Sabtu, Ogos 21

ROKOK....part01

entah mengapa, terasa hendak kontroversikan sedikit post kali ni dengan lontaran idea yang datangnya hasil dari pemerhatian dan perbincangan beserta rujukan.isi kali ini adalah isu rokok.iya, rokok..yang digembar-gemburkan sebagai sangat berbahaya.ibu kepada segala satu macam penyakit...

post kali ini mungkin dilihat satu sebab atau alasan dari aku sebagai seorang perokok tegar untuk terus merokok. sebab atau alasan? apa bezanya? itu akan dibincangkan di lain post.sebenarnya niat aku hanyalah untuk membudayakan perbincangan dikalangan mahasisiwa lantaran kebanyak mahasiswa takut, malas, dan malu untuk melontarkan pandangan..jadi aku memerlukan satu subjek untuk menarik minat lantas membudayakan sifat mahu melontarkan pandangan ini. dan isu merokok adalah isu yang aku kira sangat sesuai..

perasan atau tidak, ketika mana isu rokok yang dikatakan berbahaya kpd kesihatan ini  diperdebatkan, hasil jualan rokok makin meningkat dari hari ke hari.ini secara tidak langsung menaikan populariti rokok itu sendiri.
analoginya, seorang artis yang apabila dihangatkan dengan berita-berita sensasi akan lebih mendapat perhatian dari peminat2..kesemua rancangan kerajaan baik di negara Malaysia mahupun di luar sana hanyalah propaganda2 untuk mengaut lebih banyak keuntungan.buktinya, lihat saja graph di bawah yang aku dapati dari sebuah web ekonomi yang mengkaji hubungan antara 'cukai rokok' ke atas 'bilangan D dr perokok'...

suatu ketika dahulu, rokok dikategorikan sebagai produk yang 'tidak elastik' kerana permintaanya yang tidak berubah meskipun harga di naikkan..sekarang, disesetengah lokasi di seluruh dunia, rokok masih kekal sebagai produk yang tidak elastik..dan usaha menaikkan cukai dan harga rokok ternyata hanyalah satu usaha yang sia-sia jika ia dilaksanakan bertujuan untuk mengurangkan pengguna rokok..


setakat ini dahulu perbincangan isu rokok ini.aku sangat berharap akan adanya individu bernama mahasiswa yang akan muncul memlontar pandangan sekali gus membenar atau menolak kenyataan yang dibuat aku...
Hei, we agree to disagree rite?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen adalah digalakkan terutamanya jika anda seorang yang galak...