Khamis, Ogos 16

False + Fasah...

aku suka menyendiri.melayan perasaan, dibuai angin laju, berfikir fasal segalanya.
politik, masyarakat, agama, cara hidup seluruhnya..

kadang-kadang aku ditemani oleh kenalan-kenalan.
kami berforum mencambah buah fikiran, menyemai idea baharu.
selalunya aku sendirian, bertemankan Zuko seorang.
tak kira latar tempat atau masa.di kedai mamak, ketika memandu, hatta dalam jamban..

ada kalanya aku dilebel Liberal, sekular, bagai..
ada kalanya aku dilabel philantrophy, philosophist..
apa pun, aku cuma tak ingin kufur nikmat.
sayang pula akal yang dikurnia Tuhan kalau tak aku gunakan.

sebagai manusia, kita kena ada pendirian dan berpegang sekukuhnya.
kadangkala, pendirian kita perlu diubah mengikut masa dan fakta.
jika sudah jelas dan nyata pendirian itu songsang, buat apa dipengang?
aku sedia menukar pandangan dan pendirian andai fakta yang dikemuka bisa aku terima..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen adalah digalakkan terutamanya jika anda seorang yang galak...