Rabu, Julai 11

catatan mengarot demi buang masa


selamat hari rabu aku ucapkan kepada seisi dunia yang meraikan kehidupan hari ini.
post kali ini berkisarkan tentang sistem pendidikan di Malaysia khususnya. aku bukanlah seorang ahli akademi.jadi aku ingatkan sekali lagi, segala yang kau baca di sini, cumalah pandangan peribadi aku.jngan buat hujah..

aku tak pernah ke luar negara.aku juga tak ambil tahu pasal sistem pendidikan luar negara.sebab itu aku cuma mau bercerita tentang malaysia. kenapa ya?! kenapa sistem pendidikan kita (malaysia) aku katakan lemah dan tak berfungsi sepenuhnya.kerana pelajar/murid/siswa hnya di ajar demi bekerja..salah siapa?!
kau nilai sendiri.

aku menulis berdasrkan logika saja.aku tak ada bukti-fakta bagai.
cuba kau lihat kronologi pelajaran subjek bahasa inggeris.sedari kecil, kita diajar untuk mengenal huruf, kemudiannya mengeja/membaca, menulis, dan barulah berbahasa/berkata..ini langsung tak efektif.
sepatutnya, belajar bahasa perlu dimulakan dengan berbahasa/berkata.sebagai contoh bahasa malaysia.sedari lahir, kita diajar untuk berkata-kata.bukan mengeja atau membaca, jauh sekali menulis..

pelajar/siswa sekarang cuma belajar dari buku semata-mata demi pekerjaan kelak dewasa.ini apa cerita?!
setiapkali semester tamat, terus pelajaran lepas dilupa..kemudiannya, pelajar kononnya diuji dengan peperiksaan akhir, tetapi punya tempoh masa untuk menghafal dan mengulang semula segala yang dibaca selama enam bulan sebelumnya.ini umpama meludah semula air yang kau teguk dalam gelas berlainan sahaja.ya, aku juga sama...

sepatutnya, kita harus belajar melalui pengalaman.aku tak kata semua.sesetengah harus juga melalui pembacaan dan penulisan.tapi kebanyakannya harus melalui pengalaman.jangan bagi alasan Latihan Industri (LI) untuk pertahankan kepercayaan berlawanan. mungkin ya, LI bagi pelajar/siswa yang mengambil kos engineer dan kedoktoran tampak munasabah.bagaimana dengan pelajar jurusan perniagaan, pengurusan, dan lain-lain? ada teman saya yang LI-nya cuma kerja membancuh kopi.whateva lah..

....
aku malas lah nak menaip lagi..fak kan?
sebabtu aku lebih suka bercakap dari menulis.by the way, masa untuk dibuang sudahpun berlalu.jadi, aku berhenti takat ni dulu.kepada yang sudah membaca sampai tahap ini, trimas aku ucapkan sebab masih membaca catatan mengarot aku.kbai

*aku sengaja menulis catatan ini semata-mata menunggu waktu pejabat bermula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen adalah digalakkan terutamanya jika anda seorang yang galak...