Isnin, Disember 20

couple is annoying..

sad.pathetic.sorry.loser..

itu perkataan yang mungkin sekali wujud dalam kepala otak engkau bila mana mendengarkan ayat "couple is annoy" dari aku.serius sekali aku nyatakan bahawa  bercouple itu sangat annoying sementelah aku belum benar-benar erti definisi sebenar bercouple.


pada aku, berkawan itu lebih best dari bercouple.mungkin kerana hidup aku yang agak carefree dan tidak suka diikat dengan cemburu membabi buta dari pasangan berlainan jantina.tapi tidak pula aku mengutuk, jauh sekali menghina memendang rendah mereka yang bercouple.malah aku memandang tinggi golongan itu lantaran kebolehan mereka menahan diri dari belenggu rasa bosan yang menggila.

bukan aku tak pernah cuba.ya, aku pernah cuba untuk bercouple.mengikut rentak jejak, cara dan prosedur seperti yang biasa dilakukan pasangan-pasangan couple yang lain seperti keluar date, mesej tak tentu masa, calling di malam-malam buta dan sebagainya.tapi aku masih tidak dapat mengadaptasi perkara-perkara tersebut dalam hidup aku yang serba lompong dipenuhi tidur siang dan aktiviti melayan movie di malam hari.


bukan kerana aku tidak bernafsu pada makhluk yang se-spesis, berlainan jantina dengan aku.pada hakikatnya, aku mengasihi semua wanita yang ada.aku mudah tertarik pada mereka.tapi, aku tak suka dipanggil setiap masa.aku tak suka keluar berjanji temu.aku tak suka perlu berpura-pura.aku bukan orang singapura.

dosa? alim sangat kah aku? rokok, benda yang sudah difatwakan haram pun dah jadi rutin.ayat-ayat surah hafazan yang tujuh itu pun sudah lompong-lompang dalam otak ni.jadi kalau ada yang terfikir aku budak anti-couple atas alasan aku budak Mahad Tahfiz Diraja (MTD), engkau silap.silap atas persepsi engkau yang aku extrimis anti-couple.aku lebih suka pendekatan laissez faire.biar mereka buat suka hati.misalnya sang penggiat-pencari konspirasi.aku tak peduli bila mereka sekadar suka-suka mencari sekadar membuat hobi.tapi aku benci bila mereka jadi ekstrimis.reformasi, begitu juga..


akhir kata, aku sangat berharap moga-moga engkau yang membaca teks ini paham.dan lepas ini jangan-jangan lagi bertanya kepada aku mengenai couple kerana jawaban aku sudah semestinya "no comment"..
well, it depends.keh keh

2 ulasan:

  1. it's depend acap...berchenta x semestinya memiliki... =P

    BalasPadam
  2. oh.aku boleh lah cintakan "itu" yang milik member aku kan.chanteekk

    *tolong jangan persoalkan "itu"*

    BalasPadam

komen adalah digalakkan terutamanya jika anda seorang yang galak...