Khamis, Julai 12

Menchinta tak semestinya memiliki...oh selipar

....itulah seperti yang dikatan seorang kenalan suatu ketika dahulu.
cinta itu sudah jadi fitrah manusia.cinta dan sayang kadangkala ditafsirkan secara berbeza.suka pula dikatakan jauh sekali pengertiannya dari kedua perkataan chinta dan sayang.

manusia, sekejam mana pun ia, pasti punya sekelumit rasa kasih, sayang, suka dan cinta.aku juga tak terlepas daripadanya.ini dibuktikan melalui post2 lepas aku seperti Ini Kisah Jiwang, Cerita Jiwang, Budak Baru Comel, dan beberapa lagi psot lain.

berbalik kepada usul perdana dimana kenalan saya menegaskan bahawa "..mencinta tak semestinya memiliki..".

sebelum mengupas dengan lebih lanjut, adalah baik kiranya kau semua erti akan definisi pembolehubah yang terlibat iaitu Suka, Kasih, Sayang, dan Cinta..

  Suka itu bersifat sementara dan selalunya terhasil kerana penampilan fizikal.sebagai contoh, sukakan harta-benda.Kasih pula jarang disifatkan sebagai perbuatan (verb).ia selalunya diklasifikasikan sebagai kata sifat (adjective).sebagai contoh, kasih seorang ibu..jarang sekali kita mendengar ungkapan "aku kasih kepadamu".
  Sayang pula sesuatu yang bersifat kekal dihati.sukar dikikis meskipun kebarangkaliannya ada.sifat sayang terhasil apabila seseorang itu meluangkan masa yang lama dalam mengenali sesuatu yang disayangi nya itu.sebagai contoh, Safwan sayangkan motosikalnya.
  Cinta pula, adalah kombinasi kesemua pembolehubah tadi.kita cintakan keluarga kita.kita cintakan Tuhan, kita cintakan alam sekitar.Cinta kadangkala hadir tanpa diduga.jadi, pada firasat aku, tidak ujud istilah 'cinta pandangan pertama' kerana pandangan yang pertama merujuk kepada penampilan dan itu bukanlah cinta tetapi Suka.

jadi, berbalik kepada usul perdana kita, bisakah mencinta tanpa memiliki?!
why not?!
kau suka dengan sesuatu, kau senang dengan sesuatu itu sehingga timbulnya rasa kasih. kau mulai sayangkan sesuatu itu setelah sekian lama bersama mengenali nya. maka kau sudah jatuh cinta dengan sesuatu itu.

*gantikan perkataan sesuatu itu dengan kata nama..sbg contoh, selipar..

2 ulasan:

  1. hahaha saya suka ayat Safwansayangkan motorsikalnya...kalau kat sekolah cikgu bg betul...(hambar)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ...takkan aku nak letak @En Budu sayangkan motosikalnya pulak kan??! hehe

      Padam

komen adalah digalakkan terutamanya jika anda seorang yang galak...