Selasa, Disember 14

ini kisah jiwang.serius!!!

tengah naik moto pusing-pusing key-el, tiba rasa dahaga mendatang.
ai singgah kejap di 7eleven berdekatan.terus meluru masuk tanpa cabut kunci motor yang masih lekat dan pergi ke peti ais seraya meng-grab air mineral chill.
ai berjalan-jalan ke arah kaunter 7e sambil mata merayau-rayau sekeliling kdai.saje tengok-tengak kalau-kalu ada benda yang boleh dibeli.
sampai di kauter, ai terkeshima sebentar.mak leh oi, comey lah siot awek tu. sebijik cam muka Emma Stone.wallllau..keh keh


INI EMMA STONE..

















"semua sekali RM1.10" katanya ngan suara yang serak-serak basah.cair ai dibuatnya.

"seringgit sajelah boleh?" kata ai pula dengan senyuman bak kerang busuk.lagipun ai benci betol nak simpan syiling banyak2 dalam poket.

"ala...seposen lagi je bang." wuuu....lagi melebarlah senyum aku bila die wat geli2 camtu.

aku buat-buat selok kocek, bukak dompet, raba-raba poket." x de duit kecik lah honey." saje aku nyakat die lagi.

"abang belilah benda2 lain.kan senang."

aku amek cokelat mentos yang entah bape harganya n bagi sepoloh ringgit kat die."hah, cukup.nanti abeh pulak pitih ni."

"eh, orang kelantan ke?" tetibe die tanye.

ai sekadar membalas dengan senyuman.panjang pulak sambungnya nanti.dah ada brader2 yang Q kat belakang ai buat muka senoiet .keh keh.cemburu lah tu.

"terima kasih.." katanya sambil bagi duit baki.

"thankiu..." ai secara spontan membalas.entah kenapa.dah terbiasa agaknya.

die kerutkan dahi sampai terangkat kening tanda tak paham.

"...for thanking me." ai membidas.

dan wau, die tergelak.yes! kalau lah ada camera, dah lama aku snap.biar kamera 1M pown.keh keh

....

lepas hampir 3minit perjalanan meninggalkan 7e awek tadi, ai baru teringat.air mineral tu tertinggal.sh*t betol lah.nak patah balik, dah jalan sehala pulak.jadi, terpaksa lah ai terus kan perjalanan sambil berzikir, curse orang yang bertanggungjawab buat jalan kat KL jadi one way road.mnyesal jugak.rugi singgit sposen.tapi dahaga tu ilanglah sebab dapat jumpa minah tu.oh ya, nama die Syuhada.aku tengok kat name tag die.kalau jumpe, jangan ngorat eh kengkawan.or ai belasah u sampai lembik.keh keh

esok nal pegi lagi lah :))

2 ulasan:

  1. ok acap da pndai ngorat aweks.. bgs2 ada kemajuan.. hahahaha...

    BalasPadam
  2. keh keh..
    kira macam azam tawun baru lah kan..

    BalasPadam

komen adalah digalakkan terutamanya jika anda seorang yang galak...