kisah pelajar-pelajar di sebuah institusi pelajaran yang tak berapa terkemuka.
yang menentang, yang menyokong, yang senyap membatu, yang berkecuali, dan yang menilai-memerhati dari jauh.
.........
"kenapa kau menentang?"
"kerana aku nak sedarkan kawan aku yang masih terlena dengan segala sogokan kemudahan yang diberi percuma.."
........
"kenapa kau menyokong?"
"kerana pada aku tak salah untuk bersenang-lenang dengan segala sogokan ini selagi ia tak memudaratkan aku.."
.........
"kenapa kau pilih untuk senyap? membatu seribu bahasa?"
"kerana aku pelajar.tugas aku ialah untuk belajar.bukan mempersoal.bukan memenangkan.."
..........
"kenapa kau mahu berkecuali?"
"kerana aku benci untuk peningkan kepala dengan benda remeh yang sengaja diperbesar-besarkan.."
...........
"kenapa pula kau pilih untuk sekadar memerhati, menilai, serta meletak hukum pada mereka?
"kerana apa lagi yang patut aku lakukan bilamana semuanya tampak salah di mata aku?"
............
ini bukan permasalahan tentang samada baik atau jahat.
ini bukan permasalahan tentang samada matang atau tidak.
ini bukan permasalahan tentang samada sedar atau masih terlena.
ini bukan permasalahan tentang samada betul atau salah.
ini bukan permasalahan tentang samada kanan atau kiri.
..............
"jadi ini apa?"
"mungkin betul ini adalah apa yang ditulis pada 'title entry'.mungkin..!?"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
komen adalah digalakkan terutamanya jika anda seorang yang galak...