Isnin, Mei 13

sebelum mula..

teringin juga nak tulis entry yang indah-indah, berseni-seni, macam Fyn punya, macam Aloy punya, macam Petak punya, macam Awanis punya, dan macam yang lain-lain punya.tapi tak reti.

aku tak dididik untuk suarakan pendapat.aku dididik untuk ada pendapat, dan pendamkan.
aku tak diajar menulis cereka-cerita. aku diajar untuk membaca dan menaakul cerita cuma.

dah cukup.sambung buat kerja.

Jumaat, Mei 10

Maaf Cakap..


Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - Bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu
Syaitan - Alahhhhhh, sekejaplah, mengantuk ni...awal lagi ni..zzZZz

Manusia - Nak makan, laparlah ..
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahlah... dah lapar ni ! makan saja..sedapnya

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.
Syaitan - Ehh, panaslah, tak ada style langsung, nampak kampung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.
Syaitan - Ahhh? awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi ni.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu...rugi ooo kalau tak tengok ni.

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantak dia lah

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihati lah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2...pandai2 lah

Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... muda lagi kan..lagipun hidup hanya sekali..rugilah..(kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu.
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh !

Manusia – Uuhhh..letihnya harini..tak solat lagi ni.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat untukmu nanti ada juga (jangan mimpilah!)

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1. Anda – Patut ke aku biarkan article ini tetap di sini saja??
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal..sebarkan lah !
3. Syaitan - Tak payahlah sibuk2 ..biar je disini..kalau, boleh delete je..bukan mereka nak baca pon.



*MAAF CAKAP...SEBAB BAHASA YANG DIGUNAKAN  ITULAH YANG MNYEBABKAN MANUSIA ENGGAN DENGAR..CARA 'SYAITAN' MENGAJAK LEBIH FRIENDLY DARIPADA CARA 'MALAIKAT' BERDAKWAH.

**SEBAB TU KALAU NAK PERSUADE ORANG, KENA GUNA BAHASA DAN SLANGA YANG BERSESUAIAN..

Isnin, April 15

Asrap ber-chatting

Asrap mana reti chatting-chatting nih. dulu masa zaman yahoo messenger (ym) dulu pun beliau buat semata-mata sebab fashion dan trends.sebab tu bila ada saja kenalan yg ajak chatting, Asrap buat tatau.kalau yang tak reti bahasa tu, Asrap terus logout.

tapi sejak akhir-akhir ni, Asrap mula berjinak-jinak belajar chatting ni.Asrap dah reti guna shortcut emoticon. dulu mana ada. Asrap mula gatal kacau kenalan2 terutamanya pompuan.pantang nampak ada yang online, terus Asrap ajak chatting.

tapi tabiat lama susah nak kikis-buang.Asrap tak reti nak mula modal cerita.kalau sembang dengan mak dia pun sama. mesti banyak menjawab dari bertanya..jadi selalunya bila Asrap ber-chatting, pebualan musti tergantung punya.

Asrap masih tekun belajar chatting. memang mula2 awkward tapi lama-lama nanti pawer tahap dewa. doa-doakan lah ye..  

SELAMAT HARI pilihanRAYA

sekarang musim pilihanraya.
majoriti kenalan di laman sosial fesbuk dan twitter, post status berkenaan pilihanraya.
ada yang diskusi secara ilmiah, tapi ramai lagi yang bergaduh secara buta.
tapi pada aku, ada baiknya juga mereka post pasal pilihanraya daripada dok muat naik gambar makanan ntah apa-apa.
atau gambar refleksi diri dalam tandas dengan paruh itik semuanya.

ini pasal negara.
Malaysia ni hak kita.
sudah lazim bagi sesebuah negara untuk rakyat pilih pemimpin sebetulnya.
jadi biar kita berdiskusi, berbincang, demi tentukan masa depan kita semua.
asalkan jangan sembang dengan taktik politik hina.
bukan ke kita ni manusia?
sembang kena la matang dgn penuh bukti dan fakta.

tak kisah lah siapa pun kau punya pilihan.
asalkan undi nanti guna minda bukan hati dan prasaan.
selamat mengundi dan selamat menentukan kerajaan.

Ahad, April 14

cerita tentang jumaat

12:55...bukak mata.rendam megi dalam air panas.lepak depan bilik tatap matahari.gunting kuku dan trim misai yang mula nak panjang.mandi sunat.cari baju yang masih bersih dalam baldi.tak ada.pinjam baju membe bilik sebelah.sapu deodorant kat ketiak.minyak rambut habis, jadi cuma ambil wuduk dan biar rambut kering sendiri.selipar hilang.'pinjam' selipar dari bilik depan.berjalan turun tangga sebab lif dah penuh sangat.berjalan sampai depan kedai-melayu-mahal, baru teringat henfon dan dompet tertinggal.malas nak naik, teruskan perjalanan..

*itu cerita minggu lepas*