Jumaat, Jun 7

Kisah Hati...03

Kasihku Hantu.

minuman tin berjenama harimau diteguk sekali.
minumnya bukan untuk melupakan, tapi untuk memperingatkan.
tentang kesempurnaan dan keindahan memori indah, kasih yang kita kecap suatu ketika dahulu.
..dan ketika sedang asyik meneguk minuman celaka itulah bayangkau menjelma.

satu saat tanpa kau bersama dah cukup buat aku sengsara.
pedih rasanya umpama luka yang dilumurkan cuka padanya.
hampir setahun kau tiada, aku kini hanya tinggal kerangka.
hanya tinggal tulang yang berbalut kulit gelap, cengkung muka, terbeliak biji mata.

mentari mula tunjukkan rupa.
robot bertopeng manusia mulai bergerak ke tempat kerja.
aku singgah di kedai mamak yang bocor atapnya, menjamu diri dengan secawan kopi'O kurang gula bersama sebatang kretek Nusantara.

ingatan kita bersama tak mungkin aku lupa.
sekarang, biar aku rehat seketika,
sementara menunggu malam menjelma semula
bersama ceritera memori kita berdua...

*ini aku dapat sewaktu asyik perhati seorang lelaki tua dengan botol beer di kaki lima seberang jalan dekat mesjid berhampiran stesen lrt Hang Tuah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen adalah digalakkan terutamanya jika anda seorang yang galak...