Khamis, Ogos 16

Kerana Masa Belum Kata "YA!!"

1408, adalah antara nombor yang senantiasa aku ingati.
14 Ogos,adalah antara tarikh-tarikh yang akan aku ingati.
....

selesai berbelanjan di SM Digital Mall, aku bergegas pulang.sempat singgah sebentar di McD untuk beli juadah berbuka/sambut hari lahir...sendirian.

aku buka hadiah yang aku beli di Digital Mall sebentar tadi.gembira.
aku berbuka dengan Triple Cheese Burger yang aku beli tadi.seronok..

aku lihat sekeliling.aku sambut ulangtahun kelahiran keseorangan.
aku teringatkan kenalan-kenalan yang masing-masing punya teman dan pasangan.
aku kehairanan.kenapa aku keseorangan?
bukan aku tak punya rupa, bukan aku tak punya harta, bukan aku tak punya gaya..

segera aku capai buku tulis,buka mukasurat pertama, berkira-kira masa untuk aku bertemu Tuhan.
dosa pahala aku memang tak terkira banyaknya.umur pun sudah makin meningkat tua.
aku geleng-gelengkan kepala..

aku gapai pula telefon bimbit yang masih dalam kocek seluar, tersidai di pintu almari.
aku lihat senarai kenalan wanita.banyak.
tolak-campur-bahagi yang dah bertunang-berumah tangga, bukan tak banyak pilihan.
aku tersenyum sendiri.

aku buka helaian kedua.aku cuba senaraikan kebaikan andai aku segera cari pasangan wanita.
ini hasilnya:

-bisa kongsi pengalaman berharga.
-gantikan alter-ego (zuko)
-....?


itu saja?aku cuba senaraikan keburukan andai aku segera berteman wanita.
ini hasilnya:

-masa untuk berseronok, kurang.
-perlu banyak uwang dan tenaga, untuk makan-minum berutin
-restu kedua buah keluarga, masalah nak jaga hati kesemuanya
-cemburu buta.
-kemungkinan dipaksa berhenti merokok itu ada.
-kemungkinan untuk dipaksa tinggalkan hobi (tidur) itu ada.
-tak lagi dapat mengurat siapa-siapa sebebasnya.

aku berenti menulis.aku ingat nak bagi masa pada dunia untuk uji aku secukupnya.
moga nanti smpai masa, jumpalah aku dengan si dia.
hati rasa mau, itu namanya keinginan.
tapi masa tak mengizinkan, dan itu namanya bukan keperluan..

jadi kesimpulannya, memang aku inginkan teman wanita untuk berteman senantiasa, tapi aku tak perlukannya kerana masa belum kata YA..!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen adalah digalakkan terutamanya jika anda seorang yang galak...