satu soklan yg paling malas aku nak jawab ialah : "knapa anda memilih HRM sbg kos pilihan anda?"
knapa aku x amek kos komputer ke, muzik ke, engineering ke, chgu ke..whatever?
panjang jwapannya...kna story sejarah edu aku dulu.hehe
bagai dah jadik adat dlm keluarga aku untuk amek BAK. so, aku pown amek ah BAK.lepas PMR, wlaupon agak cantik result aku, aku stop amek arabic n msok RMC..kat sinilah segala kesengalan berlaku :D
kat RMC, aku supposed masok klas Biologi.mlangnya, intake aku yg terlalu ramai mnyebabkn beberapa student termasuk aku, terpaksa korbankan cita-cita nak amek bio n proceed ke kelas Sains Ikhtisas.bermulalah hidup aku mengenal subjek accounting.dalam masa yang sama, aku mula berjinak-jinak ngan nasyid.dah start buat lagu, start train sekolah lain, start wat performance luar dan lain-lain.naik form5, dalam satu aktiviti tahunan anjuran branch subjek sejarah, aku mula perasan bakat aku sbg chegu.hehe...tapi disebabkn teringatkan kata2 hikmat chegu aku dulu, "..nnti kamu dah jadi cikgu, akmu akan rasa balik apa yang saya rasa skrng ni.." aku lupakan terus impian nak jd chegu.huhu
result trial SPM then kluar.markah subjek akaun aku lebeh tinggi dr subjek fizik.aku seorang yag sngat pemalas.aku malas nak isi borang matrik. alhamdulillah, cikgu kelas aku, Maam Law seorang yang sngat perihatin.dialah yang tolong isi borang nak masuk matrik tu.dipilihnya kos akaunting untuk aku.time tu aku x kisah sangat.UPU kan ada.aku bnyak pilih kos engineering dlm borang UPU disebabkan aku, sbg bdak kampung bnyak terdedah dgan amali-amali kejuruteraan mekanikal dan elektrik.hehe...
result SPM kemudiannya keluar.ternyata subjek akaun aku lebih mantop dr subjek fizik, addmath, dan kimia...peluang UPU dah terlepas, masuk maktab? tinggal kenangan larh :D so, aku masuklah matrik..matrik pahang siyh..
sebermulanya hidup aku sbg seorang pelajar jurusan perakaunan di KMPh, aku masih terbawa-bawa style blaja kat RMC.masih terasa diri aku senior.jadi, pelajaran aku abaikan..mujur aku bersahbat dengan mamat2 yang rajin belajar.boleh ahh jugak sedut2 nota..
semua perkara yang melibatkan nombor, aku lemah.orang cakap aku nie ada syndrome dyslexia.hatta tarikh pon aku buleyh terkeliru.atas alasan ini, aku benci subjek matematik, akaun dan mikro-ekonomi.tapi aku jatuh cinta dengan subjek pengurusan perniagaan dan makro-ekonomi...
selain belaja kos perakaunan, aku jugak banyak belaja pasal software komputer time kat matrik ni.maklumlah, dah ada lapt0p sendiri.acer pon acer lah..pengetahuan aku dlam pengkomputeran, dikembangkan lagi dengan penglibatan aku bersama-sama geng spartan.aku mula kenal adobe photoshop, aku mula kenal flash, video editing, audio editing,guitar pro dll...
agak sedih bila terpaksa keluar dr KMPh melepaskan hidop yang bagaikan surga itu.aku dan beberapa geng spartan berpakat untuk masuk UPNM, dekat ngan KL, mudah segala-galanya...
ternyata hanya aku sorang saje yang masok UPNM.sungguh kurang ajar sekali mereka kan?oh ya, apa aku amik kat UPNM? mestilah HRM..itu saja yang ditawarkan.hehe...jadi, knapa aku amek HRM? sbb aku masuk UPNM lah doe..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
komen adalah digalakkan terutamanya jika anda seorang yang galak...