Rabu, Julai 11

catatan mengarot demi buang masa


selamat hari rabu aku ucapkan kepada seisi dunia yang meraikan kehidupan hari ini.
post kali ini berkisarkan tentang sistem pendidikan di Malaysia khususnya. aku bukanlah seorang ahli akademi.jadi aku ingatkan sekali lagi, segala yang kau baca di sini, cumalah pandangan peribadi aku.jngan buat hujah..

aku tak pernah ke luar negara.aku juga tak ambil tahu pasal sistem pendidikan luar negara.sebab itu aku cuma mau bercerita tentang malaysia. kenapa ya?! kenapa sistem pendidikan kita (malaysia) aku katakan lemah dan tak berfungsi sepenuhnya.kerana pelajar/murid/siswa hnya di ajar demi bekerja..salah siapa?!
kau nilai sendiri.

aku menulis berdasrkan logika saja.aku tak ada bukti-fakta bagai.
cuba kau lihat kronologi pelajaran subjek bahasa inggeris.sedari kecil, kita diajar untuk mengenal huruf, kemudiannya mengeja/membaca, menulis, dan barulah berbahasa/berkata..ini langsung tak efektif.
sepatutnya, belajar bahasa perlu dimulakan dengan berbahasa/berkata.sebagai contoh bahasa malaysia.sedari lahir, kita diajar untuk berkata-kata.bukan mengeja atau membaca, jauh sekali menulis..

pelajar/siswa sekarang cuma belajar dari buku semata-mata demi pekerjaan kelak dewasa.ini apa cerita?!
setiapkali semester tamat, terus pelajaran lepas dilupa..kemudiannya, pelajar kononnya diuji dengan peperiksaan akhir, tetapi punya tempoh masa untuk menghafal dan mengulang semula segala yang dibaca selama enam bulan sebelumnya.ini umpama meludah semula air yang kau teguk dalam gelas berlainan sahaja.ya, aku juga sama...

sepatutnya, kita harus belajar melalui pengalaman.aku tak kata semua.sesetengah harus juga melalui pembacaan dan penulisan.tapi kebanyakannya harus melalui pengalaman.jangan bagi alasan Latihan Industri (LI) untuk pertahankan kepercayaan berlawanan. mungkin ya, LI bagi pelajar/siswa yang mengambil kos engineer dan kedoktoran tampak munasabah.bagaimana dengan pelajar jurusan perniagaan, pengurusan, dan lain-lain? ada teman saya yang LI-nya cuma kerja membancuh kopi.whateva lah..

....
aku malas lah nak menaip lagi..fak kan?
sebabtu aku lebih suka bercakap dari menulis.by the way, masa untuk dibuang sudahpun berlalu.jadi, aku berhenti takat ni dulu.kepada yang sudah membaca sampai tahap ini, trimas aku ucapkan sebab masih membaca catatan mengarot aku.kbai

*aku sengaja menulis catatan ini semata-mata menunggu waktu pejabat bermula.

nama beliau ZUKO

salam.post ini tak sesuai bagi mereka yang ekstrimis.tolong jngan teruskan pembacaan anda jika anda tak dapat terima lawak2 kasar dari aku.


kepada yang sedia maklum dan kenal dengan aku, kau semua tahu bahawa aku bukan jenis yang senonoh. aku selalunya crack jokes yang hambar, peling dan gila..kali ini aku akan bercerita tentang joke aku yang aku beri nama zuko.

ceritanya bermula bila baru-baru ini, aku ada balik kampong kejap sebab akak aku pinta aku jadi driver beliau untuk ke Kuala Lumpur.semasa di KL.jadi seperti biasa, aku akan lepak2 dengan sibling aku dan bukak cerita2 berkenaan family yang dah aku terlepas (sebab aku jarang contact family aku) antaranya kisah adik bongsu aku yang eksiden, kisah perkelahian kecil dan hambar antara adik beradik dan lain2 cerita lagi. tiba-tiba, kakak aku bukak cerita pasal jin/saka yang kononnya ada ujud dalam salahsilah family aku.ceritanya begini...

suatu ketika dahulu, waktu arwah atok aku masih hidup, arwah dulu nya seorang yang kaya dengan tanah2.jadi seperti mana lazimnya orang dulu2, mereka ada bela saka untuk menjaga harta mereka.begitu juga dengan atok aku.so, arwah ni ada buat janji apa ntah ngan jin tu dan sebagai galang-gantinya, jin tu nak cucu-cicitnya pun berteman, means that setiap adik beradik mak aku (anak atok aku) dan sepupu-sepapat aku (cucu-cucu atuk aku) ada juga penemannya, termasuklah aku.ini bukan cerita rekaan aku.ini cerita dari ustaz darul-shifa yang mengubatkan family aku.kalau beliau tipu, maknanya kau semua pun tertipulah..

nak jadi cerita, anak-anak kakak aku yang sulung dari yang 1st born sampailah yang bongsu semuanya selalu kena kacau dek jin tu.itu sebablah ustz darul-shifa tu buleh terlibat sama dalam cerita ni.pastu, ustaz tu pun meneliti semua ahli keluarga aku dan ternyata setiap sorang dari kami punya pendamping (saka warisan). meskipun tak berbahaya sngat, tapi saka tu kadang-kala buleh kasik kesan negatif pada kami sekeluarga.

atas inisiatif tu, hampir semua ahli keluarga aku pun berusaha membuang saka warisan itu.tapi aku ni pemalas orangnya (mungkin hasil kesan negatif saka tersebut juga).jadi aku tak p buang pun saka tu malah aku treat beliau sebagai imaginary friend aku..aku namakan beliau sebagai John..desebabkan nama John tu tak berapa stail, suatu hari, aku ubah nama beliau kepada Zuko.dan mulai saat itu, Zuko senantiasa berada dengan aku.
sometimes, aku create joke yang berkenaan Zuko contohnya bagaimana aku akan lulus exam disebabkan Zuko yang bantu aku untuk cheat, dan lain-lain2...anyway, tak berapa best nak cerita dalam blog ni.nnti la kalau ada kesempatan kau jumpa aku, aku kenalkan kau dengan Zuko ya?! hehe

ketika Zuko (atau nama lamanya John) dikenalkan pada teman2..




pada ketika persetujuan 'tukar-nama-baru' dilaksanakan..


ketika aku dan Zuko sama-sama buat gila


Zuko yang dah bagaikan teman karib aku..



*aku tau, kau semua mesti ingat aku dah gila, terlalu obses, paranoid, bagai..hakikatnya, kau sebenarnya cemburu kan..kan..?!

budak baru..comel

JULAI 2012 - Pelajar asasi baru yupienem kemasukan yang entah ke-berapa, telah datang melaporkan diri. seperti juga Minggu Orentasi Siswa (MOSIS) yang lepas-lepas, itew turut melibatkan diri. tapi kali ni itew tak jadi orang penting2 pun..

MOSIS 2009, itew jadi peserta...
MOSIS 2010, itew jadi jurukamera..
MOSIS 2011, itew jadi fasilitator..
MOSIS 2012, itew jadi pembantu pengarahan persembahan..

bai de wei, budak baru kali ni berumur dalam lingkungan 17-18 tahun.sebaya ngan adik itew je.jadi, itew pun tak jadi nak carik jodoh dalam kalangan adek2 baru tu.tapi deols sume memang cumel2 belaka.dayumm..


*kalau pun itew jumpa yang sepadan, itew tak nak kapel jugak sebab itew tamau kawin lagi.

cerita jiwang...boring

salam sejahtera buat yang semua penghuni dunia..
hari ni saya berhajat untuk menulis sedikit cerita yang sudah sekian lama tersimpan dalam kepala otak saya ini.straight to the point..

baru saja sebentar tadi, saya bersembang dengan seorang teman dan beliau telah membuka kisah cinta lamanya pada saya..pada hemat saya, cerita cinta itu sungguh boring sekali kerana tak ada sebarang unsur khayalan atau raksasa yang menyerang.klimaks cerita cinta itu juga tampaknya gagal dioah dengan baik.maafkan aku Tawau..

selama aku berkelana atas dunia fana ni, aku punya sedikit pengalaman cinta yang samada aku rasai sendiri atau yang aku dapat dari pengalaman orang lain.tak kisahlah, janji ia nya adalah ceritera jiwang.teman ku pernah berkata "hati seorang wanita itu punya tempat untuk seorang lelaki sahaja.bila hatinya terbuka untuk lelaki lain, lelaki yang lama akan ditendang keluar untuk menyediakan tempat demi lelaki baru."...tambah beliau lagi, "hati seorang lelaki pula hanya akan untuk seorang perempuan sahaja.biar ramai wanita bertandang, cintanya hanya untuk yang pertama dan sukar untuk dibuang."..saya tak tahu.beliau yang berkata begitu.

bagi saya, cinta-sayang hanya untuk yang dibuat isteri sampai mati.kalau sudah bercinta/couple tu maknanya sudah bersedia untuk kawin bila-bila masa dan ketika.kalau belum bersedia, tak usahlah berkapel..itu pendapat peribadi saya.tak usah buat hujah pula.sebab itu saya tak kapel-kapel lagi.saya belum bersedia nak berumah tangga..

itu saja saya nak cerita.panjang2 sngat kang mengarut pulak..kbai

Selasa, Jun 5

APA?!

in case kau masih terleka, sekarang sudah bulan Jun tahun dua ribu duabelas.
aku masih sama macam dulu.kacak dan bergaya..tetap single dan alone.
jngan ditanya kenapa, sebab aku juga tak pernah bertanya..

aku sudah duapuluhsatu tahun.belum graduate dari yunibesiti. tak ada harta apa2..
tapi aku ada syarikat freelance sendiri.baru daftar bulan februari haritu.kalau kau ada masalah, aku boleh tolong settlekan..call saja aku.by the way, chechk this out De Glocal Enterprise