siang bekerja.
keluar masuk pejabat.
menghadap muka monitor komputer.
menekan menaip mencanai laporan.
melemparkan senyuman palsu penuh paksa.
sengaja mengambil hati sang raja kepada syarikat raksasa.
siang bekerja.
bermandi peluh membanting tulang empat kerat.
kadang rehat sebentar cuma menghisap surya bersama kopi tanpa gula.
terik dikepala membakar otak sementara.
berdesing telinga dengan bunyi jentera.
aku.
terus keliru memilih jalan.
mahu yang stabil tapi bosan.
atau yang goyah tetapi mencabar.
aku.
masih sedikit-demi sedikit belajar.
dengan bebanan dibahu harapan ibu dan keluarga.
mahu melihat anak, adik nya "berjaya".
sebagai seorang rakyat bisu negara yang tekun dibawah air-cond bekerja.
aku.
benci definisi "berjaya" orang kita.
yang merujuk kepada doktor dan lawyer.
bukan penggiat seni dan aktivis bagai.
dan aku.
akan buat tak tahu.
terus ikut arus waktu.
sampainya ketika itu.
akan aku bukti pada kamu.
bahawa pekerjaan aku.
bisa buat kamu bangga dengan ku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
komen adalah digalakkan terutamanya jika anda seorang yang galak...