Rabu, Disember 15

prosa..Aku Pelakon

aku pelakon berjaya.
orang tak kenal aku.tidak kenal aku yang sebenar.
sesiapa pun tidak.ini termasuk juga ahli keluarga aku.
aku berlakon sebagai seorang yang alim.
aku berlakon sebagai seorang yang jahat.
aku berlakon sebagai seorang yang bijak.
aku berlakon sebagai seorang yang lembab.
siapa aku sebenarnya?
aku juga tidak pasti.
kawan kenalan handai aku ada.
semua tertipu terpesona mamai dengan lakonan aku.
biar tanpa anugerah itu-ini.biar tanpa gelaran darjat kuasa.
aku tetap pelakon handalan.


(ACAPsee-for : 1455 : Dec17th)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen adalah digalakkan terutamanya jika anda seorang yang galak...