Isnin, April 15

SELAMAT HARI pilihanRAYA

sekarang musim pilihanraya.
majoriti kenalan di laman sosial fesbuk dan twitter, post status berkenaan pilihanraya.
ada yang diskusi secara ilmiah, tapi ramai lagi yang bergaduh secara buta.
tapi pada aku, ada baiknya juga mereka post pasal pilihanraya daripada dok muat naik gambar makanan ntah apa-apa.
atau gambar refleksi diri dalam tandas dengan paruh itik semuanya.

ini pasal negara.
Malaysia ni hak kita.
sudah lazim bagi sesebuah negara untuk rakyat pilih pemimpin sebetulnya.
jadi biar kita berdiskusi, berbincang, demi tentukan masa depan kita semua.
asalkan jangan sembang dengan taktik politik hina.
bukan ke kita ni manusia?
sembang kena la matang dgn penuh bukti dan fakta.

tak kisah lah siapa pun kau punya pilihan.
asalkan undi nanti guna minda bukan hati dan prasaan.
selamat mengundi dan selamat menentukan kerajaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen adalah digalakkan terutamanya jika anda seorang yang galak...