Bila sebut pasal seni, kebanyakan orang akan terbayangkan seni lukisan walau pada hakikatnya, wujud juga seni muzik, seni tulisan, seni lakonan dan sebagainya.
secara umum, aku cintai segala yang bernama seni.mungkin kadangkala seni itu tampak sedikit mengelirukan dan sukar difahami.namun, aku masih cintai seni kerana keindahan yang ada padanya.
Hakikat penciptaan makhluk oleh Tuhan juga sebenarnya berlandaskan konsep seni.suatu kepastian bahawa Tuhan itu cintakan kecantikan.maka kecantikan itu sendiri adalah seni.
Namun begitu, manusia ini Tuhan ciptakan untuk mempunyai kuasa pilihan.Ya! memang Tuhan dah tentukan Qadha' kita.tapi kita masih mampu mencanai sesetengah takdir kita..tak salah akulah, ada ulama' yang klasifikasikan Qadha' kepada dua bahagian iaitu Qadha' Mubram dan Qadha Muallaq (klik sini untuk bacaan lanjut)..Jadi, berbalik pada cerita seni tadi kita manusia punya kuasa untuk pilihan dan setiap daripada kita mempunyai taste dan penilaian yang berbeza keatas sesuatu seni itu.
Kita ambil contoh wanita.sebagai kaum yang berlainan jantina, aku sangat tertarik pada keindahan seni yang Tuhan ciptakan pada wanita. baik dari segi rupa paras, bentuk, suara, lagak gaya, dan sebagainya..dan setiap daripada kita mempunyai gaya pentafsiran yang berbeda ke atas keindahan makhluk bernama wanita ini.mungkin ada yang suka wanita bermuka bulat, ada yang suka bermuka bujur dan sebagainya.
pernah tak kau semua tertanya-tanya, kenapa Tuhan ciptakan wanita yang berkulit gelap, sedangkan keabnyakan kita dambakan yang berkulit putih? Ternyata, wanita yang berkulit gelap itu pun punya pasangan hidup.sesuai.cantik molek takdir Tuhan.aku yang kacak ni pun tak jumpa pasngan lagi, rite?!hehe
so guys, setiap sesuatu itu ada terselit keindahan, kesenian padanya.cuma kadangkala kesenian tu tak terlihat oleh kita. Cantik di mata kita, tak bermakna cantik juga di mata orang. Buruk di mata kita, tak bermakna buruk juga di mata orang.sekian.trimas kerana membaca.
*gua sukakan wanita yang pendek, berisi dan comel.perangainya, harap senonoh lah sikit dari gua ni.moga dapat didik gua ni nanti.keh keh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
komen adalah digalakkan terutamanya jika anda seorang yang galak...