Ahad, September 30

My.I.Me


Things I Like About Coke:
1.  Coke make me exited.
2.  Coke is good enough to have everyday.
3.  Coke make me nervous and sometime it make me smile.
4.  Coke understands sarcasm.think so..
5.  Best served anytime, anywhere.
6.  Good listener, of course.
7.  Not bothering me while I'm sleeping.
8.  Being a good support of my art carrier.
9.  Keep me day-dreaming.
10.Affordable.




Things I Like About You:
-pretty much the same as coke-

Rabu, September 26

cerita hari ini.segala yang terbuku dihati.

maaf.satu saja yang aku pinta.maaf.

isu satu : gugel dan demo dan boikot dan ideologi.
bukan sekadar untuk gelak tawa.tapi benar, sesungguhnya manusia benar-benar bodoh dan jahil.dan aku salah satu dari makhluk bodoh dan jahil itu, cuba membela ugama sedangkan terang-terang Tuhan cakap; bahawa ugama Tuhan milik Tuhan hanya, Tuhan yang layak bela.biar seisi alam buat *&^%!@#, takkan ada sikit pun effectnya pada ugama Tuhan..siapa kita sbg manusia untuk buat sesuatu?..contoh, tindakan datuk Rasul Muhammad yang tak ambil apa-apa tindakan bila Abrahah nak serang Kaabah.itu hal Tuhan.

isu dua: Gangbang Stail.
memang.sengaja aku guna perkataan lucah sebab manusia (yg bodoh dan jahil itu) kebanyakannya tidak memahami erti sarcasm.biarpun perkataan itu secara empirikalnya dicipta oleh makhluk manusia juga.

isu tiga:  Asyraf Muslim dan Hilal Asyraf.
aku akui, aku sedikit kacak dari Asyraf Muslim.aku akui, aku sedikit alim dari Hilal Asyraf.tapi percayalah, kami bukan orang yang sama.hehe...
ini Asyraf Muslim.kami dulu satu sekolah..(biarpun berlainan batch)

Sabtu, September 15

Fatwa Rokok Haram Wajib Dikuatkuasakan Segera.


Iya.rokok dah pun diharamkan oleh Majlis Fatwa Ulama' Malaysia. sekarang, timbul pula isu ini. walaupun ramai yang tak perasan, sensitiviti umat islam di Malaysia amnya sangat tinggi. namun, seorang perokok akan tetap jadi perokok.susah nak dijelaskn disini.

My point is, untuk menghalang rokok dari terus berkuasa, usah sekadar mengharamkan melalui fatwa semata.kuatkuasakan lah fatwa pengharaman rokok. jangan di jual secara terbuka. tak perlu kampen berjuta-juta ringgit malaysia, wujudkan saja jawatankuasa tangkap-saman si perokok yang berleluasa sebagaimana 'mereka' tangkap pasangan berkhalwat di merata.bukan?!

Kalau benar mahu tangani isu ini, kuatkuasakan saja.ini tidak.aku merokok di hospital kerajaan, tak ada siapa nak saman.entah mengapa..biarpun dibulan puasa, tak ada yang menegur-menghalang perokok.

*masih, rokok tetap haram.Tembakau??

Isnin, September 10

Kereta Tin Milo


suatu hari di hari raya, aku lepak kat rumah member lama yang kini belajar di yunibesiti luar negeri (sabah).biarlah kita namakan beliau sebagai Wandy saja.Wandy ini orangnya bijaksana macam aku juga.suka berfalsafah merapu dan buat spekulasi tak tentu hala..

nak dijadikan cerita, ketika itu seorang member aku yang lainnya baharu saja beli kereta (kebanyakan member aku kat kampung dah punya kewangan yang kukuh).kereta yang dibeli member ini ialah kereta Proton.aku tak ingat dah model apa.bukan penting pun rasanya.

member ini tak habis-habis membebel pasal masalah demi masalah yang diduga disebabkan kereta protonnya itu.jadi kami yang kebetulan ada kat situ pun buka cerita masing-masing pasal kereta proton.semua yang ada disitu dah macam expert habis pasal kereta.
ini bukan gambar kereta beliau.

dan macam biasa, aku sebagai moderator membuat kupasan akhir bagi diskusi kami bila makanan untuk menjamu selera dari tuan rumah, sampai.sangka aku, diskusi ini ditamatkan mcm biasa oleh penggulungan yang aku buat tadi.tapi rupanya, wandy masih tak puas hati.beliau lantas mengeluarkan suatu kenyataan yang kemudiannya disokong oleh gelak tawa semua yang ada kat situ.beliau kata:

"kau tau kenapa kereta buatan malaysia especially kereta proton, body cepat remuk bila eksiden?! tak perlu eksiden lah, kau letak beras 30kg pun dah tenggelam.! sebabnya, kereta malaysia ni diperbuat daripada tin piuter biasa macam tin milo tu..! betul.tak percaya, aku kasik bukti.."
khas buat mereka yg tak kenal dengan milo

tambah beliau lagi: "kau perasan tak akhir-akhir ni Milo n Susu Tepung dah tak dipasarkan dlm bentuk tin tin lagi? semua dah jadik pek. itu sebab pembekal utama tin piuter dan aluminium dah sign contract dengan syarikat buat kereta.itu pasallah...!!"

terus kami sambut dengan gelak ketawa.aku pegang kata-kata beliau tu.aku nanti tak mau pakai kereta proton.kalau dah terbeli, wajib trade-in balik dengan (sekurangnya) kereta Produa.hehe
kereta Tin Coke ni pun lagi baik dari kereta tin milo.hehe

*To: future-me, plis dun buy proton.or i'll fail our life.pinky promise~

Khamis, September 6

Seni dalam kehidupan.


Bila sebut pasal seni, kebanyakan orang akan terbayangkan seni lukisan walau pada hakikatnya, wujud juga seni muzik, seni tulisan, seni lakonan dan sebagainya.
secara umum, aku cintai segala yang bernama seni.mungkin kadangkala seni itu tampak sedikit mengelirukan dan sukar difahami.namun, aku masih cintai seni kerana keindahan yang ada padanya.

Hakikat penciptaan makhluk oleh Tuhan juga sebenarnya berlandaskan konsep seni.suatu kepastian bahawa Tuhan itu cintakan kecantikan.maka kecantikan itu sendiri adalah seni.

Namun begitu, manusia ini Tuhan ciptakan untuk mempunyai kuasa pilihan.Ya! memang Tuhan dah tentukan Qadha' kita.tapi kita masih mampu mencanai sesetengah takdir kita..tak salah akulah, ada ulama' yang klasifikasikan Qadha' kepada dua bahagian iaitu Qadha' Mubram dan Qadha Muallaq (klik sini untuk bacaan lanjut)..Jadi, berbalik pada cerita seni tadi kita manusia punya kuasa untuk pilihan dan setiap daripada kita mempunyai taste dan penilaian yang berbeza keatas sesuatu seni itu.



Kita ambil contoh wanita.sebagai kaum yang berlainan jantina, aku sangat tertarik pada keindahan seni yang Tuhan ciptakan pada wanita. baik dari segi rupa paras, bentuk, suara, lagak gaya, dan sebagainya..dan setiap daripada kita mempunyai gaya pentafsiran yang berbeda ke atas keindahan makhluk bernama wanita ini.mungkin ada yang suka wanita bermuka bulat, ada yang suka bermuka bujur dan sebagainya.
pernah tak kau semua tertanya-tanya, kenapa Tuhan ciptakan wanita yang berkulit gelap, sedangkan keabnyakan kita dambakan yang berkulit putih? Ternyata, wanita yang berkulit gelap itu pun punya pasangan hidup.sesuai.cantik molek takdir Tuhan.aku yang kacak ni pun tak jumpa pasngan lagi, rite?!hehe

so guys, setiap sesuatu itu ada terselit keindahan, kesenian padanya.cuma kadangkala kesenian tu tak terlihat oleh kita. Cantik di mata kita, tak bermakna cantik juga di mata orang. Buruk di mata kita, tak bermakna buruk juga di mata orang.sekian.trimas kerana membaca.

*gua sukakan wanita yang pendek, berisi dan comel.perangainya, harap senonoh lah sikit dari gua ni.moga dapat didik gua ni nanti.keh keh

Sabtu, September 1

Janji perlu Ditepati..

salam kemerdekaan buat semua.entry kali ni bukanlah entry untuk menghentam kerajaan Barisan Nasional ataupun mengangkat darjat parti pembangkang Pakatan Rakyat.rasanya, semua pembaca sudah bisa buat keputusan sendiri.pilihan di tangan anda..

entry kali ini berkisar pasal janji yang aku buat.janji yang aku tabur di kala separa sedar.
sehari sebelum malam merdeka 2012, aku dan kawan-kawan ada latihan untuk Majlis Ambang Merdeka dekat yunibesiti. macam biasa, aku cuba sehabis baik berlatih aksi-aksi untuk menghiburkan audience dengan lagak dan gaya yang tak senonoh.jadi, tahap kepenatan aku itu berada pada paras yang maksimum.bagi meredakan kepenatan dan merasai nikmat rehat, kami bergerak ke MekDi berdekatan. pekena GCB plus kentang yang sedap ditambah pula coca-cola cawan besar yang boleh di-refill bila2 masa aku suka.

setelah lama melepak kat MekDi, salah seorang kawan aku buka cerita. plan nya untuk berkahwin tak lama lagi.beliau dah beli baju, dah arrange nak tempah kad jemputan, bagai..aku yang ketika itu separa mabuk (coke) segera mengeluarkan satu idea bodoh..: "Nanti aku datang majlis kawin kau bawak awek aku.Aku janji akn ada awek menjelang majlis kawin kau tu nanti."

bodoh kan?! aku tau, aku memang tak akan ada komitmen untuk ada semua tu.tapi still aku meng-pinky promise-kan janji mabuk aku tu.dengan disaksikan 2orang lagi teman se-band, janji aku itu dikira valid.mampus aku..sekarang aku mulai pusing.rancang nya nak buat flyers sebarkan taman-taman perumahan, jaja diri aku ni.hehe...calon pertama dan kedua masing-masing dah melepas sebab dah pun berpunya.kalaulah aku ada mesin masa....
nak je aku mngorat awek kat MekDi tu.kenalkan, dari kiri; Normah, Norul, dan Jenab