Selasa, Januari 8

Seni Bukan Untuk Dinilai, Tapi Untuk Dinikmati

Macam biasa, hidup aku bermula saat matahari terbenam.kebetulan, lepas isyak, aku bercadang untuk siapkan esaimen aku dan roomate aku saat itu pula tengah layan video penuh Konsert Akhir Maharaja Lawak..entah kali yang berapa dia layan aku pun tak tahu.yang aku pasti, lawak2 yang sama buat aku rasa lemau.Aku pelik, aku pelik...


Aku teringatkan arwah Tan Sri P.Ramlee. bagaimana karya beliau begitu berkesan dan tampak tak lapuk dek zaman langsung? Kenapa karya seniman dulu-dulu lebih hebat berbanding karya seniman sekarang? Selain daripada P.Ramlee, Arwah Sudirman Hj Arshad dan beberapa lagi seniman lain turut membuktikan teori aku.Aku pelik, aku pelik...
Ajis, Sudin dan Ramlee dlm Pendekar Bujang Lapok (1959)
 Kumpulan - kumpulan musik zaman dulu juga ternyata tak seperti sekarang.kualiti musik yang dibikin tak rasa jemu biarpun dimainkan berulang kali. Mega, Ekamatra, Search, Sweet Charity, BPR, May dan tak lupa kepada individu penyanyi yang vokalnya tak sakitkan telinga seperti Thomas Arya, Mus, Nash, Awie, Amy, Joey dan ramai lagi.Aku pelik, aku pelik...

keratan akhbar tentang isu rambut panjang artis Rock Malaysia suatu ketika dahulu.
Kebanyakan seniman sekarang lebih suka ambil jalan mudah dalam menghasilkan karya. Dalam seni musik contohnya, komposer akan lebih suka menggunakan pendekatan musik easy-listen kerana pendengar majoritinya akan menerima.topik lirik pula sudah pasti berkenaan cinta anak muda. sama juga halnya dengan industri seni perfileman dan pementasan teater. kebanyakan pembikin skrip suka memilih cerita seram, lawak, atau jiwang yang mana majoriti audience akan layan tanpa banyak bunyi.Aku pelik, aku pelik..

rasanya korang kenal kot artis ni...aku baru je kenal diorang.maaf, aku kurang minat dengan lagu diorang.
pernah juga aku cuba ambil pendekatan tak rasional dimana aku anggap karya seniman lama ada penglibatan unsur spiritual.hehe...mungkin. Zaman kian berubah. penerimaan terhadap sesebuah karya pun selalunya berubah.sebuah karya yang baik ialah karya yang tak lapuk dek zaman sepertimana karya-karya seniman yang aku angkat di perenggan atas. jadi, susah untuk kita yang buta seni ni nak menilai karya orang.mungkin aku tak suka Karya A, tapi orang lain suka..mungkin aku suka Karya B, tapi org lain tak suka.pendeknya, jangan membabi buta menilai seni kerana seni bukanlah untuk dinilai sebenarnya, tetapi untuk dinikmati.

p/s: sebab itu jugalah aku ambil pendekatan untuk cover lagu2 lama.itu lebih mencabar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen adalah digalakkan terutamanya jika anda seorang yang galak...