Selasa, Mei 25

nasheed...my view :D

alhamdulillah, aku dikurnikan bakat dlm mnyanyi n compose lagu. smakin lama aku bergelumang dlm industri seni nie, makin aku realise bhawa seni nie adlah penting yang mana ia membawa imej kebudayaan tamadun sesuatu bangsa.dan dlm industri seni muzik, kita de bnyak pilihan genre yang mana mempelbagaikan seni itu sendiri...

actually, my point is: aku memilih genre nasyid sbg genre pegangan aku kerana adanya unsur2 kepelbagaian budaya tamadun bangsa2 asing dlm genre nie.tgak saja percussion2 yang ada.. kita ada bonggo+congga+tabla yang berasal dr india, kompang+tomborine yang berasal dr tanah arab, djembe dr afrika, cajon dr Peru, darabuka dr eygpt,dumbek toca dr middle east,juga cowbell+shaker dan lain2 alat yang berasal dr pelbagai budaya dan ngara. cara permainannya jugak berbagai. kita ada style merenggue, tombao, calypso (paling biasa), masri, samba,dan x lupa jugak cara permainan dr nusantara seperti inang dan joget..

well, sayangnya audience x pandai menilai suma nie.pandangn stereotaip dilontarkan seolah-olah nasyid hanyalah hiburan alternatif dlm islam.who said that?? nasyid adalah hiburan utama dalam islam what..

nasyid jugak buleyh maen serunai, harmonica, guitar classic + electric, piano, bass dan laen2 lagi(rujuk post aku bertajuk "muic is my life" bulan jan yang lalu)..dr segi performance pulak, kita ada harmonizing yang mana terdiri dr 1st voice (lead), 2nd high and low voice, 3rd voice, baritone, tenor, bass, 7th voice, vibrator, dan banyak lagi..

so, jangan sempitkan minda dengan mmpercayai bhawa nasyid hnyalah untuk bdak sek, n bla..bla.. nasyid adlah platform bg kita sampaikan msge islam itu sendir, dan ingatlah bahawa islam bukan hanya sekadr agama, tetapi islam lebih kepada cara hidup...

sebut pasal islam sbg cara hidup, islam nie diwahyukan (diturunkan) untuk memudahkan hidup manusia. peraturan dan syariat islam itu bukannya untuk membataskan kehidupan, tetapi lebih kepada mengawal kehidupan.mcm user manual. katakan lah korang ada satu rice cooker elektrik.rice cooker tu buley dgunakan untuk goreng2, rebus2, n mcm lg, but, klu x mao cepat rosak, gnelah ric cooker tu ikut user manualnya...salam syang, dan selamat membuka minda..hoho





pillow talk: isu nama ALLAH

salam sejahtera kpd suma.pernah dgr pasal isu penggunaan nama ALLAH oleh non-muslim?
okay, sebelum aku pergi lebih jauh ngan isu nie, aku nak comfirmkan beberapa benda ngan korang:
  1. perkataan ALLAH itu adalah bahasa arab yang mana sama maknanya dengan perkataan ILAH yang bermaksud TUHAN;GOD
  2. ALLAH itu satu. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan.
berdasarkan 2 andaian tadi, dengarkan pula cerita dr roomate aku, seorang activist yang aku hormati, fared ayam:
ayah aku nama jamaluddin, ayah kawan aku juga nama jamaluddin.nama ayah kami nie,ejaan sama, sebutan jugak sma.tapi pelikkan.knapa aku x pernah tertukar ayah ngan die? jwapannya mudah.aku ada gambran ayah aku sendiri.dia ada gambaran ayah dia sendiri.so, knapa nak pelik..mak aku pon x pernah tertukar suami ngan mak kwan aku.hoho...

jadi para pembaca sekalian.nampak x? kenapa perlu protes sana-sini, demo sana-sini semata2 benda yang remeh-temeh.biar lah chirstians nk panggil pe pon kat tuhan diowang.yang pasti kita x kan tertukar punya.tambahan, time nie kitowang ada sorang christians, sorang free thinker yang tawu sikit2 psal hindu n budhist, pastu sorang lagi pelajar politik n sejarah islam.
pendek kata suma pendapat dah kuar r.

yeahh..aku stuju ngan pendapat ayam dlm hal nie.korang camne? it's okay for agree to disagree..tu adalah apa yang aku pelajari sepanjang aku dlm prog nie..jumpa lg dlm isu sterusnya..c ya


idea satu!! : hari pertama

hi suma...aku akan citekan hari pertama kau kat sna.program start pkol 8pm sbnarny.so dsebabkan kitowang bkal spend kat hotel, aku n kwan aku si paan plan utk p awal skit so that kejanggalan kitowang kat hotel x kan dsedari dek participant yang laen.huhu...

aku dpt tingkat 10-22 ngan sorang roomate bernama fared.mula2 aku agak riso ngan bakal roomate aku ni nnti.buley ke aku mer0kok dlm bilik nnti?buley ke aku gila2 dlm bilik nnti?adakah ak kne hipokrit skit nnti?tetapi rupa2-nya, roomate aku adalah si fared ayam.sorang senior activist yang akan jd fasi dlm program nie nnti.aku x tau nak describe camne, nnti kowang nilai r sndiri si ayam nie.amat sempoi dgn gye hippie die tu.hoho (aku x nyesal malah bersyukur dpt bilik 10-22)

hari pertama dlm program agak x boring coz wlaupon fasi SIS sume cool2 belaka tapi aku x bpe kenal ngan participants laen.so, sesi taaruf agak hambar..malam tu laen pulak jadinya..
farid ayam nie sudahpon faymes dlm kalangan para activist di seluruh malaysia. aku rse aku sorang je dlm program tu yang x pernah kenal die seblom nie.malu siot...then malam tu, si fared ayam nie wat program die sendiri yang dpanggil pillow talk kat bilik ktowang.mmg ramai yang datang mlm tue..best lorh.bnyak issue yang kitowang bincangkan.bnyak sngat2.
jadi aku mungkin akan tuleh issue tu dlm post yang laen kot.huhu

sepanjang pillow-talk, aku sering teringat suasana kat bilik aku time matrik dulu dmana aku n bdak2 spartan yang laen akn wat perbincangan psal issue2 mcm nie.huhu...aku rindu waktu dulu..anyway, enjoy dulu gambar kat bawah nie.aku nak p tuleh da nest post..:))

pe kte korang tgk link nie: http://www.facebook.com/home.php?#!/album.php?aid=5790&id=100000959983650

idea satu!!

baru je 21hb yg lepas aku g satu workshop kat Boulevard Hotel, Mid-Valley anjuran Sisters In Islam (SIS) yg bertajuk "Artists And Activists : Towards A Just Society". program yg 3 and half day tu banyak membukakkan lagi minda aku.

slama nie, SIS dikenali hnya kerana kontrovesi yang ditimbulkan dlm akhbar n kata2 orang.aku mmg kurang percaya ngan akhbar, so bile berpeluang p program nie, aku cuba utk mendekati SIS ngan view yang laen.kata orang, tak kenal maka  cinta kan?

anyway, SIS ni bukan lah se-sekular yg disangkakan.bahkan, orang yang melabel SIS sbg sekular adalah terlalu extrimis..


insyaALLAH aku akan habiskan 3hari dlm hidopku yang agak boring nie utk menuli pngalaman n pengajaran serta pndangan2 yang aku dpt sepanjang aku pnglibatan aku kat program tue..

so, sediakan mental dan fizikal anda utk menerima semua input2 ni nanti...hoho



Ahad, Mei 16

"Hang Tuah Berbangsa Cina" oleh Shahabudeen Jalil

....resource from http://www.gempak.org/....

Ramai di kalangan anggota masyarakat kita terutamanya orang-orang Melayu menganggap Hang Tuah adalah legenda pahlawan Melayu. Pada hakikat sebenarnya Hang Tuah bukanlah dari keturunan Melayu sebagaimana yang disangkakan. Itulah yang bakal dihuraikan dalam artikel ini.

Selama ini orang-orang Melayu telah terkeliru atau mungkin tertipu dengan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu yang dibangga-banggakan. Hang Tuah sebenarnya telah diMelayukan untuk tujuan kemegahan semacam bentuk yang tercatat pada Robin Hood.

Di dalam bilik-bilik darjah, dewan-dewan kuliah atau seminar bermotifkan sejarah atau kajian sejarah hanya membincangkan tentang kepahlawanan, kebijaksanaan serta kesetiaan Hang Tuah. Kisah Hang Tuah yang diagung-agungkan ini telah menenggelamkan keadaan sebenar tentang asal keturunannya.

Di kalangan masyarakat Melayu dewasa ini telah timbul semacam keraguan tentang pahlawan mereka ini, apabila penghormatan kepada pahlawan mereka mula dipersendakan dengan reaksi-reaksi melampau seperti kelihatan dalam filem Hang Tuah.

Keraguan terhadap kedudukan Hang Tuah sebagai pahlawan Melayu telah menghasilkan satu penyelidikan dijalankan terhadap asal usul keturunan secara hipotesis. Jika pepatah Melayu sendiri telah mengatakan 'bahasa jiwa bangsa' dan 'manusia mati meninggalkan nama' . Bagaimana pula kita hendak menafikan kenyataan 'nama menunjukkan bangsa'. Bahasa 'nama' merupakan identifikasi yang cukup jelas untuk mengetahui jenis sesuatu bangsa itu.

Bukti yang dapat menerangkan asal-usul Hang Tuah setakat ini, hanyalah dapat disandarkan pada namanya. Oleh itu satu kajian secara hipotesis telah dijalankan dengan bersandarkan kepada 'nama' manusia untuk memperolehi jawapan tentang asal-usul Hang Tuah sebenarnya.

Dalam perbendaharaan nama-nama orang Melayu semasa zaman kesultanan Melaayu Melaka, tiada terdapat nama-nama seumpama Hang Tuah, Hang Kasturi, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu, ringkasnya ringkasan yang bermula dengan 'Hang'. Sejarah juga telah mencatatkan nama-nama dari bangsa Cina yang bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee. Ia bergantung kepada suku kaum atau asal-usul keturunan mereka dari wilayah tertentu dari China. Kemungkinan untuk mendakwa bahawa gelaran 'Hang' telah dianugerahkan oleh Raja-Raja Melayu juga tiada asasnya.

Mengikut kertas kerja yang dihasilkan oleh Mohd. Yunus Ibrahim dari Jabatan Sejarah UKM dengan tajuk 'Melaka 1400-1511 Dari Aspek Kemasyarakatan', cuma menyatakan bahawa sesuatu penghormatan, ketaatan atau kedudukan adalah diberi gelaran seperti Bendahara, Paduka Raja, Temenggung, Laksamana, Shahbandar dan Mandulika.

Mengikut buku 'Sejarah Melayu' edisi W.G. Shellabear penerbitan Malaya Publishing House Ltd. Singapore halaman 123-131, menyatakan tentang Tun Perpatih Putih, iaitu utusan Sultan Mansur Shah ke negeri China telah membawa balik bersamanya seramai 500 orang dayang serta Puteri Hang Li Po. Sultan Mansur Shah dikatakan telah berkahwin dengan puteri dari China ini dan telah menghasilkan anak bernama Paduka Mamat.

Perkara yang menarik dari edisi W.G. Shellabear ini ialah munculnya nama puteri Hang Li Po. Hasil perkahwinan campur antara puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Shah, telah dikurniakan seorang putera dan telah diberi nama Paduka Mamat. Nama Paduka Mamat adalah nama Melayu dan tidak pula berlaku nama Paduka Hang Mamat sebagai penghargaan kepada puteri Hang Li Po, contohnya. Sejarah telah membuktikan bahawa nama-nama dari keturunan Cina biasanya bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee bergantung kepada suku kaum mereka dan dari wilayah tertentu asal mereka.

Jika dihubungkaitkan dengan nama Hang Tuah dari sebutan loghat Cina adalah berbunyi seperti Hang Too Ah. Nama Hang Jebat berbunyi Hang Jee Fatt, Hang Lekir pula seperti Hang Lee Ker, manakala Hang Lekiu seperti Hang Lee Kiew. Mengikut prosedur tentang suku kata nama bangsa atau keturunan Cina, biasanya cuma terdiri dari 3 suku kata sahaja. Nama Hang Kasturi pula diragui kerana 4 suku kata walaupun ia bermula dengan perkataan Hang. Perkataan Kasturi pula ada berbaurkan loghat bahasa Melayu.

Terdapat 3 andaian hasil kajian secara hipotesis yang dijalankan.

Pertama : Hang Kasturi adalah berbangsa Melayu tetapi bergaul rapat dengan anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po.

Kedua : Nama sebenarnya ialah Kasturi tetapi telah digelar Hang Kasturi oleh 4 orang rakan karibnya yang berketurunan Cina sehingga menjadi sebutan yang kekal.

Ketiga : Mungkin nama Cina sebenar Hang Kasturi sukar disebut oleh masyarakat tempatan. Oleh itu mereka telah memberikannya nama baru mengikut loghat orang Melayu tempatan dan nama ini telah diterima dengan baik oleh beliau.

Perkara lain yang menarik ialah petikan kertas kerja Ong Hak Ching. Jabatan Sejarah UKM ada mengatakan bahawa Sultan Mansur Shah telah memberikan tempat kediaaman di Bukit Cina kepada puteri Hang Li Po serta 500 orang dayang-dayangnya. Anak-anak cucu mereka digelar 'biduanda Cina' juga bermakna golongan yang dilindungi. Sama ada yang sudah memeluk Islam atau masih memeluk agama asal mereka.

Terdapat 3 andaian secara hipotesis mengenai hal ini.

Pertama : Tidak kesemua dari anggota rombongan puteri Hang Li Po yang memeluk agama Islam.

Kedua : Hang Too Ah, Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker, Hang Lee Kiew, adalah keturunan dari rombongan puteri Hang Li Po.

Ketiga : Keempat-empat sahabat ini kemudiannya telah memeluk agama Islam tetapi mengekalkan sebutan nama mengikut loghat bahasa Melayu atas sebab-sebab tertentu, seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir dan Hang Lekiu.

Hal yang lebih lanjut mengenai Hang Kasturi. Telah timbul percanggahan pendapat sejak dahulu lagi, sepertimana kajian secara hipotesis ini meragukan tentang nama sebenar Hang Kasturi. Percanggahan pendapat ini berlaku antara pengarang 'Sejarah Melayu' dan pengarang 'Hikayat Hang Tuah' mengenai siapa sebenarnya telah menderhaka kepada Sultan Melaka. Pengarang Sejarah Melayu menuduh Hang Kasturi manakala pengarang Hikayat Hang Tuah Pula menuduh Hang Jebat.

Pertama :Tersirat sesuatu hal yang unik dan tersembunyi tentang kedua-dua tokoh pahlawan ini sehingga tidak ada satu kata sepakat di kalangan kedua pengarang serta pakar sejarah lampau.

Kedua : Pengarang 'Sejarah Melayu' telah menggunakan bahan dalam penulisannya secara mengambil pendapat lisan dan tiada ada satu penyeledikan terperinci, kerana ia menyentuh kisah-kisah yang terlalu luas serta hal-hal yang menyeluruh.

Ketiga : Pengarang 'Hikayat Hang Tuah' adalah lebih formal kerana menggunakan semacam bentuk kajian sehingga dapat menggariskan hal-hal peribadi Hang Tuah secara lebih detail.

Hasil kajian secara hipotesis ini telah membuktikan pengarang Hikayat Hang Tuah mempunyai banyak kelebihan dan penulisannya tentang hal Hang Jebat yang telah menderhaka kepada Sultan, adalah diterima mengikut hukum asal. Rumusan daripada kajian yang dijalankan telah menghasilkan penemuan baru yang melibatkan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu. Mengikut kajian hipotesis ini, Hang Tuah merupakan pahlawan yang telah diMelayukan demi untuk kemegahan atau simbol kepada orang-orang Melayu. Kita lihat bagaimana hipotesis ini menerangkan asal-usul Hang Tuah.

Hang Tuah adalah anak cucu kepada keturunan rombongan puteri Hang Li Po yang datang ketika pemerintahan Sultan Mansur Shah. Nama sebenar Hang Tuah ialah Hang Too Ah. Tetapi bertukar kepada nama sebutan Hang Tuah apabila pahlawan ini memeluk agama Islam dan berkhidmat kepada Sultan Melaka.PengIslaman Hang Tuah telah mempengaruhi 3 orang rakan karibnya iaitu Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker dan Hang Lee Kiew. Keempat-empat sahabat baik ini juga bergaul rapat dengan Kasturi, iaitu rakan sebaya mereka yang berbangsa Melayu. Mereka juga menggelar Kasturi dengan gelaran Hang Kasturi sebagai tanda satu persahabatan yang abadi.

Kelima-lima sahabat ini mula masyhur di kalangan istana apabila mereka menyelamatkan Bendahara dari serangan orang mengamuk. Mereka berlima kemudiannya memeluk agama Islam. Nama-nama mereka mengikut loghat Melayu telah tersebar dengan cepat dan meluas samada di kalangan istana atau orang-orang Melaka ketika itu termasuk nama Hang Kasturi.

Tiada bantahan yang pernah dibuat ketika itu kerana masyarakat Melayu zaman itu telahpun menganggap anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po sama seperti saudara Melayu mereka. Demikianlah serba ringkas kisah Hang Tuah yang berasal daripada keturunan puteri Hang Li Po dari kajian hipotesis ini.

Berdasarkan hipotesis ini juga bererti orang-orang Melayu telah kehilangan seorang pahlawan lagenda yang selama ini mereka bangga-banggakan. Walaupun demikian orang-orang Melayu telah terselamat daripada tuduhan menderhaka kepada Sultan. Hang Jebat atau nama asalnya Hang Jee Fatt yang telah menderhaka kepada Sultan bukanlah daripada keturunan orang Melayu Jati.

boleh pakai ke ni?

kena tukar pepatah la..takkan cina hilang di dunia. adoi

tips untuk kejutkan acap dari tidurnya...

salam bahagia kesemuanya..mekaseh sbb tumpang singgah jap.hari nie aku nak kongsi tip2 utk kejutkan acap dari tudurnya..

seperti yang anda sedia maklum, semua kerja akan tergendala pabila cap dah start tido.so, camne nak kejut kan die? sebelom anda tawu tip2 utk kejutkn acap, anda perlu memahami kondisi2 selesa yang perlu ada untuk si budak nie tido.klu x ckup korum kondisi nie, nescaya x mungkin acap akan tertido:
  1. acap berada dlm keadaan letih, or bosan, or, mnagantuk
  2. keadaan time tu mesti x terlalu sejuk (si acap nie capable utk tido dlm keadaan yg panas)
  3. die mesti berbaring. x kesah r ada bantal atau x.tp mesti de selimut or towel utk tutup kaki
  4. keadaan mesti gelap.or else, die akan selimut satu bdan die..
okay, korang dah tawu kondisi utk si acap ni lena dibuai mimpi yg sempurna.skrang cre utk kejutkan acap plak:
  1. bukak lampu seterang yg mungkin
  2. jauhkan selimut or sebarang kain (meskipon saputangan) dr tempat kejadian
  3. cuba dudukkan die..(jgan kasi die baring)
  4. renjis2 air kat muka die...
haha..selamat menc0ba.ingat, klu stakat wat bising, x yah mimpi r.silap2 kowang dpt maki hamun dr die.stakat nie, sowang je insan yang berjaya kejutkan si acap nie tanpa mengikut tip2 diatas..of course r maam besau kat penang nun.die jerit nme acap jew, terus si bdak acap nie bag0n dr tido.hehe...

kehid0pan kekampungan


10th of may yang lalu, aku join satu program wawasan desa kat felcra changkat lada, perak anjuran ipta tmpat aku blaja ngan kerjasama rakan muda + belia 'whatdahowdy'...bgi yang kenal dengan aku, mesti korang tertanya-tanya camne acap bley join program camnie? hoho..sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula spandai-pandai tupai melompat..



anyway, aku nak cite pengalaman aku kat sne. betapa gampangnya aku bersama beberapa mat gampang yang laen menggampangkan situasi kat sne yang sudah pon agak gampang.aku n geng2 aku yang laen seramai 4orang dtugaskn under media + performance..aku kne jge bab2 camcorder nieyh.malangnya, camcorder yg kitowang bawak tu x de tape..sampai kesudah, aku cme mock jew reccording tue.ksian kat bebudak sne.mengharapkan muka ms0k tv, tp hampeh..huhu













alhamdulillah, keluarga angkat aku amat sempoi skali.de bilik karaoke kat umah beb!!
mmang silap besar ahh..hoho.mmg aku x wat keje r.spatutnya kne cover report kat 6 sekolah, then jd 3 sekolah jew.dah r dpt bwak moto 2lejang (yg mmg dh lme jd impian aku) ditambah pulak van yang k0wsai punye ssah nak bwak.nsb baek de kancil yg mudah nk di bawak. dh tu sigop pulak harge murah2...makann jgk ckp r.mmg superb. A class...aku yg x mkan tempoyak nie pon bley tambah 2-3 kali.


tapi, program yg spatutny berlangsung slama 5ari, jd 4 ari je.alaaah, brader askar nak blk awai.x tahan nyamok kot agakny...agak tension r nk blah awal2.aku mmg x puas lg dduk sne.dah r buley sigop dalam jamban ngan selambe.hehe...

so, i'm looking forward,spending times there again, sometimes maybe...

Isnin, Mei 3

wang oh wang...

cuba fikir, hampir segala perkara yang kita lakukan sehari-hari melibatkan wang..
apakah wang itu sendiri? yang pasti bukanlah safwan, mahupun azwan, atau marwan dari terengganu yang kita maksudkan disini..hoho

mungkin sesetengah kita tidak merasa nikmat dan dalam masa yang sama, ujian yang diturunkan oleh Sang Pengatur, Allah A'zzaWajalla melalui 'wang'...
bagi diri aku yang slalu short dlm berbelanja nie, aku amat mengerti skali erti wang ni.(maybe?)
teringat plak time blaja ekonomi dlu sedikit sebanyak mengenai sejarah wang...
sebelum penciptaan wang, manusia mendapatkan barangan dengan cara sisitem barter. waktu itu, populasi seluruh dunia lebih kecil dari hari ini, so manusia x pyah gerak jauh2 untuk jalankan sistem barter.wlaubgaimanapon, sisitem barter nie hnya buley djalankan juka kedua-dua belah pihak bersetuju.So something new began to happen.dalam setiap abad,pasti wujudnya satu item yang supposedly berharga nilainya pada suma orang.item ni slalunya ssah nak dapat ataupon sngat sikit (rare).sbg conth, rempah-ratus, emas, kulit kerang, tiram, kulit mnatang etc..manusia mula menukarkan item berharga nie dgn brang yg diowang nak drpd seorang yg lain dan seorang yang lain tu plak buley tukar ngan brang yg dia nak dgn seorang yg lain lagi.hehe.. dlm thun 1620AD, owang asli kat amerika gna wampum utk tukar2 brang. syiling emas n duit kertas mula dperkenalkan oleh peneroka eropah pada awalnya. peneroka2 nie gne mata wang English n France serta 'Spanish piece of eight'.kemudiannya, penjajah plak memperkenalkan duit syiling yng dipanggil 'shilling' dan 'pence'. malangnya, emas dan perak yang digunakan untuk wat syiling nie dah berkurangan, dah tu si penjajah nie x plak p korek mna2 lombong n diowamg x mampu lg nak import banyak2.dlm waktu yang sama, kerajaan Inggeris x suka tanah jajahannya buat syiling coz diowang rse hanya ibu negara sja yang berhak utk kluarkan duit syiling snd.jadi, kebanyakan syiling yang digunakan ditanah jajahan lepas tu ialah syiling Spanish yang mana tanah jajahan tu dapat dari peneroka Spanyol dr West Indian.
wang kertas pertama kalinya diedarkan oleh si penjajah pada akhir tahun 1600AD dan bnyak dgunakan untuk perbelanjaan ketenteraan slepas perangan ngan penjajah Canadian . By 1750 dah banyak sangat wang kertas n emas ngan silver dah x cukup utk dgunakan dlm wat syiling...well, kmudianya lagi manusia2 yang di tnah jajahan mula perasan bhawa diowang kne byar lebih untuk sesuatu brang tue dr yang spatutnya diowang byar gne duit syiling.untuk mengelakkan wang kertas tanah jajahannya dari jadi x de nilai, pd 1764, kerajaan british stop print wang kertas yang mana ini (dan beberapa sebab lain) membawa kepada Revolutionary War.

haha..x nampak lagikan effect wang nie?
tggu r part ke-2 nnti.pnat r nak tuleh.kowang pown nnti bukan bce sngat pown...(bercakap berasaskan pengalaman)