Isnin, Februari 13

Dafuq?!

sebelum ai terjun kepada tajuk persoalan asal kita, ai ingin sekali perkukuhkan batu dasar perbincangan dalam post ai kali ini iaitu kenapa ai buat blog? berbagai sebab kenapa sesuatu blog tu wujud.antaranya adalah personal interest semacam dairi gitu, melakukan urusan bisnes, perkongsian maklumat dan sebagainya.
dan sebab utama ai buat bisnes adalah sebab ai nak salurkan buah idea ai. otak ai perlukan banyak ruang untuk diisi dengan pelajaran yang ai belajar kat kelas demi segulung kertas bernama ijazah yang pada ai tak delah penting mana, tapi dek kerana dunia moden sekarang semua nak tengok kertas gulung-gulung tu, ai pun kena lah ada satu.keh keh... jadi, kalau otak ai penuh dengan buah fikiran dan ai tak bergerak dari takuk lama, otak ai akan jam.sebab tulah ai buat blog agar otak ai ringan sikit. well, itu cuma lah sebab utama..

sekarang jom kita terjun kepada persoalan post untuk kali ini iaitu kumpulan illuminati yang sering diperkatakan oleh para remaja dewasa golongan pemikir dan ekstrimis yang pada sangkaan mereka adalah perkara yang baik untuk dihebah dan diperkatakan.nampak gah gitu.jadi, dari apa yang ai paham, illuminati ini ialah nama yang diberikan kepada beberapa kumpulan yang baik sudah lama ditelan sejarah atau yang wujud dicelah-celah arus pemodenan, baik suatu yang fantasi atau suatu yang reliti.

jadi, sebenarnya illuminati ini hanya merujuk kepada kumpulan-kumpulan yang bersatus rahsia sahaja.ada banyak contoh kumpulan illuminati ini.dan kesemua kumpulan ini tertubuh atas dasar-dasar yang masing-masing percaya dan berpegang teguh padanya. suatu ketika dahulu di China, wujud berpuluh-puluh kumpulan illuminati yang mana mereka menjadi dalang kepada revolusi rakyat china ke atas pemerintah.kesimpulannya disini, kumpulan illuminati ini sebenarnya adalah group rahsia yang menjadi dalang kepada sesuatu plan yang besar. ai ada cerita kat member ai pasal ini.beliau tanya balik kat ai, geng tiga line tu illuminati lah ye? ai blank.then ai angguk2 kepala sambil cakap kat beliau, "di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan mengangguk bermaksud 'tidak'.." pastu ai terus blah sambi ketawa kuat-kuat.sapa suruh beliau buat ai blank tadi.keh keh...

oh ya, sambung balik kisah illuminati tadi, akhir-akhir ini dengan diselubungi arus pemodenan ini, kita dikejutkan dengan berbagai pembongkaran satu demi satu konspirasi yang di dalangi iluminati freemason. untuk pengetahuan uoll semua, freemason tu satu istilah yang biasa digunakan oleh omputih bila merujuk kepada secret society yang tua, besar dan berkuasa yang hanya untuk lelaki dimana setiap ahlinya membantu sesama sendiri dan mereka menggunakan tanda-tanda rahsia untuk berkominikasi.err..(macam dalam movie The Skulls)

dan itulah dia takrif illuminati dan freemason secara kasarnya.pendapat ai personally, tak guna kita risau, takut, dan gentar pada secret-society camtu.sapa kata uoll risau?? tu ha, dok mengadap laptop tengok citer 'dokumentari' pasal freemason tu apa.pastu dok story kat aku pasal noh hujan tu freemason.raihana ngan britney spears tu ahli penyembah setan.yang paling tak boleh belah, si maher zain punya music production pun lu sabit skali.semua semata-mata recording production beliau nama 'Awakening' dan berlambangkan bentuk segitiga semacam piramad.hampeh...

tu saja ai nak story.penat tuleh panjang2.nak lebih, cari kat internet, masuk library, juga boleh ber-Teh Tarik Session ngan ai bila2 masa..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen adalah digalakkan terutamanya jika anda seorang yang galak...