Selasa, Januari 8

Seni Bukan Untuk Dinilai, Tapi Untuk Dinikmati

Macam biasa, hidup aku bermula saat matahari terbenam.kebetulan, lepas isyak, aku bercadang untuk siapkan esaimen aku dan roomate aku saat itu pula tengah layan video penuh Konsert Akhir Maharaja Lawak..entah kali yang berapa dia layan aku pun tak tahu.yang aku pasti, lawak2 yang sama buat aku rasa lemau.Aku pelik, aku pelik...


Aku teringatkan arwah Tan Sri P.Ramlee. bagaimana karya beliau begitu berkesan dan tampak tak lapuk dek zaman langsung? Kenapa karya seniman dulu-dulu lebih hebat berbanding karya seniman sekarang? Selain daripada P.Ramlee, Arwah Sudirman Hj Arshad dan beberapa lagi seniman lain turut membuktikan teori aku.Aku pelik, aku pelik...
Ajis, Sudin dan Ramlee dlm Pendekar Bujang Lapok (1959)
 Kumpulan - kumpulan musik zaman dulu juga ternyata tak seperti sekarang.kualiti musik yang dibikin tak rasa jemu biarpun dimainkan berulang kali. Mega, Ekamatra, Search, Sweet Charity, BPR, May dan tak lupa kepada individu penyanyi yang vokalnya tak sakitkan telinga seperti Thomas Arya, Mus, Nash, Awie, Amy, Joey dan ramai lagi.Aku pelik, aku pelik...

keratan akhbar tentang isu rambut panjang artis Rock Malaysia suatu ketika dahulu.
Kebanyakan seniman sekarang lebih suka ambil jalan mudah dalam menghasilkan karya. Dalam seni musik contohnya, komposer akan lebih suka menggunakan pendekatan musik easy-listen kerana pendengar majoritinya akan menerima.topik lirik pula sudah pasti berkenaan cinta anak muda. sama juga halnya dengan industri seni perfileman dan pementasan teater. kebanyakan pembikin skrip suka memilih cerita seram, lawak, atau jiwang yang mana majoriti audience akan layan tanpa banyak bunyi.Aku pelik, aku pelik..

rasanya korang kenal kot artis ni...aku baru je kenal diorang.maaf, aku kurang minat dengan lagu diorang.
pernah juga aku cuba ambil pendekatan tak rasional dimana aku anggap karya seniman lama ada penglibatan unsur spiritual.hehe...mungkin. Zaman kian berubah. penerimaan terhadap sesebuah karya pun selalunya berubah.sebuah karya yang baik ialah karya yang tak lapuk dek zaman sepertimana karya-karya seniman yang aku angkat di perenggan atas. jadi, susah untuk kita yang buta seni ni nak menilai karya orang.mungkin aku tak suka Karya A, tapi orang lain suka..mungkin aku suka Karya B, tapi org lain tak suka.pendeknya, jangan membabi buta menilai seni kerana seni bukanlah untuk dinilai sebenarnya, tetapi untuk dinikmati.

p/s: sebab itu jugalah aku ambil pendekatan untuk cover lagu2 lama.itu lebih mencabar.

Sabtu, Januari 5

JERK

A wise colleague once told me; "u r a jerk..not a jerky like jerk, but a nice jerk."

5tahun berlalu lepas perbualan tersebut berlaku.hari ini, aku teringat kembali.
aku mengaku aku banyak defect dan tak semua orang sukakan aku..dan aku tak kisah.sbb aku jerk. tak ada   istilah dalam bahasa malaysia yang sinonim dengan perkataan itu.

Aku malas.sangat malas sampaikan perkara rutin harian hidup pun aku tak endahkan.sebagai contoh, mandi. bersembang pun aku malas.aku malas bersembang ambil tahu pasal kehidupan orang lain.pada aku, itu sia-sia.aku lebih suka bersembang isu2 jenaka, isu2 ilmiah, bab membahan member, troll orang sana-sini, pranks..itu aku.

Tidur.aku biasanya tidur waktu siang.tapi ada kalanya aku berjaga juga waktu siang, cuma tidak se-aktif waktu malam.rekod tidur aku yang paling lama ialah 48jam tanpa sedar.rekod tu aku cipta pada tahun 2010 di Kolej Kediaman C4, UPNM...aku akan pecah rekod tu semula suatu hari nanti.

Boros.aku tak pandai urus wang.aku mampu habiskan RM100 dalam masa kurang dari seminggu hanya untuk belanja makan dan minum..dan merokok (hehe)...tapi, aku jenis yang boleh dipercayai.kebiasaannya, member aku senang untuk pinjamkan wang kpd aku sebab mereka tau aku akan segera bayar bila ada kesempatan.

Liberal dan keterbukaan pendapat aku dalam isu2 sosial, politik, dan ugama adalah sedikit radikal.mungkin sebab aku berkenalan dengan orang2 yang pemikirannya pelik dan aneh.tapi itu tak membuatkan pemikiran dan idea main stream itu aku tolak sama sekali.cuma kadangkala aku suka bercanggahan pendapat yang mana seringkali menggalakkan debat dan diskusi untuk berlaku.

I've done a lot of both great n bad things in my life and i wouldn't regretting any of it...I am what I am now...

Rabu, Januari 2

Squad Jamm - Grand Finale, Alam Gapura Battle Of The Band 2012

Alam Gapura Group: Squad Jamm - Grand Finale, Alam Gapura Battle Of T...

rilek..kitorang tak menang pun.tak perlu minta tandatangan, bagai...

Jumaat, Disember 21

Apa doun-saizing ?

Twitter hanya benarkan untuk tulis up to 140words. jadi, saya ambil inisiatif untuk menulis sedikit maklumat tentang downsizing kat sini. terima kasih kerana membaca..dan ini bukan sebuah entry hambar (seperti mana entry sebelum ini) melainkan sebuah entry yang bersifat ilmiah semata.

Dari aspek perniagaan korporat, downsizing bermaksud mengurangkan kuantiti staf/pekerja bergaji tetap. dalam erti kata lain memecat beberapa pekerja sekaligus. ini selalunya dilakukan demi menyimatkan operational cost yang ditanggung sesebuah syarikat. Downsizing ini terbahagi kepada dua jenis iaitu permanence downsizing dan temporary downsizing. 

Dalam teater hambar saya tadi (20/12/12), downsizing yang saya maksud kan ialah the permanent one. Jadi, tak perlulah kiranya saya memanjangkan lagi entry  kali ini.kalau mau tahu lebih lanjut pasal downsizing, sila search kat Google.com sendiri.sekian~    

Khamis, Disember 13

Ludah Dinding

saya dah pernah buat benda ni. dan dulu saya dah pernah kena bakar sebab benda ni, cumanya tak seteruk ini.

sebelum membaca lebih lanjut, ingin saya tekan kan di sini bahawa saya tak salahkan mana-mana pihak. dan saya minta maaf kalau ada yang terasa hati.

umur saya sekarang dah cecah duwapoloh tahun dah. dah tua. dah tak boleh main ikut sedap rasa. pengalaman walau tak banyak mana, boleh la dibangga juga.

cerita bermula bila saya rangka program di sebuah tempat kiasannya penjara. niat di hati nak ceriakan sedikit kawasan yang mulanya hambar. malu bila kawan dari penjara luar datang melawat. mereka boleh tanya "apa semua banduan dah dibebaskan?", nampak betapa sunyi dan hambar penjara kami...

jadi aktiviti dirancang, pemohonan dihantar, malang sekali budget tak ada kerana akaun dah tutup. atas rasa cinta (kononnya) pada penjara, saya guna budget kutip dari kawan2 sekepala.alhamdulillah, program boleh jalan walau tak se-gah mana.

sayangnya, banduan penjara majoritinya tak suka. hidup yang sunyi dan hampa itu lebih mereka suka. saya kecewa. rasa macam nak tukar penjara pun ada. malu bila kenalan yang selalu jumpa boleh ludah kat muka kita.

alasan mereka cuma "penjara bukan tempat unruk bersuka-ria..takut nanti alpa pada Yang Esa". itu alasan lama.yang baru punya "sel penjara tak sesuai untuk event serupa ini.pindahkan ke tempat lain.kami benci bunyi suara.kami benci seni manusia."

lupa saya nak cerita, dulu saya pernah buat perkara yang sama di sel penjara UM, sel penjara UPM dan sel penjara USIM..ya USIM.ternyata banduan disana lebih matang lagaknya.tak memalukan kita.

entah, mungkin sebab sekarang zaman dah berubah.teknologi mudah didapati dimana-mana.buat apa penat2  nak bersembah kalau komputer riba boleh bernyanyi untuk kita?! buat apa penat2 kalau telefon bimbit boleh bernyanyi untuk kita?!

tapi tak apa, semua ini salah saya juga. saya tak sepatutnya menyamakan mereka dengan yang di luar sana. ini penjara BOUTIQUE. LAIN DARI YANG LAIN.

keh keh..bodoh pula rasanya bila menghambur kat sini.tapi apa boleh buat, takkan nak telepon mak-ayah untuk mengadu? takkan nak bebankan handai dengan masalah aku? takkan nak carik makwe demi berkongsi rahasia baru?

*serius.bulan enam, kalau aku tak berjaya bebas dari ini penjara, akan aku panjat keluar darinya.buat hapa duduk syurga yang padaku seperti neraka..