kisah cuti aku,
aku tak balik kampong penang,
aku dicop anak derhaka.kah kah
aku pergi kuantan pahang, drive sendiri,
lepak-lepak dengan anak2 seni,
aku tengok drama, aku dengar puisi,
aku mandi pantai, aku join diskusi.
ceritera diskusi isu itu-ini,
dari cerita music hingga cerita isu ketuhanan berlatarkan duniawi.
ada antara kita yang macam tak peduli,
fikirnya "janji dah buat yang wajib, buat apa fikir2 lagi."
bersembang dengan Fynn Jamal dan Hocy,
aku dapat pengajaran ini:
-jangan nilai manusia dari luaran.sumpah.jangan sesekali.
-tuhan itu ada dimana-mana hatta dalam lubang jamban.
-insan semuanya haiwan yang punya akal fikiran. kita adalah manusia bila kita menggunakan akal kita.
-berdakwah mesti dengan hikmah.bukan dengan kurang ajar.
-setiap persepsi yang kita ada, perlu dirujuk semula makna istilah dan intipatinya.
-Quran semestinya, dan selamanya adalah kitab berpuisi tahap dewa tentang cara hidup.
-insan maksodnya sang pelupa.jadi, selalulah berzikir/beringat-ingat.
-derita dan bahagia setiap dari kita adalah serupa pada hakikatnya.
-akan aku curi semula apa yang telah orentalis curi dari sarjana/cendiakawan kita (islam).
kau mungkin akan suruh aku mengucap semula, bila mana aku cerita isi diskusi kami malam tu.
tapi pada aku, sekurang-kurangnya aku mencari sebab/alasan untuk kukuhkan iman dengan berfikir tentang alam.aku bukan pak turut yang ikot saja telunjuk pemimpin yang kadangkala tafsirannya hanya valid pada waktu dulu.aku manusia, bukan haiwan.jika kau rasa kau dah bersedia, sila jumpa aku.kita kongsi ilmu.
spe je ahli kelas 8a yg join?
BalasPadamerr...aku !?
BalasPadamtiba2 aku rindu malam tu.
BalasPadamkau?
rindu?
ahakz.kalaulah kuliah aku macam malam tu suasananya, maka takkan aku lepas walau sesaat..
BalasPadam