Jumaat, Disember 21

Apa doun-saizing ?

Twitter hanya benarkan untuk tulis up to 140words. jadi, saya ambil inisiatif untuk menulis sedikit maklumat tentang downsizing kat sini. terima kasih kerana membaca..dan ini bukan sebuah entry hambar (seperti mana entry sebelum ini) melainkan sebuah entry yang bersifat ilmiah semata.

Dari aspek perniagaan korporat, downsizing bermaksud mengurangkan kuantiti staf/pekerja bergaji tetap. dalam erti kata lain memecat beberapa pekerja sekaligus. ini selalunya dilakukan demi menyimatkan operational cost yang ditanggung sesebuah syarikat. Downsizing ini terbahagi kepada dua jenis iaitu permanence downsizing dan temporary downsizing. 

Dalam teater hambar saya tadi (20/12/12), downsizing yang saya maksud kan ialah the permanent one. Jadi, tak perlulah kiranya saya memanjangkan lagi entry  kali ini.kalau mau tahu lebih lanjut pasal downsizing, sila search kat Google.com sendiri.sekian~    

Khamis, Disember 13

Ludah Dinding

saya dah pernah buat benda ni. dan dulu saya dah pernah kena bakar sebab benda ni, cumanya tak seteruk ini.

sebelum membaca lebih lanjut, ingin saya tekan kan di sini bahawa saya tak salahkan mana-mana pihak. dan saya minta maaf kalau ada yang terasa hati.

umur saya sekarang dah cecah duwapoloh tahun dah. dah tua. dah tak boleh main ikut sedap rasa. pengalaman walau tak banyak mana, boleh la dibangga juga.

cerita bermula bila saya rangka program di sebuah tempat kiasannya penjara. niat di hati nak ceriakan sedikit kawasan yang mulanya hambar. malu bila kawan dari penjara luar datang melawat. mereka boleh tanya "apa semua banduan dah dibebaskan?", nampak betapa sunyi dan hambar penjara kami...

jadi aktiviti dirancang, pemohonan dihantar, malang sekali budget tak ada kerana akaun dah tutup. atas rasa cinta (kononnya) pada penjara, saya guna budget kutip dari kawan2 sekepala.alhamdulillah, program boleh jalan walau tak se-gah mana.

sayangnya, banduan penjara majoritinya tak suka. hidup yang sunyi dan hampa itu lebih mereka suka. saya kecewa. rasa macam nak tukar penjara pun ada. malu bila kenalan yang selalu jumpa boleh ludah kat muka kita.

alasan mereka cuma "penjara bukan tempat unruk bersuka-ria..takut nanti alpa pada Yang Esa". itu alasan lama.yang baru punya "sel penjara tak sesuai untuk event serupa ini.pindahkan ke tempat lain.kami benci bunyi suara.kami benci seni manusia."

lupa saya nak cerita, dulu saya pernah buat perkara yang sama di sel penjara UM, sel penjara UPM dan sel penjara USIM..ya USIM.ternyata banduan disana lebih matang lagaknya.tak memalukan kita.

entah, mungkin sebab sekarang zaman dah berubah.teknologi mudah didapati dimana-mana.buat apa penat2  nak bersembah kalau komputer riba boleh bernyanyi untuk kita?! buat apa penat2 kalau telefon bimbit boleh bernyanyi untuk kita?!

tapi tak apa, semua ini salah saya juga. saya tak sepatutnya menyamakan mereka dengan yang di luar sana. ini penjara BOUTIQUE. LAIN DARI YANG LAIN.

keh keh..bodoh pula rasanya bila menghambur kat sini.tapi apa boleh buat, takkan nak telepon mak-ayah untuk mengadu? takkan nak bebankan handai dengan masalah aku? takkan nak carik makwe demi berkongsi rahasia baru?

*serius.bulan enam, kalau aku tak berjaya bebas dari ini penjara, akan aku panjat keluar darinya.buat hapa duduk syurga yang padaku seperti neraka..

Khamis, November 15

#BilikMerah


apakah #BilikMerah?

#BilikMerah ialah satu-satunya bilik di blok kediaman tuah, yupienem yang lampunya berwarna merah.

anggota tetap #BilikMerah ialah 3orang : Acap, Apong dan Budu..

biarpun begitu, #BilikMerah bertindak sebagai bilik tumpangan serta bilik aktivit pelajar awam.

jadi, ramailah pelajar awam (lelaki) yang keluar-masuk bilik ini.

selain melepak membincangkan isu sosial-politik, #BilikMerah juga bertindak sebagai tempat menyambut majlis keraian.

bilik yang bersebelahan dengan #BilikMerah juga dikenali dengan jolokan #BilikKoboi selalunya tukang sponsor makanan bila mana ada majlis keraian untuk diraikan..

tandas #BilikMerah dan #BilikKoboi adalah tandas yang ajaib dan bersih.saje nak bagitau.

kadang-kala, tetamu #BilikMerah adalah dalam kalangan pelajar asasi.

kadang-kala, tetamu #bilikMerah adalah dalam kalangan pelajar senior dan extend.

kadang-kala, tetamu #BilikMerah ialah Felo kediaman atau Pegawai HEPA.

kadang-kala, tetamu #BilikMerah adalah geng mesjid.

biar siapa pun mereka, mereka gembira berinteraksi di #BilikMerah.

tapi selalunya, anggota tetap #BilikMerah lah yang sakit sikit nak mengemas balik..

antara kelebihan lain #BilikMerah ialah, ia berdekatan dengan mesin air Coway.jadi bekalan air bersih adalah tidak terputus.betullll..

ada ketikanya, #BilikMerah jadi tempat jamming geng SquadJamm.

tambahan pula, #BilikMerah ini berada di laluan strategi.jadi ramailah yang datang..

ada ketikanya, #BilikMerah menganjurkan mini konsert dan open gig.

saya cintakan #BilikMerah.



ini baju official #BilikMerah.show ur support..

Kisah BBBM

salam maal hijrah.
ini kali, saya nak ceritakan kisah Budak-Budak Bilik Merah (BBBM).
seperti yang kamu semua dah sedia tahu, sebulan yang lalu saya dan kawan2 ada adopt 7ekor anak kucing.
saya dan kawan-kawan begitu bersusah payah memandangkan kami ini tak punya sebarang pengalaman.
dengan jasa baik beberapa kenalan lain, kami berjaya bela kesemua selama sebulan (4minggu).
malangnya, dua daripada tujuh yang ada telah mati disebabkan natural death.dan kami berkabung selama hampir seminggu.tiga minggu kemudiannya, seekor lagi mati akibat kemalangan terkepit pintu.sedih.
sekarang cuma tinggal empat dan kesemua sangat aktif dan nakal..fak, apa yang aku tulis ni????

ini namanya Simpui.sebab ekor beliau bersimpul.beliau betina.

lagi close-up Simpui..

ini waktu first time BBBM sampai di #bilikmerah.

tika pertama kali, kami gunakan straw untuk bagi minum susu kat mereka.

waktu mulanya, mereka hanya tidur dalam kotak berlapikkan towel terpakai.

hari kedua BBBM kat bilik merah, kami dah mula ajarkan mereka minum susu dengan gunakan botol.

ini Sora Aoi.salah seekor kucing yang saya decide untuk adopt.

lagi close-up Sora Aoi.tolong jangan tanya kenapa namanya Sora Aoi.

malangnya, Sora Aoi mati accident terkepit pintu.sedih.

waktu kejadian accident tersebut, saya berada di Terengganu.

moga roh mendiang Sora Aoi aman di sana..


ini pula kembar si Sora Aoi, jantina nya male.

kembar Sora Aoi ni namanya Luffy.

ini gambar Sora Aoi dalam tempat tidur khasnya yang terpisah daripada lain2, bawah meja  saya.

lagi close up Sora Aoi.

again, Sora Aoi..

And again with her..

mendiang lagi..

ini ketika cubaan mendiang Sora Aoi menghalang saya dari terus ber-tweet.

ini gambar Sora Aoi dan pakwe beliau yang bernama Leopard.

sekarang, mereka dah ada sangkar rumah sendiri.

Isnin, Oktober 15

Samurai Burger: lu salah

sebagai salah seorang penggemar mekdi, ini rebiu aku berkenaan menu baru mereka.maaf sedikit lambat kerna budget untuk berbelanja tidak  mengizinkan untuk berbuat demikian..


harga memang agak mahal, tapi pada aku ianya berbaloi.
ramai yang cakap, rasa SB ni sama macam QP, sama mcm beef burger yang lain. kuah je yang lain..
YES BRO, kuah tu lah yang lain.bila aku makan kuah tu, roh aku terbang ke kampong.serius aku tak tipu.kuah dia memang spesel.tak percaya, nanti beli lagi sekali, makan dan rasai betul-betul..kalau nak effect yang betul2 cambest, sila makan berseorangan.jangan berteman (apatah lagi berlainan jantina), takut nanti tumpuan kau tak pada makanan..bab air, aku tak buleh komen sebab aku tak minat nak merasa.aku lebih prefer coke.sekian saja rebiu aku.kepada yang masih tak puas hati, sila belanja aku makan SB dan aku akan tunjukkan cara makan yang betul pada kau.hehe


*FYI, aku makan double SB waktu tu dan i feel osem.

Ahad, September 30

My.I.Me


Things I Like About Coke:
1.  Coke make me exited.
2.  Coke is good enough to have everyday.
3.  Coke make me nervous and sometime it make me smile.
4.  Coke understands sarcasm.think so..
5.  Best served anytime, anywhere.
6.  Good listener, of course.
7.  Not bothering me while I'm sleeping.
8.  Being a good support of my art carrier.
9.  Keep me day-dreaming.
10.Affordable.




Things I Like About You:
-pretty much the same as coke-

Rabu, September 26

cerita hari ini.segala yang terbuku dihati.

maaf.satu saja yang aku pinta.maaf.

isu satu : gugel dan demo dan boikot dan ideologi.
bukan sekadar untuk gelak tawa.tapi benar, sesungguhnya manusia benar-benar bodoh dan jahil.dan aku salah satu dari makhluk bodoh dan jahil itu, cuba membela ugama sedangkan terang-terang Tuhan cakap; bahawa ugama Tuhan milik Tuhan hanya, Tuhan yang layak bela.biar seisi alam buat *&^%!@#, takkan ada sikit pun effectnya pada ugama Tuhan..siapa kita sbg manusia untuk buat sesuatu?..contoh, tindakan datuk Rasul Muhammad yang tak ambil apa-apa tindakan bila Abrahah nak serang Kaabah.itu hal Tuhan.

isu dua: Gangbang Stail.
memang.sengaja aku guna perkataan lucah sebab manusia (yg bodoh dan jahil itu) kebanyakannya tidak memahami erti sarcasm.biarpun perkataan itu secara empirikalnya dicipta oleh makhluk manusia juga.

isu tiga:  Asyraf Muslim dan Hilal Asyraf.
aku akui, aku sedikit kacak dari Asyraf Muslim.aku akui, aku sedikit alim dari Hilal Asyraf.tapi percayalah, kami bukan orang yang sama.hehe...
ini Asyraf Muslim.kami dulu satu sekolah..(biarpun berlainan batch)

Sabtu, September 15

Fatwa Rokok Haram Wajib Dikuatkuasakan Segera.


Iya.rokok dah pun diharamkan oleh Majlis Fatwa Ulama' Malaysia. sekarang, timbul pula isu ini. walaupun ramai yang tak perasan, sensitiviti umat islam di Malaysia amnya sangat tinggi. namun, seorang perokok akan tetap jadi perokok.susah nak dijelaskn disini.

My point is, untuk menghalang rokok dari terus berkuasa, usah sekadar mengharamkan melalui fatwa semata.kuatkuasakan lah fatwa pengharaman rokok. jangan di jual secara terbuka. tak perlu kampen berjuta-juta ringgit malaysia, wujudkan saja jawatankuasa tangkap-saman si perokok yang berleluasa sebagaimana 'mereka' tangkap pasangan berkhalwat di merata.bukan?!

Kalau benar mahu tangani isu ini, kuatkuasakan saja.ini tidak.aku merokok di hospital kerajaan, tak ada siapa nak saman.entah mengapa..biarpun dibulan puasa, tak ada yang menegur-menghalang perokok.

*masih, rokok tetap haram.Tembakau??

Isnin, September 10

Kereta Tin Milo


suatu hari di hari raya, aku lepak kat rumah member lama yang kini belajar di yunibesiti luar negeri (sabah).biarlah kita namakan beliau sebagai Wandy saja.Wandy ini orangnya bijaksana macam aku juga.suka berfalsafah merapu dan buat spekulasi tak tentu hala..

nak dijadikan cerita, ketika itu seorang member aku yang lainnya baharu saja beli kereta (kebanyakan member aku kat kampung dah punya kewangan yang kukuh).kereta yang dibeli member ini ialah kereta Proton.aku tak ingat dah model apa.bukan penting pun rasanya.

member ini tak habis-habis membebel pasal masalah demi masalah yang diduga disebabkan kereta protonnya itu.jadi kami yang kebetulan ada kat situ pun buka cerita masing-masing pasal kereta proton.semua yang ada disitu dah macam expert habis pasal kereta.
ini bukan gambar kereta beliau.

dan macam biasa, aku sebagai moderator membuat kupasan akhir bagi diskusi kami bila makanan untuk menjamu selera dari tuan rumah, sampai.sangka aku, diskusi ini ditamatkan mcm biasa oleh penggulungan yang aku buat tadi.tapi rupanya, wandy masih tak puas hati.beliau lantas mengeluarkan suatu kenyataan yang kemudiannya disokong oleh gelak tawa semua yang ada kat situ.beliau kata:

"kau tau kenapa kereta buatan malaysia especially kereta proton, body cepat remuk bila eksiden?! tak perlu eksiden lah, kau letak beras 30kg pun dah tenggelam.! sebabnya, kereta malaysia ni diperbuat daripada tin piuter biasa macam tin milo tu..! betul.tak percaya, aku kasik bukti.."
khas buat mereka yg tak kenal dengan milo

tambah beliau lagi: "kau perasan tak akhir-akhir ni Milo n Susu Tepung dah tak dipasarkan dlm bentuk tin tin lagi? semua dah jadik pek. itu sebab pembekal utama tin piuter dan aluminium dah sign contract dengan syarikat buat kereta.itu pasallah...!!"

terus kami sambut dengan gelak ketawa.aku pegang kata-kata beliau tu.aku nanti tak mau pakai kereta proton.kalau dah terbeli, wajib trade-in balik dengan (sekurangnya) kereta Produa.hehe
kereta Tin Coke ni pun lagi baik dari kereta tin milo.hehe

*To: future-me, plis dun buy proton.or i'll fail our life.pinky promise~