cerita dibawah ini aku karang secara sambung-sambung.saja nak tengok idea buah fikiran aku menghala kemana...targetnya, 12/4/13 (jumaat) adalah tarikh akhir.so, inilah yg jadik:
28/3/13
Asrap lapar.hari ni Asrap lupa nak makan malam.sebenarnya bukan lupa, tapi malas nak turun kedai melayu kat bawah tu.mahal sangat.Asrap bukan kaya mana. jadi, Asrap selongkar almari Eizat. rasionalnya, Eizat badannya gempal.mesti Eizat ada simpan makanan.buka.jumpa.Asrap seronok.Asrap jumpa Megi Asam Laksa dengan gambar artis popular sebagai hiasan pakejnya.
3/4/13
Asrap buat megi.sambil itu berlalu ke komputer.bukak fesbuk.
CLING!.bunyik tanda ada awek cun ajak bersembang.betul.awek cun saja yg boleh jadik 'friends' dengan Asrap.Asrap bukan jenis main 'approve' je. kalau nak jadik 'friends' Asrap, musti lepas tapisan tertentu dulu.
5/4/13
Asrap malas nak layan awek cun tadi.Asrap tekan butang untuk logoff.Asrap banyak lagi kerja yang nak kena buat. nak kena design poster, format laptop customer, rearrange lagu nasheed dan terakhirnya, tulis surat balasan kat pensayarah yang nak halang Asrap dari lulus subjek semester kali ni. Esaimen? tak perlu buat.upah saja.duit Asrap tengah berkepul sekarang.nasib baik takde makwe, kalau tak dah lama Asrap guna duit yg ada dalam poket untuk buat belanja kawin.begitulah analoginya..
9/4/13
due date untuk hantar poster lambat lagi.jadi Asrap procrastinate dulu kerja tu. Asrap bukak utiup.tengok v-log Mat Lufti.gelak sorang-sorang.Eizat tidur lagi.Safwan entah kemana.tinggal la Asrap macam orang gila depan komputer riba. habis layan Mat Lufti, Asrap bukak 9gag pula.seronok tengok sarcasm sana-sini.rasa macam orang pandai bila buleh faham sarcasm orang putih.entah apa-apa.
10/4/13
Asrap mula rasa bosan.nyalakan rokok.hembus.Asrap pikir pasal hala tuju masa depan.nya. apa akan jadi sepuluh-suwapuluh tahun akan datang. Asrap pikir macam mana dia kan mati nnti. kemudian Asrap terpikir, betapa manusia ini suatu makhluk yang petatik. manusia ciptakan konsep masa yang sebetulnya tak penting mana.haiwan tak ada konsep masa, tapi haiwan reti tepati masa.manusia? terus diburu dengan ketakutan.takut ditelan masa.kejar sesuatu yang tak dapat digapai.kejar masa.cis, manusia...
11/4/13
rokok habis.Asrap asingkan puntung rokok dari balang penyimpan abu.sengaja simpan abu rokok dalam balang khas.boleh buat hiasan nanti.dah hampir penuh dah balang tu.Asrap teringat waktu isap rokok zaman sekolah dulu.rokok cukup murah.tiga kupang dah boleh dapat rokok kretek surya.lepas tu kongsi dengan lima-enam orang kawan, isap kat tepi sawah belakang sekolah.sebelum isap, mesti bukak baju uniform dulu.takut berbau.rokok tu pula tak dipegang dengan tangan tapi guna straw plastik yang dah diubahsuai untuk pegang rokok.ini untuk elakkan tangan dari berbau.hebat.cukup hebat.dan waktu itu, geng perokok muda sangat kasihkan alam sekitar.mereka tak buang puntung rokok merata-rata, tapi tanam elok2 dalam tanah kat tapak longgokan sampah.bagus kan..kan..
12/4/13
waktu baru menunjukkan jam 3pagi.Asrap belum mengantuk.tapi Asrap bosan.the internet can no longer bring happiness to him.jadi Asrap decide untuk baring atas katil dan tidur.tidur adalah hobi Asrap sejak kecil dan Asrap tak pernah bosan untuk tidur.gud nite.