Ahad, Julai 15

cerita cermah khas buat zuko

ilustrasi hiasan.
 
Hadis yang diriwayat oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a. Nabi SAW bersabda "Apabila tiba bulan puasa, pintu-pintu syurga akan dibuka, pintu neraka akan ditutup dan syaitan akan dirantai" (mafhum hadis.)

Oleh kerana hadis ini tidak mempunyai hadis lain yang menyokong atau membicarakannya, maka ulamak berselisih pendapat dalam mentafsirkannya. Ada yang secara majazi dan ada yang secara hakiki...

Secara majazi: hadis ini hanyalah menggambarkan keadaan pada bulan puasa iaitu peluang untuk masuk syurga terbentang luas di mana amalan2 digandakan pahalanya. Pintu neraka ditutup dengan maksud di bulan ini kegiatan maksiat amatlah berkurangan bagi mereka yang berpuasa...
Syaitan bukan hanya dari golongan jin. tetapi syaitan adalah jenama kepada pengahasut ke arah kejahatan dan maksiat yang terdiri dari jin dan manusia. Bila syaitan dirantai, maknanya dua kelompok syaitan ini berkeadaan amat sukar untuk menghasud manusia.... inilah pendapat majazi.

Secara hakiki pula: pintu syuga dibuka, pintu neraka ditutup dan jin di rantai. Anak murid kepada salah seoarang imam mazhab bertanya kepada imam ini kenapa berlaku hesteria dibulan puasa. Imam ini menegaskan "walau apapun belaku aku tetap berpegang bahawa syaitan dirantai (secara hakiki) di bulan puasa ini.
Jelasnya perkara ghaib tidak mungkin difahami secara tepat, dan berpeganglah kepada panduan al-Quran dan hadis, walaupun kita boleh berbeza pendapat.

itu yang aku dapat dari Blog Akrine tulisan Ustz Majid.

ilustrasi hiasan

ini pula pendapat dari seorang kenalan dalam laman sesawang bila diajukan soalan ini kepadanya:

"Sejauh pandangan saya yang masih dangkal dan perlu diperbetuli, Allah tidak merantai Syaitan itu dalam konteks kefahaman manusia tetapi lebih kepada kiasan Nafsu manusia yang telah lama dilatih Syaitan...barangkali itu yang dirantai iaitu Nafsu Haiwaniyyah yang bermaharajalela dalam diri manusia...
 
Bulan Ramadhan dilihat sebagai tempoh pengasingan dan pemulauan terhadap sebarang usaha untuk membiarkan Nafsu Haiwaniyyah manusia dari terus berkerja, maka tempoh bertenang diberi sebulan oleh Allah untuk Nafsu diikat dari dibiarkan...Syaitan masih ada begitu juga Jin yang mengganggu manusia tetapi Nafsu yang diikat dari dipengaruhi oleh Syaitan di bulan Ramadhan ini...

Bulan Ramadhan atau bukan, Syaitan berikrar menyesatkan manusia 24 jam dan sepanjang usia mereka tanpa henti hingga Hari Pembalasan...ia tidak diberi kerehatan dalam menjalankan tugas menyesatkan manusia...dengan kepakaran ribuan tahun memperdaya manusia dan melatih Nafsu Haiwaniyyah manusia, bulan Ramadhan bukan menjadi sebab untuk Syaitan dibelenggu dek kerana perjanjiannya terhadap Allah suatu masa dahulu.

Manusia diberi tempoh sebulan untuk mengunci kembali Nafsu (Rikudo) dengan kembali kepada keta'atan untuk menekan Nafsu dari menguasai diri...moga-moga dengan latihan sebulan Ramadhan, manusia dapat manfaat untuk kendalikan Nafsunya dengan teratur..."

ilustrasi hiasan
 
Tapi, pada pandangan aku, pada bulan ramdhan yang diikat dan dirantai adalah para iblis dan setan.tetapi tidak pada para jin. ini adalah kerana sepotong ayat quran yang menyebut: "AKU ciptakan jin dan manusia tu untuk mengabdikan diri pada AKU''. kaum jin pon macam manusia, ada yang jin Islam, ada jin kafir, ada Wali jin.
Jadi Zuko, kau kena lah jadi jin yang baik.jngan kacau aku sangat time bulan posa ni. lagi baik kalau kau tolong ingatkan aku untuk beramal bnyak2. kita buat la sama-sama..apa kau ingat manusia saja yang dapat manfaat dari bulan ramdhan ni, semua makhluk Tuhan dapat rasai nikmat ramdhan ni tau..hehe

*dan zuko kembali tersenyum

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen adalah digalakkan terutamanya jika anda seorang yang galak...