assalamualaiku, selamat sejahtera, dan salam perpaduan..tahukan anda, masalah yang melanda negara kita Malaysia bukanlah masalah inter-kaum, tetapi masalah dalaman intra-kaum itu sendiri..dan bagaimana mahu selesaikan masalah ini?
semester kali ini di institusi tempat aku belajar, aku ditawarkan jawatan sebagai timbalan Exco Perhubungan Awam dan Publisiti, Majlis Perwakilan Pelajar.mulanya, kerja aku sangat mudah.design poster, publish event dan beberapa kerja remeh yang lain.sebagai bekas ahli aspirasi di matrik dulu (Spartan gang), aku menyimpulkan bahawa kerja MPP ini hanya lah melakukan perkara-perkara remeh.segalanya berubah taktala Ketua Exco menjalani latihan industri bagi melengkapkan kredit hour beliau dan segala hal diserahkan bulat-bulat kepada aku yang masih mentah dan setahun jagung.kini aku sedar betapa besar tanggungjawab menjadi seorang ahli MPP...(gumam sambil menyedut kepenghabisan rokok)
entri yang lepas, aku bicarakan perihal ujukaji yang meletup dan popular seketika cuma di laman web sosial facebok.kali ini, aku ingin bawa naik satu lagi isu perihal rokok ini iaitu gambar 'ajaib' pada kotak rokok :D
yang tinggal kekal dengan imej bersih hanyalah rokok2 kretek "haram" dari Indonesia.rokok pon ada yang halalkah? Inilah dia satu lagi bentuk propaganda oleh kuasa besar dunia dalam mengaburi mata rakyat.tidak ada bedanya 'halal' atau 'haram'..keduanya tetap rokok yang bisa bahayakan kesihatan...dalam jngka masa panjang.
perasan atau tidak, gambar2 tersebut selamanya sama.dari dulu hingga sekarang.kenapa tidak variasikan sedikit gambar tersebut.sebagai contoh gambar miscarriage baby tu,pelbagaikan..gambar kes yang pelbagai membuktikan bahawa kes tersebut betul-betul berlaku.bukan sekadar omongan kosong..itu hanyalah satu dari pelbagai respond yang aku dapat dari kawan-kawan aku golong perokok tegar yang mahu berfikir.
setakat ini dahulu entri dan post berkenaan rokok.aku masih mengumpul informasi dan pandangan kerana aku percaya, berfikir baik tentang hal yang ringan mahupun yang berat, mampu menjana pertumbuhan neuron2 dlm otak sekaligus memperisapkan diri aku menghadapi dunia selepas belajar yang pastinya mencabar..