Khamis, November 15

#BilikMerah


apakah #BilikMerah?

#BilikMerah ialah satu-satunya bilik di blok kediaman tuah, yupienem yang lampunya berwarna merah.

anggota tetap #BilikMerah ialah 3orang : Acap, Apong dan Budu..

biarpun begitu, #BilikMerah bertindak sebagai bilik tumpangan serta bilik aktivit pelajar awam.

jadi, ramailah pelajar awam (lelaki) yang keluar-masuk bilik ini.

selain melepak membincangkan isu sosial-politik, #BilikMerah juga bertindak sebagai tempat menyambut majlis keraian.

bilik yang bersebelahan dengan #BilikMerah juga dikenali dengan jolokan #BilikKoboi selalunya tukang sponsor makanan bila mana ada majlis keraian untuk diraikan..

tandas #BilikMerah dan #BilikKoboi adalah tandas yang ajaib dan bersih.saje nak bagitau.

kadang-kala, tetamu #BilikMerah adalah dalam kalangan pelajar asasi.

kadang-kala, tetamu #bilikMerah adalah dalam kalangan pelajar senior dan extend.

kadang-kala, tetamu #BilikMerah ialah Felo kediaman atau Pegawai HEPA.

kadang-kala, tetamu #BilikMerah adalah geng mesjid.

biar siapa pun mereka, mereka gembira berinteraksi di #BilikMerah.

tapi selalunya, anggota tetap #BilikMerah lah yang sakit sikit nak mengemas balik..

antara kelebihan lain #BilikMerah ialah, ia berdekatan dengan mesin air Coway.jadi bekalan air bersih adalah tidak terputus.betullll..

ada ketikanya, #BilikMerah jadi tempat jamming geng SquadJamm.

tambahan pula, #BilikMerah ini berada di laluan strategi.jadi ramailah yang datang..

ada ketikanya, #BilikMerah menganjurkan mini konsert dan open gig.

saya cintakan #BilikMerah.



ini baju official #BilikMerah.show ur support..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen adalah digalakkan terutamanya jika anda seorang yang galak...