiri.

Jumaat, September 24

kes Datuk Sosilawati...

memang seluruh malaysia tertanya tanya?
kenapa banyak sangat pembunuhan dapat
dilakukan – sempat dibunuh dan dibakar?

pelik juga – jutawaan intan berlian dari india
hilang – isteri lapor – tak ada langsung berita
dalam media. mungkin ada dalam akbar india –
minta maaf – kami tak tahu.

ada yang pelik disini ramai yang bertanya
macam si sahamsul ini
semua orang ingin tahu
kalau ingin tahu caranya hanya bertanya
apakah yang dituduh ini memakai bomoh pendinding?
adakah yang di tuduh pakai bomoh siam?
adakah yang dituduh ini pakai bomoh jawa?
adajkah yang di tuduh ini pakai kuasa bomoh dacing dan agung kah kah kah


....dari 'tukartiub.blogspot.com'

Ahad, Ogos 22

ROKOK....part03


assalamualaiku, selamat sejahtera, dan salam perpaduan..tahukan anda, masalah yang melanda negara kita Malaysia bukanlah masalah inter-kaum, tetapi masalah dalaman intra-kaum itu sendiri..dan bagaimana mahu selesaikan masalah ini?
semester kali ini di institusi tempat aku belajar, aku ditawarkan jawatan sebagai timbalan Exco Perhubungan Awam dan Publisiti, Majlis Perwakilan Pelajar.mulanya, kerja aku sangat mudah.design poster, publish event dan beberapa kerja remeh yang lain.sebagai bekas ahli aspirasi di matrik dulu (Spartan gang), aku menyimpulkan bahawa kerja MPP ini hanya lah melakukan perkara-perkara remeh.segalanya berubah taktala Ketua Exco menjalani latihan industri bagi melengkapkan kredit hour beliau dan segala hal diserahkan bulat-bulat kepada aku yang masih mentah dan setahun jagung.kini aku sedar betapa besar tanggungjawab menjadi seorang ahli MPP...(gumam sambil menyedut kepenghabisan rokok)

entri yang lepas, aku bicarakan perihal ujukaji yang meletup dan popular seketika cuma  di laman web sosial facebok.kali ini, aku ingin bawa naik satu lagi isu perihal rokok ini iaitu gambar 'ajaib' pada kotak rokok :D

kerajaan Malaysia mula menguatkuasakan pencetakan gambar2 'ajaib' pada kotak rokok hampir seiring dengan penguatkuasaan oleh negara-negara lain.kini semua kotak rokok "halal" mempunyai gambar2 'ajaib' ini.
yang tinggal kekal dengan imej bersih hanyalah rokok2 kretek "haram" dari Indonesia.rokok pon ada yang halalkah? Inilah dia satu lagi bentuk propaganda oleh kuasa besar dunia dalam mengaburi mata rakyat.tidak ada bedanya 'halal' atau 'haram'..keduanya tetap rokok yang bisa bahayakan kesihatan...dalam jngka masa panjang.
perasan atau tidak, gambar2 tersebut selamanya sama.dari dulu hingga sekarang.kenapa tidak variasikan sedikit gambar tersebut.sebagai contoh gambar miscarriage baby tu,pelbagaikan..gambar kes yang pelbagai membuktikan  bahawa kes tersebut betul-betul berlaku.bukan sekadar omongan kosong..itu hanyalah satu dari pelbagai respond yang aku dapat dari kawan-kawan aku golong perokok tegar yang mahu berfikir.

setakat ini dahulu entri dan post berkenaan rokok.aku masih mengumpul informasi dan pandangan kerana aku percaya, berfikir baik tentang hal yang ringan mahupun yang berat, mampu menjana pertumbuhan neuron2 dlm otak sekaligus memperisapkan diri aku menghadapi dunia selepas belajar yang pastinya mencabar..

Sabtu, Ogos 21

ROKOK....part02

terima kasih kerana masih sudi meluangkan masa membaca nukilan aku yang pada sesetengah orang (termasuk diri aku suatu ketika dulu), sangat membosankan...
percaya atau tidak, perselisihan pendapat akan membawa kepada perbincangan dan lontaran idea sekaligus membawa kepada satu resolusi baru.inilah dia konsep musyawarah...

dalam entri yang lepas, kita membicarakan berkenaan isu rokok melalui pandangan economi yang pada aku masih banyak yang boleh diterokai.terima kasih kepada yang sudi melontorkan pendangan dan cadangan.
kali ini, aku berhajat untuk membicarakan isu ini melalui kaca mata seorang penggemar subjek sains yang juga seorang perokok...

baru-baru ini, tersebarnya satu video ujikaji yang dibuat untk membuktikan bahayanya rokok kepada organ manusia khususnya paru-paru di laman web sosial Facebook.aku tersenyum seketika melihat video ini.benar, tiada yang salah, tiada elemen manipulasi diadaptasi kepada video ini.aku akui  seorang perokok yang menghisap 400 batang rokok dalam jangka masa lebih dari 3jam tanpa henti mempunyai kebarangkalian untuk mendapat pelbagai penyakit.tapi adakah manusia se-dummy itu dalam dunia ini? itu point pertama dari aku. keduanya, jika diperhati dengan betul, matlamat ujikaji tersebut ialah untuk membuktikan proses electrolisasi dan vaporasi boleh digunakan untuk mengasingkan bahan tar dari rokok.bukan untuk membuktikan kesan bahan2 kimia yang ada pada rokok ke atas manusia.



andai mahu jalankan ujikaji kesan rokok ke atas tubuh manusia, jalankan ujikaji pada tubuh perokok itu sendiri.jangan gunakan air.jangan gunakan kapas.jangan gunakan tikus..paru-paru manusia lebih compleks dari itu semua.Iya, hasilnya tetap sama.rokok di-cop sebagai agen pencetus kanser paru-paru...dalam jangka masa panjang.ingat itu..

aku ingin sekali berenti sebentar untuk menyedut asap berbahaya itu..aku bukan perokok sosial aku perokok tegar..

ROKOK....part01

how to do this??

terasa nak berkongsi sedikit pengetahuan tentang cara meng-kartun-kan gambar menggunakan photoshop..
ini gambar sebelum dan selepas (stelah di crop-kan)

 sebenarnya agak mudah untuk menggunakan aplikasi photoshop ini sekiranya anda selalu explore.baik, untuk tutorial kali ini, hanya teknik asas diperlukan.tetapi anda boleh mencantikkan lagi hasil dengan penggunaan filter dan sebagainya..

1. open file gambar,duplicate layer gambar
2. tukarkan 'blending option' untuk layer yang di-duplicate tadi kepada 'colour dodge'
3. masih tumpu kepada layer kedua td, buka tab Filter>Blur>Gaussian blur
4. tetapkan nilai gaussian blur kpd 7% atau kurang...
5. click 'Ctrl+I' untuk invertkan gambar
6. buka tab Leyer>New adjustment layer>Threshold
7. tetapkan nilai threshold kpd 243 (mengikut kesesuaian gambar)

sekarang, anda akan berhasil sebuah gambar hitam-putih.sesetengah individu sudah berpuas hati dengan hasil sebegitu.untuk mencantikkan lagi gambar, anda boleh juga mewarnakan gambar.tetapi langkah ini memerlukan tahap tumpuan dan kesabaran yang tinggi..

1. buka layer baru (di atas leyer threshold)
2.tetapkan 'blending option' kepada 'multiply'
3. sekarang, pilih warna yang bersesuaian dan mulai warna gambar anda..

jadi. selamat mencuba :D

Isnin, Ogos 16

GENERASI PEMACU UMMAH

*ini lagu nasyid contemporari ala2 indie..hehe




Intro:’ A-D-E-A (3x)

A                                           D
Tidak dinafikan sejarahnya gemilang
E                                                     A       E
Tapi yang lebih utama masa hadapan
A                                           D
Berpijaklah di bumi yang nyata
E                                                            A
Dunia kini dah berubah usah bernostalgia

Bridge:
Bm                                     E
Jangan bertunjangkan semalam
D                            E
Ciptalah kejayaan baharu

Chorus:
A                                           D
Angkasakan impian penuhi aspirasi Negara
           Dm                                     E
Agar jadi wahana perdana oh lestarinya
A                                     D
Realisasi generasi ini terampil akhlak mulia
                  Dm                                        E
Lengkap ilmu perkukuh amalan bina peradaban islam

Solo: A-D-E
A-D-E-A
“untuk melihat masa hadapan, kita mesti merenung sejarah lampau dan menaakul peristiwa semasa..” (puisi)

Bm                                     E
Jangan bertunjangkan semalam
D                            E
Ciptalah kejayaan baharu

A                                  D
Apa jua citra atau cita-cita kan bisa berjaya
              Dm                                          E
Kecemerlangan jangkau dunia oh lestarinya

A                                     D
Realisasi generasi ini terampil akhlak mulia
                  Dm                                        E
Lengkap ilmu perkukuh amalan bina kegemilangan peradaban islam

Ending: A-D-E-A (3x)


ada minus one.but improper sikit..wat snd :D
http://www.4shared.com/audio/dBcCii98/minus_one.html



Rabu, Julai 28

why HR?

satu soklan yg paling malas aku nak jawab ialah : "knapa anda memilih HRM sbg kos pilihan anda?"

knapa aku x amek kos komputer ke, muzik ke, engineering ke, chgu ke..whatever?
panjang jwapannya...kna story sejarah edu aku dulu.hehe

bagai dah jadik adat dlm keluarga aku untuk amek BAK. so, aku pown amek ah BAK.lepas PMR, wlaupon agak cantik result aku, aku stop amek arabic n msok RMC..kat sinilah segala kesengalan berlaku :D

kat RMC, aku supposed masok klas Biologi.mlangnya, intake aku yg terlalu ramai mnyebabkn beberapa student termasuk aku, terpaksa korbankan cita-cita nak amek bio n proceed ke kelas Sains Ikhtisas.bermulalah hidup aku mengenal subjek accounting.dalam masa yang sama, aku mula berjinak-jinak ngan nasyid.dah start buat lagu, start train sekolah lain, start wat performance luar dan lain-lain.naik form5, dalam satu aktiviti tahunan anjuran branch subjek sejarah, aku mula perasan bakat aku sbg chegu.hehe...tapi disebabkn teringatkan kata2 hikmat chegu aku dulu, "..nnti kamu dah jadi cikgu, akmu akan rasa balik apa yang saya rasa skrng ni.."  aku lupakan terus impian nak jd chegu.huhu

result trial SPM then kluar.markah subjek akaun aku lebeh tinggi dr subjek fizik.aku seorang yag sngat pemalas.aku malas nak isi borang matrik. alhamdulillah, cikgu kelas aku, Maam Law seorang yang sngat perihatin.dialah yang tolong isi borang nak masuk matrik tu.dipilihnya kos akaunting untuk aku.time tu aku x kisah sangat.UPU kan ada.aku bnyak pilih kos engineering dlm borang UPU disebabkan aku, sbg bdak kampung bnyak terdedah dgan amali-amali kejuruteraan mekanikal dan elektrik.hehe...

result SPM kemudiannya keluar.ternyata subjek akaun aku lebih mantop dr subjek fizik, addmath, dan kimia...peluang UPU dah terlepas, masuk maktab? tinggal kenangan larh :D so, aku masuklah matrik..matrik pahang siyh..

sebermulanya hidup aku sbg seorang pelajar jurusan perakaunan di KMPh, aku masih terbawa-bawa style blaja kat RMC.masih terasa diri aku senior.jadi, pelajaran aku abaikan..mujur aku bersahbat dengan mamat2 yang rajin belajar.boleh ahh jugak sedut2 nota..

semua perkara yang melibatkan nombor, aku lemah.orang cakap aku nie ada syndrome dyslexia.hatta tarikh pon aku buleyh terkeliru.atas alasan ini, aku benci subjek matematik, akaun dan mikro-ekonomi.tapi aku jatuh cinta dengan subjek pengurusan perniagaan dan makro-ekonomi...

selain belaja kos perakaunan, aku jugak banyak belaja pasal software komputer time kat matrik ni.maklumlah, dah ada lapt0p sendiri.acer pon acer lah..pengetahuan aku dlam pengkomputeran, dikembangkan lagi dengan penglibatan aku bersama-sama geng spartan.aku mula kenal adobe photoshop, aku mula kenal flash, video editing, audio editing,guitar pro dll...

agak sedih bila terpaksa keluar dr KMPh melepaskan hidop yang bagaikan surga itu.aku dan beberapa geng spartan berpakat untuk masuk UPNM, dekat ngan KL, mudah segala-galanya...

ternyata hanya aku sorang saje yang masok UPNM.sungguh kurang ajar sekali mereka kan?oh ya, apa aku amik kat UPNM? mestilah HRM..itu saja yang ditawarkan.hehe...jadi, knapa aku amek HRM? sbb aku masuk UPNM lah doe..