Tidur ialah keadaan rehat badan semula jadi yang dialami seluruh dunia fauna. Tidur diamalkan oleh semua mamalia dan burung, dan turut diperhati pada kebanyakan reptilia, amfibia dan ikan. Bagi manusia, mamalia-mamalia lain, dan kebanyakan besar haiwan-haiwan lain yang pernah dikaji seperti ikan, burung dan semut, tidur secara kerap adalah penting untuk kemandirian. Namun, tujuan
tidur adalah tidak jelas secara sepenuhnya, sebaliknya ia masih menjadi titik tengah kepada kajian yang berterusan.
(http://ms.wikipedia.org/wiki/Tidur)
"Tidur adalah salah satu cara apresiasi aku kepada tubuh badan.juga salah satu cara aku mensyukuri nikmat Tuhan.maka dengan itu, tidur bukanlah suatu perbuatan kufur nikmat..."
Pada aku, tidur adalah penawar, penyelesaian kepada hampir semua masalah.sebagai contoh, Bila aku lapar tetapi tak punya uwang, aku tidur..Bila aku berhadapan dengan esaimen yang bertimbun, aku tidur sebentar. Bila aku rasa bosan dan tak tahu nak buat apa-apa, aku tidur juga..benar, mungkin ada yang menentang keras dengan pendirian aku ini.tapi, ini pendirian aku, bukan?!
Aku tanpa tidur? gila. betul, aku yang tanpa tidur, sangat tak best.aku akan jadi sedikit perengus dan mudah marah..
Aku yang sedang tidur? jangan kau berani-berani ganggu.itu bukan aku melainkan a negative side of myself.tak percaya? tanyalah orang yang biasa kejut aku bangun tidur.
Tidur sebagai ibadat..dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, mafhumnya, ada mengisahkan tentang Abu Darda yang enggak mau tidur malam kerna mau beribadat lalu seorang sahabat bernama Salman menegurnya; Tuhan punya hak atas kau, badan kau juga punya hak, isteri kau juga punya hak.berikanlah keatas semua ini hak mereka..dan Rasulullah bersabda "Benarlah kata Salman itu"...
Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Rasulullah telah memasuki
Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas
bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab
agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang.
Nabi pun terus mengeluarkan arahan:
"Buka tali ini! Hendaklah salah
seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika
sudah mengantuk hendaklah tidur." (Bukhari-Muslim)
yup.tidur itu penting..lebih penting dari makan.sebab tu hanya wujud puasa makan, puasa mata, puasa telinga, puasa mulut (berkata-kata), tetapi tak ada puasa tidur..hehe
Plus, di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan
sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu
tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya."
Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah
seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu
ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari.
Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat
zohor."
.....and that's my dear reader, is my biggest problem.hehe
anyway, sila baca doa tidur sebelum tidur.juga pastikan anda basoh kaki dulu..kepada yang lelaki, kalau tidur dengan hanya berkain pelikat, sila pastikan anda memakai boxer atau tight bersama, agar nanti siang tidak ada terung yang kelihatan.keh keh
*sejujurnya, masalah tidur aku ini harapnya tidak berlarutan sampai ke jinjang pelamin.piueww...