Isnin, September 10

Kereta Tin Milo


suatu hari di hari raya, aku lepak kat rumah member lama yang kini belajar di yunibesiti luar negeri (sabah).biarlah kita namakan beliau sebagai Wandy saja.Wandy ini orangnya bijaksana macam aku juga.suka berfalsafah merapu dan buat spekulasi tak tentu hala..

nak dijadikan cerita, ketika itu seorang member aku yang lainnya baharu saja beli kereta (kebanyakan member aku kat kampung dah punya kewangan yang kukuh).kereta yang dibeli member ini ialah kereta Proton.aku tak ingat dah model apa.bukan penting pun rasanya.

member ini tak habis-habis membebel pasal masalah demi masalah yang diduga disebabkan kereta protonnya itu.jadi kami yang kebetulan ada kat situ pun buka cerita masing-masing pasal kereta proton.semua yang ada disitu dah macam expert habis pasal kereta.
ini bukan gambar kereta beliau.

dan macam biasa, aku sebagai moderator membuat kupasan akhir bagi diskusi kami bila makanan untuk menjamu selera dari tuan rumah, sampai.sangka aku, diskusi ini ditamatkan mcm biasa oleh penggulungan yang aku buat tadi.tapi rupanya, wandy masih tak puas hati.beliau lantas mengeluarkan suatu kenyataan yang kemudiannya disokong oleh gelak tawa semua yang ada kat situ.beliau kata:

"kau tau kenapa kereta buatan malaysia especially kereta proton, body cepat remuk bila eksiden?! tak perlu eksiden lah, kau letak beras 30kg pun dah tenggelam.! sebabnya, kereta malaysia ni diperbuat daripada tin piuter biasa macam tin milo tu..! betul.tak percaya, aku kasik bukti.."
khas buat mereka yg tak kenal dengan milo

tambah beliau lagi: "kau perasan tak akhir-akhir ni Milo n Susu Tepung dah tak dipasarkan dlm bentuk tin tin lagi? semua dah jadik pek. itu sebab pembekal utama tin piuter dan aluminium dah sign contract dengan syarikat buat kereta.itu pasallah...!!"

terus kami sambut dengan gelak ketawa.aku pegang kata-kata beliau tu.aku nanti tak mau pakai kereta proton.kalau dah terbeli, wajib trade-in balik dengan (sekurangnya) kereta Produa.hehe
kereta Tin Coke ni pun lagi baik dari kereta tin milo.hehe

*To: future-me, plis dun buy proton.or i'll fail our life.pinky promise~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen adalah digalakkan terutamanya jika anda seorang yang galak...