Khamis, Disember 13

Ludah Dinding

saya dah pernah buat benda ni. dan dulu saya dah pernah kena bakar sebab benda ni, cumanya tak seteruk ini.

sebelum membaca lebih lanjut, ingin saya tekan kan di sini bahawa saya tak salahkan mana-mana pihak. dan saya minta maaf kalau ada yang terasa hati.

umur saya sekarang dah cecah duwapoloh tahun dah. dah tua. dah tak boleh main ikut sedap rasa. pengalaman walau tak banyak mana, boleh la dibangga juga.

cerita bermula bila saya rangka program di sebuah tempat kiasannya penjara. niat di hati nak ceriakan sedikit kawasan yang mulanya hambar. malu bila kawan dari penjara luar datang melawat. mereka boleh tanya "apa semua banduan dah dibebaskan?", nampak betapa sunyi dan hambar penjara kami...

jadi aktiviti dirancang, pemohonan dihantar, malang sekali budget tak ada kerana akaun dah tutup. atas rasa cinta (kononnya) pada penjara, saya guna budget kutip dari kawan2 sekepala.alhamdulillah, program boleh jalan walau tak se-gah mana.

sayangnya, banduan penjara majoritinya tak suka. hidup yang sunyi dan hampa itu lebih mereka suka. saya kecewa. rasa macam nak tukar penjara pun ada. malu bila kenalan yang selalu jumpa boleh ludah kat muka kita.

alasan mereka cuma "penjara bukan tempat unruk bersuka-ria..takut nanti alpa pada Yang Esa". itu alasan lama.yang baru punya "sel penjara tak sesuai untuk event serupa ini.pindahkan ke tempat lain.kami benci bunyi suara.kami benci seni manusia."

lupa saya nak cerita, dulu saya pernah buat perkara yang sama di sel penjara UM, sel penjara UPM dan sel penjara USIM..ya USIM.ternyata banduan disana lebih matang lagaknya.tak memalukan kita.

entah, mungkin sebab sekarang zaman dah berubah.teknologi mudah didapati dimana-mana.buat apa penat2  nak bersembah kalau komputer riba boleh bernyanyi untuk kita?! buat apa penat2 kalau telefon bimbit boleh bernyanyi untuk kita?!

tapi tak apa, semua ini salah saya juga. saya tak sepatutnya menyamakan mereka dengan yang di luar sana. ini penjara BOUTIQUE. LAIN DARI YANG LAIN.

keh keh..bodoh pula rasanya bila menghambur kat sini.tapi apa boleh buat, takkan nak telepon mak-ayah untuk mengadu? takkan nak bebankan handai dengan masalah aku? takkan nak carik makwe demi berkongsi rahasia baru?

*serius.bulan enam, kalau aku tak berjaya bebas dari ini penjara, akan aku panjat keluar darinya.buat hapa duduk syurga yang padaku seperti neraka..

1 ulasan:

komen adalah digalakkan terutamanya jika anda seorang yang galak...