Khamis, Oktober 28

Hangover bukan sebab alcohol :D

"hari ni brapa haribulan??"
aku bengong pikir tarikh hari ni."eh hari ni hari apa??"
shited betollah.aku dah tidor lebih dari yang sepatutnya (walaupun itu perkara biasa dahulunya)..
aku cari phone aku."syial, mana pulak aku lempaq phone aku nieyh.."
rasa tension betol.aku nampak member aku sedang lepak-lepak atas sofa kat ruang tamu ditemani kretek nusantara.best je hidop kau.
"weyh, nampak phone aku dak??"
"tak.." sepatah dia jawab.
aku merangkak-rangkak cari phone aku.nak call classmate nak tanya pasal kelas.
"dude, miscall phone aku jap"
"ermm.." sambil baling phone dia ke arah aku.
tet..tet..tet..tet...
aku dengar bunyi vibrate.macam dari bathroom.
cis, dalam poket suar rupanya.dah dalam baldi dah suar tu.nasib baek tak rendam lagi.
"nah phone kau.trimas.bak sepam nusan.." aku cuba carik modal nak sembang
"pi amek baru dalam laci aku."
"lighter mana??" aku bengong balik
"...." tanpa sebarang bunyik, dia sua kretek yang tinggal hujung-ujung kat aku.
aku palam api kretek."eh, awal mandi? baru nak p kelas ke?" sengaja aku tenya soklan bodo sebab member aku tu masih ber-towel.
"engkau kalau dah tido x ingat dunia.ingatkan dah mampus tadi."sambil bangun ke arah tingkap, member aku menyelak langsir.
"cis.dah malam balik rupanya"

*aku tidor pukul 8malam hari selasa selepas habis buat design poster untuk 3 majlis berbeza.penat.sangat penat.aku bangun balik pukul 11malam hari rabu.ini jarang-jarang berlaku.sangat jarang-jarang berlaku...

Rabu, Oktober 20

berkata benar walaupun pahit...

Rasulullah bersabda dalam sebuah hadith mafhumnya, "berkatalah benar wlaupun pahit".pahit itu ubat.dan aku benci ubat.bukan sebab pahit.tapi sebab kena amek regularly.hoho...

persoalannya sekarang, perkataan benar itu datangnya dari mana? adakah dari post-post kat facebook? atau dari kata-kata cendiakawan (baik yang islam mahupun yang kafir)? atau dari pemahaman kita sendiri?

dunia sekarang dikuasai sebuah 'sistem' atau sesetengah aktivis menggelarny sebagai 'the man'.walau apa nama ia sekalipun,yang pastinya ia menguasai dunia sekarang.dengan hedonisme-nya, dengan peprangan-nya, dengan propoganda politiknya, dengan wacana dakyah yang entah apa-apa, dengan ekonomi, mata wang, media, dan macam-macam lagi.

kawan2 aku seuatu ketika dahulu sibuk tag nama aku dalam rencana diorang (atau yang pada hemat aku hanya dikutip dicopy dari tulisan orang lain) mengenai McD yang x buley makan lah, mengenai matawang malaysia yang sebenarny dipolopori zionis lah,dan macam-macam perkara benar tapi x perlu yang diorang sesakkan bukan saja dalam kepala otak diorang sndiri, malah dalam kepala otak orang lain jugak..ada juga yang hantar mssge kat aku mngenai propoganda raya iklan TV3.ada juga yang kecoh pasal dunia hendak kiamat.okay fine, aku percaya korang buat ini kerana korang rasa itu tanggungjawab korang sebagai manusia untuk saling ingat-mengingati.NI HA, AKU NAK INGATKAN.KALAU DAH RASA BERTANGGUNGJAWAB SANGAT, APASAL POST IKUT MUSIM??KALAU NAK BOIKOT SANGAT TV3 ATAS IKLAN RAYA YANG KONON ZIONIS TU, APASAL LAYAN 'AKASIA'? APASAL LAYAN 'SAMARINDA'? APASA LAYAN NTAH APA-APA SLOT LAGI YANG DISEDIAKAN MEDIA TU?

cipan betul kalian ini.x salah nak post menatang tu.tapi cubalah pahamkan dulu betul2, adakan persoalan dari penceritaan. kemudian wujudkan pilihan resolusi.ajak orang berfikir.ini tidak.balik-balik copy-paste.forward saja.entah2 engkau pun x paham sepatah haram.benda macamni sepatutnya mengajar kita berfikir.bukan menimbuklan rasa takut yang entah apa-apa, bersalah x tentu pasal disebabkan ceritera bodoh yang engkau sendiri tak pasti kebenarannya.

cis, pahit sial..itu lah kebenaran.sbb tu aku percaya, kalau gebang lebih baik. klau enkau bodoh sangat, diam, jangan cakap, atau putar belit fakta..nanti aku ketawakan.

p/s: aku x mahu engkau percaya bulat-bulat apa yang aku katakan ini.kalau ada FB, cuba tengok kat homepage korang.tengok status kawan-kawan ko yang diketogerikan dalam golongan BAIK tu.lepas tu check messange inbox pulak..jadi ketuk pala atas meja, tanya panasnya seterika.akhir kalam, berfikir dan mengomen lah untuk menjana minda anda sendiri.