Ahad, Julai 15

aku penghibur

Julai 9hb - BATB, kalau kau masih ingat adalah band hambar yang aku join sepanjang aku mengaji kat yupienem ni. lupa na bagitau, weols dah tukar nama band tu sebab ahli band tu tak tetap.jadi, weols letak nama baru iaitu Squat Jam..
ini logo lama BATB - Best Art Through Belief
jadi nak dijadikan cerita, 9hb julai yang lalu kami dijemput buat performance majlis makan2 oleh budak2 batch asasi baru. kami ini bukanlah band yang reti main lagu sayup mendayu-dayu bagai.lagu yang kami main selalunya lagu-lagu rock kapak, lagu changcuters, lagu indie yang boleh kasik mosh..jadi, takkan nak main lagu camtu time orang makan?!
jeng..jeng..jadi kami pun bertungkus lumus mencari lagu2 yang sesuai untuk dimainkan ketika orang makan sebagai contoh: lagu Keroncong Hujan, lagu Oh Fatimah, Lagu Laskar Pelangi dan beberapa lagi..dan yang paling seksa adalah aku, selaku vocalist sebab terpaksa menghafal lirik2 lagu yang selow tu.dafuq betollah kan?
ini logo baru Squat Jam
selepas seketika, lagu2 slow sudah habis dimainkan, namun majlis belum lagi tamat.kami kian kekeringan idea untuk perform.para audience pula mula menjerit pinta encore.ada juga yang request lagu najewa latip.tapi, aku buat tatau je.mampuih nak suruh aku menyanyi lagu 4kord tu?!!

seperti sudah kehilangan sabar, gitarist lead kami (Budi) mula memaikan lagu Malam Pesta Muda-Mudi, lantas tanpa menghiraukan VIP yang hadir, aku melompat-lompat kesana-sini dan melalak dengan galak sekali.biarlah apa audience nak kata, aku dalam dunia sendiri..

oh lupa nak cerita, kami kini punya ahli baru.seorang pemain keyboard.namanya Becky..becky ini gila juga orangnya. time perform lagu Lamunan Terhenti (versi Hujan), becky menunjukkan bakatnya dengan memasukkan elemen techno dan dubstep dalam pembawaan lagu tersebut.ternyata, audience tak boleh duduk diam.majlis makan malam yang mulanya hambar, kini dah jadi macam gig band punk, Subculture...
dah tu, sapa suruh jemput kami??keh keh

ini Drummer - Tawau (sabah)
ini Bassist - Budu (pahang)
ini Lead Guitarist - Budi (sarawak)
ini ahli baru, Keyboardist - Becky (perak)
ini Vocalist - Acap (penang)

ini Manager kami - Zuko (tak ada gambar yang sesuai)

*kalau nak majlis makan uols jadik macam gig, konsert, jemputlah kami...keh keh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen adalah digalakkan terutamanya jika anda seorang yang galak...