Rabu, Julai 11

cerita jiwang...boring

salam sejahtera buat yang semua penghuni dunia..
hari ni saya berhajat untuk menulis sedikit cerita yang sudah sekian lama tersimpan dalam kepala otak saya ini.straight to the point..

baru saja sebentar tadi, saya bersembang dengan seorang teman dan beliau telah membuka kisah cinta lamanya pada saya..pada hemat saya, cerita cinta itu sungguh boring sekali kerana tak ada sebarang unsur khayalan atau raksasa yang menyerang.klimaks cerita cinta itu juga tampaknya gagal dioah dengan baik.maafkan aku Tawau..

selama aku berkelana atas dunia fana ni, aku punya sedikit pengalaman cinta yang samada aku rasai sendiri atau yang aku dapat dari pengalaman orang lain.tak kisahlah, janji ia nya adalah ceritera jiwang.teman ku pernah berkata "hati seorang wanita itu punya tempat untuk seorang lelaki sahaja.bila hatinya terbuka untuk lelaki lain, lelaki yang lama akan ditendang keluar untuk menyediakan tempat demi lelaki baru."...tambah beliau lagi, "hati seorang lelaki pula hanya akan untuk seorang perempuan sahaja.biar ramai wanita bertandang, cintanya hanya untuk yang pertama dan sukar untuk dibuang."..saya tak tahu.beliau yang berkata begitu.

bagi saya, cinta-sayang hanya untuk yang dibuat isteri sampai mati.kalau sudah bercinta/couple tu maknanya sudah bersedia untuk kawin bila-bila masa dan ketika.kalau belum bersedia, tak usahlah berkapel..itu pendapat peribadi saya.tak usah buat hujah pula.sebab itu saya tak kapel-kapel lagi.saya belum bersedia nak berumah tangga..

itu saja saya nak cerita.panjang2 sngat kang mengarut pulak..kbai

4 ulasan:

  1. hahahahahaha iols agree wif u la uols...
    sama la kita...tp ramai yg tdk memahi insan seperti kita dan mula la membicarakan kita sesuka hati...
    haish!

    BalasPadam
  2. sabor je la~
    hidup kita, kita yang punya..

    BalasPadam
  3. serik dah ak couple2 nih..memberi hati kpd org yang tak tahu menghargai adalah sia sia..akhirnya diri sendiri yg merana

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeah..bout that.au still tatau cerita sebenar.dah aku kindda terputus pertalian dengan beliau bila masing-masing dah tak lagi contact-mengcontact sesama sendiri.care to story?? boleh lah aku tambahkan lagi ceritera cinta dalam buku pengalaman aku..

      Padam

komen adalah digalakkan terutamanya jika anda seorang yang galak...