Isnin, April 12

whaha....pe yg aku wat nie?

rokok yang hanya tinggal hujung-hujung itu disedut lagi sehingga ke puntung. Azfar masih leka menghadap komputer ribanya. Azfar perlu menyerahkan lagu yang dikomposnya lusa. waktu sudah menghampiri 6.30 pagi..
sebatang lagi rokok dinyalakan.. Azfar masih ingat kali pertama dia mula merokok, 12tahun yang lalu seawal usianya 9tahun. Azfar sekadar mencuba-cuba dengan rakan sebayanya. tidak disangka ia kini seakan sudah menjadi habit kepadanya..beberapa kali hubungan percintaannya separuh jalan semata-mata kerana rokok nan sebatang..

rokok yang separuh dibiarkan menyala di atas ashtray. tumpuannya beralih kepada lagu yang masih separuh jalan. lagu indie yang digubahnya kali ini pasti akan meletup. sebelum ini, kebanyakan lagu gubahannya bergenre etnik. hampir kesemua lagunya pernah dicalonkan di anugerah muzik, malang sekali bukan rezeki Azfar untuk menggondolnya lagi. Azfar berbangga dengan pencapaiannya selama ini. umurnya baru mencecah 21tahun, namun dia mampu memiliki sebuah kereta dengan hasil titik peluhnya sendiri. Azfar merupakan seorang mahasiswa tahun ke2 jurusan sains komputer di sebuah IPTA yang terkenal. dia mula berjinak-jinak dengan industri muzik tanah air selepas lagu yang digubahnya menjadi juara di sebuah pertandingan anjuran RTM.


whaha....pe yg aku wat nie?

2 ulasan:

komen adalah digalakkan terutamanya jika anda seorang yang galak...