Selasa, Jun 25

Poop Thought

Sebenarnya, aku tak suka dengan orang yang minta sedekah terutamanya waktu aku tengah makan. sekurang-kurangnya, bawalah sesuatu untuk aku, contohnya tisu..

Dalam sebuah dunia yang adil, hak kesamarataan adalah tidak wujud. jadi secara teorinya, sedekah juga tak ujud. semuanya mesti bersifat dua hala. ada give and take. kau sedekahkan seringgit kat mesjid sebab mesjid sediakan tempat untuk kau beribadat, bersih, selamat, ada kipas, ada tandas, ada segala serba-serbi.

Jadi bagaimana pula halnya dengan konsep 'anak'?
Apa yg parents dapat sbg exchange membesarkan anak tadi?
jadi, kalau ikut keadilan, anak tadi kenalah taat kat parent kan..kan..


Muar...tadi.

Aku rasa tenang bila dapat duduk atas pangku kayu, bersandar..
Bila dongakkan kepala, nampak bumbung zink, bukan lagi siling konkrit..
Bila pandang hadapan, ada laman rumah yang yang menghijau..
Panasnya tak terik mana sebab ada pokok mangga yang rimbun meneduhkan..

Ini kalau ada gitar kapok sedap jugak nih.tambah pula kretek dan kopi'O panas.memang mengancam.
Fine.It is settled. Aku akan setia di kampong.

Toll-Gate


"cita-cita saya ialah untuk menjadi seorang jurutol PLUS.." 
nak makan penampar?

kawan aku dari Jepun terkejut bila tengok kerajaan Melesia begitu pemurah dan baik hati, menggaji tenaga manusia untuk duudk di kaunter toll, semata untuk beri tiket kepada pengguna lebuhraya..di Jepun, mereka guna tenaga mesin.aku ketawa.

kisah telemovie 90-an berjudul Tollgate Girl yang masih diperkatakan sehingga kini beri inspirasi pada gadis2 sunti di kampong untuk hijrah ke bandar, kerja dekat toll, dan jumpa jodoh dengan lelaki kacak-berada dari bandar.kehkeh

Selasa, Jun 18

Toyol


Aserap bermalam di rumah abg iparnya.
Abg ipar Aserap ada enam orang anak. empat lelaki, dua perempuan.
tapi yang ada waktu tu cuma lima orang sebab sorang lagi duduk asrama.tahfiz.

Aserap tak buleh tidur lagi.
mata tak mahu lelap lagi.
tapi badan dah penat.
dah beberapa kali menguap.

tanpa sengaja, kepala tertoleh ke kiri.
pandang kosong dinding simen warna hijau pucuk pisang.
tiba-tiba ternampak kelibat pendek, berbogel,
lari laju melintasi kawasan dapur menuju tandas
yang terletak bertentangan dengan Aserap.

Aserap kaget.
jantung berhenti seketika.
mulanya takut juga.
tapi hati cuba menyenangkan.
cuba untuk bersangka baik.
mungkin (benda) itu anak saudara.

Aserap bangun dari tidur.
toto atas lantai yang tadinya rasa tak empuk jadi susah nak ditinggalkan.
tapi rasa ingin tahu mencanak-canak macam anak ikan nak diberi makan.
(tolong jangan salah tafsir ayat di atas).

Aserap tumpukan perhatian.
cuba kenalpasti sebarang bunyi dari tandas.
lama.
diam.
tak ada apa-apa.
tiba-tiba ada dengar bunyi flush.
rasa lega.
hati rasa lega.

Tukang Jahit


kerjaya Tukang Jahit ialah gabungan kerjaya Arkitek yang dicampurkan dengan kerjaya buruh dalam bidang buat kain-baju.

Sebab dia ialah arkitek yang design, dia ialah buruh yang buat kerja.

Pilihan


Mana yang akan kau pilih?
Panas tapi tak ujudnya graviti,
atau...
Sejuk dan ujudnya graviti....?

Jumaat, Jun 7

Kisah Hati....04

Tewas.

Seorang remaja dengan payung samurainya,
Sengaja mahu buang kusut di minda,
Berjalan sendirian di tengah kota,
Tanpa arah tujuan yang nyata...

Seorang remaja dengan payung samurainya,
yang padanya tak ada apa-apa,
ada hanya tigapuluh ringgit cuma,
terus melangkah mencari entah apa...

yang dijajah itu bukan Melayu sahaja,
yang dah rosak itu bukanlah Cina sahaja,
yang miskin-hina itu bukanlah India sahaja,

yang tak ada segalanya itu Bangsa kita,
yang bodoh-sombong itu Bangsa kita,
yang kita hina tu Bangsa kita,
Bangsa kita Bangsa Malaysia..

fikir si remaja,
kenapa Bangsa Malaysia begini sekali lembabnya?
apakah salah orang-orang tua kita?
atau yang salah sebenarnya ialah orang zaman kita sekarangnya?

fikir si remaja lagi,
tak guna tunding jari pada sesiapa,
yang penting sekarang carikan penyelesaiannya.
jangan gaduhkan perkara remeh yang tak guna.
baik duduk semeja bincang resolusi selamatkan Bangsa.

Seorang remaja dengan payung samurainya,
masih berjalan tanpa tujuan yang nyata,
jawapan yang dicari masih belum berjumpa,
akhirnya dia akur dan tunduk pada norma manusia.

*ini kesimpulan semua nukilan Kisah Hati. aku dapat ini sewaktu makan nasi lemak yang dibeli dari aunty yang berniaga depan stesen lrt Hang Tuah sekitar jam 6.30pagi.

Kisah Hati...03

Kasihku Hantu.

minuman tin berjenama harimau diteguk sekali.
minumnya bukan untuk melupakan, tapi untuk memperingatkan.
tentang kesempurnaan dan keindahan memori indah, kasih yang kita kecap suatu ketika dahulu.
..dan ketika sedang asyik meneguk minuman celaka itulah bayangkau menjelma.

satu saat tanpa kau bersama dah cukup buat aku sengsara.
pedih rasanya umpama luka yang dilumurkan cuka padanya.
hampir setahun kau tiada, aku kini hanya tinggal kerangka.
hanya tinggal tulang yang berbalut kulit gelap, cengkung muka, terbeliak biji mata.

mentari mula tunjukkan rupa.
robot bertopeng manusia mulai bergerak ke tempat kerja.
aku singgah di kedai mamak yang bocor atapnya, menjamu diri dengan secawan kopi'O kurang gula bersama sebatang kretek Nusantara.

ingatan kita bersama tak mungkin aku lupa.
sekarang, biar aku rehat seketika,
sementara menunggu malam menjelma semula
bersama ceritera memori kita berdua...

*ini aku dapat sewaktu asyik perhati seorang lelaki tua dengan botol beer di kaki lima seberang jalan dekat mesjid berhampiran stesen lrt Hang Tuah.

Kisah Hati....02

Banyak perkara yang dah berubah.
Masa silam tampak lebih indah.
Jadi dewasa buatkan semua perkara jadi bosan, susah, dan tak menarik di mata kita.
Rugi rasanya tak buat segala benda tu semua saat kita masih muda..



*ini aku tulis saat aku layan buskers kat Jalan Bukit Bintang sekitar jam 3.00pagi.

Kisah Hati....01

ceritera kita bukanlah mimpi,
yang kerjanya butakan akal dan hati,
percayalah kataku bahawa ini realiti,
bukan sekadar angan jauh sekali ilusi...

memang sumpah aku pada Ilahi,
engkau kekasih akan aku nikahi,
meski bukan ini hari,
tapi suatu hari nanti itu pasti...

dengan bermodalkan motosikal tua ini,
engkau aku heret kesana-kemari,
apa bukankah itu dah nyatanya suatu bukti??


*ini aku dapat semasa terserempak dengan sepasang kekasih depan Pavillion sekitar jam 4.15pagi.. aku ketika itu sedang jalan kaki, cuba cari ilham yang macam line internet broadband DiGi. keh keh