Tidur ialah keadaan rehat badan semula jadi yang dialami seluruh dunia fauna. Tidur diamalkan oleh semua mamalia dan burung, dan turut diperhati pada kebanyakan reptilia, amfibia dan ikan. Bagi manusia, mamalia-mamalia lain, dan kebanyakan besar haiwan-haiwan lain yang pernah dikaji seperti ikan, burung dan semut, tidur secara kerap adalah penting untuk kemandirian. Namun, tujuan
tidur adalah tidak jelas secara sepenuhnya, sebaliknya ia masih menjadi titik tengah kepada kajian yang berterusan.
(http://ms.wikipedia.org/wiki/Tidur)
"Tidur adalah salah satu cara apresiasi aku kepada tubuh badan.juga salah satu cara aku mensyukuri nikmat Tuhan.maka dengan itu, tidur bukanlah suatu perbuatan kufur nikmat..."
Aku tanpa tidur? gila. betul, aku yang tanpa tidur, sangat tak best.aku akan jadi sedikit perengus dan mudah marah..
Aku yang sedang tidur? jangan kau berani-berani ganggu.itu bukan aku melainkan a negative side of myself.tak percaya? tanyalah orang yang biasa kejut aku bangun tidur.
Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Rasulullah telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabi pun terus mengeluarkan arahan:
"Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur." (Bukhari-Muslim)
yup.tidur itu penting..lebih penting dari makan.sebab tu hanya wujud puasa makan, puasa mata, puasa telinga, puasa mulut (berkata-kata), tetapi tak ada puasa tidur..hehe
Plus, di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya."
Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor."
.....and that's my dear reader, is my biggest problem.hehe
anyway, sila baca doa tidur sebelum tidur.juga pastikan anda basoh kaki dulu..kepada yang lelaki, kalau tidur dengan hanya berkain pelikat, sila pastikan anda memakai boxer atau tight bersama, agar nanti siang tidak ada terung yang kelihatan.keh keh
*sejujurnya, masalah tidur aku ini harapnya tidak berlarutan sampai ke jinjang pelamin.piueww...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
komen adalah digalakkan terutamanya jika anda seorang yang galak...