Jumaat, Januari 21

janggut satu

aku terjaga dari tidur yang panjang.
sangat panjang seakan mati yang sebenar.
langsung terlepas kelas sosial dan 'akademik'.

aku melayari internet, melawat laman sosial.
tidak ada sebarang aktivit sosial terlibat.
masing-masing sibuk meluah perasaan.
masing-masing sibuk berlakon, temberang kawan-kawan.
masing-masing bangga mempersembah rahasia diri,
membuka pekung di dada.

dan aku hanya memerhati, dan terus memerhati.
diam dengan kefahaman sendiri.
biar aku dilihat dari kaca mata persepsi.
aku tak peduli.

hidup.masa depan.pekerjaan.
aku benci merancang.
aku leih suka hidup tanpa pelan.
lebih bebas, selalu dipenuhi kejutan.
walau kadang-kadang sedikit bosan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen adalah digalakkan terutamanya jika anda seorang yang galak...