Selasa, April 27

My Name is Khan....

filem bollywood bukanlah satu pilihan bagi aku.tapi baru saja td, aku layan cite bollywood yg tajuknya 'My Name is Khan'....aku tertarik dgn filem nie sbb lakonan gandingagan shah rukh khan + kaj0l..(hehe,dlu time kecik2 dlu aku slalu jgn mnumpang kak2 aku tgk cite hindustan)

apa yg best ny cite nieyh, ia berkisar tntang seorang lelaki bernama Rizwan Khan (Shah Rukh Khan), pesakit 'Asperger's Syndrome' mengembara hampir satu US dalam misi untuk bertemu president US.knapa dia nk jumpa president? korang kne r tgk snd..kpd bdak pompuan,kowang kompem mleleh air mata.oh ya, cite ni x de nyanyi2 + gelek2 k...hoho

actually, aku nk bgtau yg cite baik utk muslim.tgk value yg cube dtampilkan oleh Karan Johar dlm muvie nie. apa sepatutny owang islam di US buat disaat sume penduduk US lain membenci islam n mlabelkan suma muslim sbg terrorist..kite x bley bermusuhan malah kita sepatutnya mnunjukkan kasih sayang..
moral of the story : cite nie best, kowang ptot tgk.klu x mampu nk beli, download jew...mlas nk download, mintak ngan aku.(byar yek!!)

Isnin, April 12

whaha....pe yg aku wat nie?

rokok yang hanya tinggal hujung-hujung itu disedut lagi sehingga ke puntung. Azfar masih leka menghadap komputer ribanya. Azfar perlu menyerahkan lagu yang dikomposnya lusa. waktu sudah menghampiri 6.30 pagi..
sebatang lagi rokok dinyalakan.. Azfar masih ingat kali pertama dia mula merokok, 12tahun yang lalu seawal usianya 9tahun. Azfar sekadar mencuba-cuba dengan rakan sebayanya. tidak disangka ia kini seakan sudah menjadi habit kepadanya..beberapa kali hubungan percintaannya separuh jalan semata-mata kerana rokok nan sebatang..

rokok yang separuh dibiarkan menyala di atas ashtray. tumpuannya beralih kepada lagu yang masih separuh jalan. lagu indie yang digubahnya kali ini pasti akan meletup. sebelum ini, kebanyakan lagu gubahannya bergenre etnik. hampir kesemua lagunya pernah dicalonkan di anugerah muzik, malang sekali bukan rezeki Azfar untuk menggondolnya lagi. Azfar berbangga dengan pencapaiannya selama ini. umurnya baru mencecah 21tahun, namun dia mampu memiliki sebuah kereta dengan hasil titik peluhnya sendiri. Azfar merupakan seorang mahasiswa tahun ke2 jurusan sains komputer di sebuah IPTA yang terkenal. dia mula berjinak-jinak dengan industri muzik tanah air selepas lagu yang digubahnya menjadi juara di sebuah pertandingan anjuran RTM.


whaha....pe yg aku wat nie?

Rabu, April 7

ku teringat lagi...

time kat kamp0ng,aku slalu(kdang2 r) lepak2 ngan mak + kakak2 aku petang2.slalunya kitaorang akan sembang pasal kisah lama2, zaman aku kecik2 dlu..pernah satu ketika mak aku cerita, aku ni sangat benci membaca.aku sangat suka melukis...jadi, ayah(arwah) aku slalu jumpa cikgu kelas aku untuk mintak pendapat..finally, cikgu aku mencadangkan kpd ayah aku untuk belikan aku buku2 komik + cerpen.untuk develop aku punya minat untuk membaca r kononnya...malang sekali, aku terlalu ghairah sngat baca komik smpai satu menda pon tak jadi..habit nie berlanjutan sampai sekarang..bg kengkawan aku, diowang suma dah tawu 3habit aku yang hardcore.tido, comic, + sig0p.hehe....

aku teringat pulak zaman aku form1 kat SMK Datuk Hj Abd Kadir, Kepala Batas, Penang...
aku dduk hostel n dah jd resam bdak2 hostel utk terpaksa prep memalam..kebetulan zaman tu zaman populariti komik Hong Kong antara komik2 yang terkenal ialah 'Parang Gila, Wira Tunggal, Pedang Setiawan, Petir Tunggal, Anak2 Wira, Jengking Merah n sebagainya..'
hahaha..apa yg bestny, aku nie suka berkhayal skit.imagine benda yang x perlu.so, tiap2 mlm time prep aku akan karang cerita lawan2 style komik Hong Kong nieyh.hoho...

skrng, aku still suka baca komik + karang2 wlaupon x karang cerita cam dlu dah.haha...
memories syial

idea yang muncul tetiba time dlm kehangatan bus...

salam selamat duhai penghuni dunia...

jika 2 biji benih mangga, dari induk yang sama, dengan kualiti, saiz dan segala-galanya sama; disemai dalam medium yang sama, kelembapan yang sama, suasana sekitar nya sama; dijaga dengan sama banyak serba-serbinya, cukup air siramannya, cukup bajanya, dan cukup pula penerimaan cahaya mataharinya....adakah apabila ia bercambah nanti, rupanya juga akan sama dari segi fizikalnya? adakah bilangan daun bagi kedua pokok tersebut sama banyak? adakah cabang-cabang mereka sama banyak? adakah cabang mereka tumbuh dalam pola yang sama?..........~fikirkanlah~

sesetengah manusia percaya bahawa alam semesta, dunai dan seisi alam terjadi dengan sendiri. mereka percaya bahawa tidak mungkin wujudnya Kuasa yang mengatur dan merancang..jika betul apa yang mereka percayai, nyatalah bahawa semua pokok2 dan haiwan2 ini wujud secara sendiri yang mana ini bermakna sudah pasti pola dan corak pokok2 dan haiwan2 itu sama..

perhatikan ekspirimen yang kita lakukan keatas 2 biji benih mangga tadi.hasilnya?...........~fikirkanlah~

 

Selasa, April 6

fikirkan....syukurilah...(bukan lagu)

'syukurilah semua nikmat anugerah tuhan, gunakan dgn sebaik-baiknya,
kesihatan, keamanan dan kekuatan, semuanya rahmat yang esa...'

begitulah lirik lagu yg aku gubah dr sbuah lagu dr kumpulan jepun, Deen yang tajuk asalnya 'smile blue'...untuk pengetahuan semua, lagu nie digubah sejurus selepas kumpulan nsyid UPNM, Invoices mndapat tempat ke-3 dlm Festival Nasyid (FINAS'10) yg lalu. aku sngat sedeyh sbb tak dpt nk merangkul juara..so aku pon wat r lagu nie.asalnya, spatutnya lirik nie bertajuk 'jgn bersedih'..tp due to kehilangan handphone aku + beberapa masalah n dugaan yg ditimpakan keatas aku, aku tukar tajuk ye..

aku suka berfikir..sebab n akibat sesuatu benda tu berlaku.sbg contoh, hp aku ilang.sbbny? dulu time da phone, aku x pernah guna dgn sbaikny.call kg pon kdang2 jew..ble dh x de, bru aku trse mnatang tu penting..sperti mana yg ada dlm lirik yg aku gubah:

'nikmat tiada tara barulah kan terasa, bila dah hilang dari genggaman..'

anyway, setiap yg kita ada skrng bersifat smentara.khidupan abadi menunggu kita di akhirat...
oh ya, kpd penggiat nsyd, aku nk ingatkan skit nie (dsamping mngingatkan diri aku snd): kita bernasyid utk mnyampaikan mesej.itu yg utama..ko nk lepas tension ke, nk menang ke, tu no-2. sekian utk kali nie..wassalam...(eh lupa nk bg salam memula td.hehe)