Ahad, Julai 29

maaf kalau ada yang terasa


Salam Ramadhan kepada semua pembaca.maaf aku pohon kalau ada antara kau yang terasa hati..
entry kali ini berkisarkan tentang sensitiviti beberapa orang bani islam kepada bulan Ramadhan.

KISAH PERTANDINGAN BOLASEPAK.
ada la satu-dua insan yang sibuk post kat fesbuk kononnya menentang keras pertandingan bola sepak yang diadakan pada bulan puasa.hujahnya, "waktu itu waktu orang nak bertarawikh..satu dunia nak bertarawikh.jangan pesongkan  orang dengan pertandingan bola sepak," katanya..
aku tak kisah.sebab aku pun bukannya minat bola sepak sangat...aku endahkan saja.

KISAH BAZZAR RAMADHAN.
ada la dua-tiga insan yang sibuk post kat fesbuk mengatakan tentang kewujudan bani kafir dzimmi yang dok sibuk membeli-belah kat bazzar ketika umat islam nak beli juadah bukak posa.mereka seakan sangat marahkan golongan kafir dzimmi ini yang mengganggu ritual wajib bulan puasa itu...aku masih buat tak endah.

KISAH OLIMPIK 2012
ada la tiga-empat insan yang sibuk post kat fesbuk kononnya Olimpik kali ini didalangi oleh puak illuminati yang nak jatuhkan islam dan sengaja pilih bulan ramadhan untuk anjurkan Olimpik.mungkin mereka tak sedar bahawa Olimpik memang sama dari dulu sampai sekarang..aku masih buat tak endah.

KISAH AKU DAN ZUKO.
sebagai saudara baru, zuko seringkali bertanyakan aku tentang islam..aku acapkali tegaskan, Islam bukan agama.Islam adalah cara hidup.tak ujud istilah sekular dalam islam kerana kau tak mungkin pisahkan cara hidup dengan hidup.yelah, macam mana nak hidup tanpa cara rite??
jadi, bila Zuko rise up isu Bola Sepak, isu Bazaar, dan isu Olimpik kat aku, aku tertawa dan membalas..bukan semua bani islam mcm tu.Bani Islam Warisan saja yang sensitivitinya melampau-lampau.Zaman Rasulullah dulu, ada peperangan dalam bulan ramdhan.tak pulak Rasullah tangguhkan?! tak kisahlah bulan Ramadhan ke, Bulan Syawal ke, Bulan Muharram ke, amal ibadat tetap jalan...aktivit biasa tetap jalan.

p/s: apa buktinya sahihnya yang kau katakan pokok acara olimpik (dalam gambar) itu adalah pokok yahudi (pokok garqad)?keh keh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen adalah digalakkan terutamanya jika anda seorang yang galak...