Sabtu, Ogos 25

Bagaimana Orang Malas Macam Aku Basuh Basuh Baju??

Raya kelima.aku pulang agak lewat ke rumah.pintu berkunci.orang rumah semuanya dah lena tidur.tak ada pilihan lain, aku segera ke rumah member sekampung.lepak rumah beliau.kebetulannya, beliau belum tidur lagi.beliau sedang asyik menngeringkan baju yang baru dibasuh.

Selepas beberapa minit catch-up, beliau bertanya, memulakan perbualan;
"hang basuh baju macam mana acap?"
"awatnya hang tanya? aku basuh macam biasa la.."
"tak la, aku kalau basuh baju, biasanya aku rendam dalam ayiaq panaih dulu.baru aku boh dalam mesin.."
.....begitu bangga sekali beliau explain kat aku cara yang betul untuk basuh baju.aku pun layan je lah.ujar beliau lagi;
"hang habaq mai la kat aku, hang basuh macam mana? hangpa kat sana ada mesin basuh dak?"
...aku menjawab;
"aku basuh baju sebulan sekali.itupun kalau perlu.selalunya ada la dekat 3-4 bulan aku pakai, baru aku basuh secara pukal.kalau baju tu dah kotor sngat, aku mandi je dengan baju tu.letak sabun mandi kat badan yang masih berbaju.aku habis mandi, aku selesai basuh baju.senang.."
...beliau terus terdiam.aku senyum.aku meluru masuk rumah.terus tidur.

*buat apa susah-susah.nanti aku dah berkeluarga nanti, aku gajikan orang untuk basuh baju aku saja.hehe


10 Fakta Tentang Anda

1. Anda sedang membaca fakta ini.
2. Anda sedar bahawa ini hanyalah sebuah entry yang hambar.
4. Anda tak perasan bahawa saya dah skip angka giliran ketiga.
5. Anda segera memeriksanya semula.
6. Anda tersenyum sendiri.
7. Anda masih meneruskan pembacaan meski sedar ini hanya entry yang hambar.
9. Sekali lagi anda tak sedar bahawa saya dah skip angka giliran kelapan.
10.Anda tersenyum sendiri....lagi.
11.Anda masih meneruskan pembacaan.
12.Anda tak sedar bahawa entry ini sepatutnya hanya mempunyai sepuluh fakta sahaja.


*seperti yang diterjemah daripada entry: '10 Facts About You'....

Khamis, Ogos 16

Salam Lebaran..


Salam eidulfitri buat semua umat manusia tak kira apa agama, bangsa atau negara.asalkan kau manusia.
aku baru saja selesai bercerita tentang hari raya kepada seorang kenalan yang berasal dari South Korea. Beliau sedikit terkejut bila diberitahu umat islam meraikan Hari Raya Puasa sesudah berpuasa selama sebulan.Beliau rasa peling bila aku bawa beliau jalan-jalan di Jalan TAR.begitu ramai umat manusia berbeli belah seolah esok tiada lagi.beliau pelik dan hairan melihat budaya di Malaysia yang tak sama seperti di mana-mana negara lain yang pernah beliau lawati..aku cuma tertawa.Inilah Malaysia.rakyatnya punyai budaya yang unik dan sedikit aneh..meskipun begitu beliau tampak bisa membiasakan diri dengan keadaan budaya ini.keh keh..

So, esok malam aku nak drive balik penang.moga-moga tak terlalu jamm lah hendaknya..gila apa nak bawak kereta manual turun-naik bukit ipoh tu?! moto Honda Wave 100 aku tu pun susah nak 'kampui'..dem!!
Doakan aku selamat sampai..salam syawal sekali lagi.

Kerana Masa Belum Kata "YA!!"

1408, adalah antara nombor yang senantiasa aku ingati.
14 Ogos,adalah antara tarikh-tarikh yang akan aku ingati.
....

selesai berbelanjan di SM Digital Mall, aku bergegas pulang.sempat singgah sebentar di McD untuk beli juadah berbuka/sambut hari lahir...sendirian.

aku buka hadiah yang aku beli di Digital Mall sebentar tadi.gembira.
aku berbuka dengan Triple Cheese Burger yang aku beli tadi.seronok..

aku lihat sekeliling.aku sambut ulangtahun kelahiran keseorangan.
aku teringatkan kenalan-kenalan yang masing-masing punya teman dan pasangan.
aku kehairanan.kenapa aku keseorangan?
bukan aku tak punya rupa, bukan aku tak punya harta, bukan aku tak punya gaya..

segera aku capai buku tulis,buka mukasurat pertama, berkira-kira masa untuk aku bertemu Tuhan.
dosa pahala aku memang tak terkira banyaknya.umur pun sudah makin meningkat tua.
aku geleng-gelengkan kepala..

aku gapai pula telefon bimbit yang masih dalam kocek seluar, tersidai di pintu almari.
aku lihat senarai kenalan wanita.banyak.
tolak-campur-bahagi yang dah bertunang-berumah tangga, bukan tak banyak pilihan.
aku tersenyum sendiri.

aku buka helaian kedua.aku cuba senaraikan kebaikan andai aku segera cari pasangan wanita.
ini hasilnya:

-bisa kongsi pengalaman berharga.
-gantikan alter-ego (zuko)
-....?


itu saja?aku cuba senaraikan keburukan andai aku segera berteman wanita.
ini hasilnya:

-masa untuk berseronok, kurang.
-perlu banyak uwang dan tenaga, untuk makan-minum berutin
-restu kedua buah keluarga, masalah nak jaga hati kesemuanya
-cemburu buta.
-kemungkinan dipaksa berhenti merokok itu ada.
-kemungkinan untuk dipaksa tinggalkan hobi (tidur) itu ada.
-tak lagi dapat mengurat siapa-siapa sebebasnya.

aku berenti menulis.aku ingat nak bagi masa pada dunia untuk uji aku secukupnya.
moga nanti smpai masa, jumpalah aku dengan si dia.
hati rasa mau, itu namanya keinginan.
tapi masa tak mengizinkan, dan itu namanya bukan keperluan..

jadi kesimpulannya, memang aku inginkan teman wanita untuk berteman senantiasa, tapi aku tak perlukannya kerana masa belum kata YA..!

False + Fasah...

aku suka menyendiri.melayan perasaan, dibuai angin laju, berfikir fasal segalanya.
politik, masyarakat, agama, cara hidup seluruhnya..

kadang-kadang aku ditemani oleh kenalan-kenalan.
kami berforum mencambah buah fikiran, menyemai idea baharu.
selalunya aku sendirian, bertemankan Zuko seorang.
tak kira latar tempat atau masa.di kedai mamak, ketika memandu, hatta dalam jamban..

ada kalanya aku dilebel Liberal, sekular, bagai..
ada kalanya aku dilabel philantrophy, philosophist..
apa pun, aku cuma tak ingin kufur nikmat.
sayang pula akal yang dikurnia Tuhan kalau tak aku gunakan.

sebagai manusia, kita kena ada pendirian dan berpegang sekukuhnya.
kadangkala, pendirian kita perlu diubah mengikut masa dan fakta.
jika sudah jelas dan nyata pendirian itu songsang, buat apa dipengang?
aku sedia menukar pandangan dan pendirian andai fakta yang dikemuka bisa aku terima..

Khamis, Ogos 2

Hormatilah Orang Yang Tidak Berpuasa

post kali ini aku tulis semula dalam bentuk gaya yang lebih mudah untuk orang macam aku fahami.untuk artikel asal, sila klik SINI.


Dah lama sangat dah orang Islam tidak dilatih keluar dari belenggu kelekaan dan mula untuk bertanggungjawab. Kalau ada seorang muslim pindah ke agama lain, yang dipersalahkan adalah agama lain itu. Labelnya Kristenisasi. Mengapa kita tidak menyalahkan diri kita dan orang Islam di sekeliling orang itu yang tidak membantu orang itu tadi secara ekonomi, sosial dan spiritual untuk memberi perasaan "wujudnya pertolongan dari saudara sendiri", serta memahamkan nilai & ajaran Islam sehingga dia makin yakin dengan ajaran Islam dan 'imune' terhadap provokasi pemikiran dari keyakinan agama lain ?. kalau tidak, apa bezanya dengan Islamisasi??

Kalau ada jiran beragama lain bersembahyang, mereka dianggap mengganggu lantaran dengan lagu2 dan zikir rohaninya. Apa pula ceritanya kalau ada tahlil, atau jam 3 pagi surau di sebuah taman perumahan melantunkan ayat-ayat suci melalui speaker yang volume nya dipasang full ? Apa kita pernah rasa sensitivitnya??

Kita mungkin mengejek, mencebik, "Ahh, orang kristien semayang dengan menyanyi choir kat gereja boleh masuk 'surga'?" Jadi, apa bezanya pula dengan bacaan dalam solat dan zikir kita yang selalu saja Imam lagukan dengan gaya Hijjaz, Soba', ala Mesir, ala Madinah, ala Mekah, bagai??

Kenapa begini jadinya? Alasannya mudah.
sebagai analogi; ada seorang pemancing yang kerjanya hanya menagkap ikan bersaiz kecil-kecil sahaja.andai beliau terpancing ikan-ikan besar, beliau akan melepaskan hasil itu kembali..bila ditanya, beliau menjawab, "aku hanya mahukan ikan yang saiznya kecil kerana kuali untuk aku masak ikan itu saiznya juga kecil saja..kalau aku bawa balik ikan bersaiz besar, nescaya aku tak dapat memasak ikan itu."

Rasanya, sekarang kita perlukan kuali (pemikiran) yang lebih besar dan luas untuk menampung ikan (isu-isu berkaitan agama) yang bersaiz jauh lebih besar dari sebelum-sebelum ini..bani islam sekarang ini, umumnya punyai sensitiviti yang terlalu tinggi.

Jika kita nakkan nafkah, kita kena kerja. kalau nakkan kepercayaan daripada Boss, kena la hasilkan kerja berkualiti.Maka, kalau nak dihormati oleh orang yang tak puasa (non-muslim), kenpa kita tak hormati dulu orang yang tak puasa (non-muslim)..?
Bukankah orang yang berpuasa (muslim) ini dilatih oleh PUASA, yang mana puasa ini menghasilkan outcome taqwa, yang  itu mengandungi intipati kesolehah sosial??


let say, tajuk di atas aku ubah jadi "Hormatilah Orang Yang Berpuasa"?
maka,siapa lebih mulia? ini jawapan aku, "pastinya orang yang tak puasa sebab mereka yang tak puasa itu tahu hormat dengan orang yang puasa.kau bisa debatkan isu ini dengan aku, mulia dimata manusia belum tentu lagi mulia di mata Tuhan..apa benar orang yang berpuasa itu lebih mulia di mata Tuhan berbanding orang yang tak puasa? Wallahua'lam



Jadi, apakah kita mampu membuat mereka yang tidak berpuasa, baik yang karena sakit, haid, atau non-muslim, tetap makan dengan rasa nyaman? tidak perlu takut ada false alarm, atau terpaksa makan sembunyi-sembunyi? Bisakah kita membuat si pencari rezeki Tuhan yang bukak warung makan tetap membuka warungnya di siang hari, tanpa perlu rasa tidak sedap hati, tanpa merasa terganggu dan tetap teguh berpuasa ? Jawabannya, kita sesungguhnya bisa. Soalnya, nak ke tak nak .... ?

budak2 belum baligh ja boleh tak posa okay?!


*ini bukan hasil aku.tapi aku suka postkan untuk dikongsi.it is debatable..call me