buah kurma adalah sedap dimakan begitu sahaja..tapi jngan dimakan diwaktu siang kala bulan ramadhan pula. |
”Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan keberkatan. Tuhan
mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus
dosa-dosa dan mengabulkan doa. Tuhan melihat kamu berlumba-lumba pada
bulan ini dan membanggakan kamu kepada para malaikatNya. Maka
tunjukkanlah kepada Tuhan perkara-perkara yang baik dari kamu kerana
orang yang sengsara (celaka) adalah orang yang tidak mendapat rahmat Tuhan di bulan ini.” (HR At Thabrani)....seperti yang di-paraphrases dr blog member.
bila sebut ramadhan, perkara pertama yang bermain diminda ialah puasa, perkara kedua ialah tarawikh..kalau ada/ujud perkara ketiga ianya adalah khatam quran..
ZUKO- sejak akhir2 ni, tampak lebih baik, alim daripada biasa. mulanya aku buat tak tahu.tapi bila lama2, terkeluar jugak ceritanya.beliau sebenarnya takut kena rantai waktu bulan puasa seperti mana yang akan dikena pada setan2.aku cuma tertawa.langsung beliau emo dan kembali maerayau entah ke mana..mungkin beliau tak tahu, kaum Jin tak kena rantai time bulan posa.keh keh..(isu ni akan digebang dlm post akan dtang).
Aku ini banyak dosa, kurang amalan. kau juga mungkin sama.jadi, apa kata guna sebaiknya bulan ramadhan ini untuk kaut pahala banyak2. ingat, ketiga benda yang aku sebut dlm perenggan kedua bukanlah satu-satunya (i mean tiga-tiganya) amal ibadat yang bisa dilaksana waktu bulan puasa.kayuh basikal dan berbloging juga boleh dapat pahala berganda..jika niat kau betol.cammana niat? camni: nawaitu sauma ghoda-ien...hehe
countdown start now....marhaban ya ramadhan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
komen adalah digalakkan terutamanya jika anda seorang yang galak...