Isnin, April 15

Asrap ber-chatting

Asrap mana reti chatting-chatting nih. dulu masa zaman yahoo messenger (ym) dulu pun beliau buat semata-mata sebab fashion dan trends.sebab tu bila ada saja kenalan yg ajak chatting, Asrap buat tatau.kalau yang tak reti bahasa tu, Asrap terus logout.

tapi sejak akhir-akhir ni, Asrap mula berjinak-jinak belajar chatting ni.Asrap dah reti guna shortcut emoticon. dulu mana ada. Asrap mula gatal kacau kenalan2 terutamanya pompuan.pantang nampak ada yang online, terus Asrap ajak chatting.

tapi tabiat lama susah nak kikis-buang.Asrap tak reti nak mula modal cerita.kalau sembang dengan mak dia pun sama. mesti banyak menjawab dari bertanya..jadi selalunya bila Asrap ber-chatting, pebualan musti tergantung punya.

Asrap masih tekun belajar chatting. memang mula2 awkward tapi lama-lama nanti pawer tahap dewa. doa-doakan lah ye..  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen adalah digalakkan terutamanya jika anda seorang yang galak...