Khamis, Mac 10

ini permasalahan pada solidariti kita kot...

kisah pelajar-pelajar di sebuah institusi pelajaran yang tak berapa terkemuka.
yang menentang, yang menyokong, yang senyap membatu, yang berkecuali, dan yang menilai-memerhati dari jauh.
.........

"kenapa kau menentang?"
"kerana aku nak sedarkan kawan aku yang masih terlena dengan segala sogokan kemudahan yang diberi percuma.."
........

"kenapa kau menyokong?"
"kerana pada aku tak salah untuk bersenang-lenang dengan segala sogokan ini selagi ia tak memudaratkan aku.."
.........

"kenapa kau pilih untuk senyap? membatu seribu bahasa?"
"kerana aku pelajar.tugas aku ialah untuk belajar.bukan mempersoal.bukan memenangkan.."
..........

"kenapa kau mahu berkecuali?"
"kerana aku benci untuk peningkan kepala dengan benda remeh yang sengaja diperbesar-besarkan.."
...........

"kenapa pula kau pilih untuk sekadar memerhati, menilai, serta meletak hukum pada mereka?
"kerana apa lagi yang patut aku lakukan bilamana semuanya tampak salah di mata aku?"
............

ini bukan permasalahan tentang samada baik atau jahat.
ini bukan permasalahan tentang samada matang atau tidak.
ini bukan permasalahan tentang samada sedar atau masih terlena.
ini bukan permasalahan tentang samada betul atau salah.
ini bukan permasalahan tentang samada kanan atau kiri.
..............

"jadi ini apa?"
"mungkin betul ini adalah apa yang ditulis pada 'title entry'.mungkin..!?"

kita berdemo

sekarang, universiti aku panas dengan isu pemindahan kolej pelajar-pelajar awam.
mcam-macam hal lah.bising sana-sini, bangkang, itu-ini, salahkan pihak sana-situ...dan aku, buat tak tahu.
bukan apa, malas nak pikir panjang.makin difikir, makin banyak masalah yang timbul.

teman aku tanya, "kenapa kau masuk sini (UPNM) walau kau tahu kau tak dapat jadi kadet sedangkan kau dulu bekas student RMC?"
 jawapan aku mudah."aku tak merancang hidup aku. aku apply masuk semua universiti, mana sampai dulu, aku pergi.dan universiti (UPNM) ini, banyak benefit pada aku."
"benefit? benefit apanya.kena pindah sini, kena pindah sana.menyusahkan adalah.."
"bro, itu cumalah sedikit negatif yang kecil dan simple tapi di-complicated kan oleh budak2 kita.cuba kau cari yang positif.mesti kau akan lebih tenang."
"haha..engkau ni acap.tak mau kalah."
"keh keh..tak salah untuk ikut resmi lalang yang meliuk-lentuk ikut arah angin, sekurang-kurang jangan menegakkan benang yang basah."
"aku tak paham.explain plis"
"tak salah untuk kita ubah pendirian kita, jangan menegakkan pendirian yang salah."
"babik, terasalah syial.."
"keh keh.."
..............

itulah kisahnya. aku terus mendakyah bebudak aku untuk bangkang dan protes perkara yang perlu.kalau itu baik, kita terima. kalau itu burok, kita bangkang, kita protes, kita berdemo.jadi, apahallah buat kecoh kat fesbuk tu.bikin aku bengang je.aku ni dah le dapat bukak fesbuk seminggu dua-tiga kali je.sekali bukak ada dekat 40-60 notification.teruja rasa untuk aku bukak..rupanya, semua komen merapu korang yang kononnya nak membela hak dan nasib entah apa kejadah.sekor-sekor aku lepuk kang..

Isnin, Februari 21

dah lama dah...

gua dah tak de can bukak internet lama2.
jadi dah tak boleh la nak mencarut-carca-merba kat blog gua ni tiap2 kali login.
skrang, gua ada buat buku sendiri.gua mencarut menghambur semua imiginasi gua kat situ.nanti bulan depan gua kasi copy masuk blog.boleh semua baca.kalu nak lah.tak mau pon tak pe.gua tak dek eipek ape-pe..
okay, c u oll neks mun...!?

Ahad, Februari 6

Kisah Cuti

kisah cuti aku,
aku tak balik kampong penang,
aku dicop anak derhaka.kah kah

aku pergi kuantan pahang, drive sendiri,
lepak-lepak dengan anak2 seni,
aku tengok drama, aku dengar puisi,
aku mandi pantai, aku join diskusi.

ceritera diskusi isu itu-ini,
dari cerita music hingga cerita isu ketuhanan berlatarkan duniawi.
ada antara kita yang macam tak peduli,
fikirnya "janji dah buat yang wajib, buat apa fikir2 lagi."

bersembang dengan Fynn Jamal dan Hocy,
aku dapat pengajaran ini:
-jangan nilai manusia dari luaran.sumpah.jangan sesekali.
-tuhan itu ada dimana-mana hatta dalam lubang jamban.
-insan semuanya haiwan yang punya akal fikiran. kita adalah manusia bila kita menggunakan akal kita.
-berdakwah mesti dengan hikmah.bukan dengan kurang ajar.
-setiap persepsi yang kita ada, perlu dirujuk semula makna istilah dan intipatinya.
-Quran semestinya, dan selamanya adalah kitab berpuisi tahap dewa tentang cara hidup.
-insan maksodnya sang pelupa.jadi, selalulah berzikir/beringat-ingat.
-derita dan bahagia setiap dari kita adalah serupa pada hakikatnya.
-akan aku curi semula apa yang telah orentalis curi dari sarjana/cendiakawan kita (islam).

kau mungkin akan suruh aku mengucap semula, bila mana aku cerita isi diskusi kami malam tu.
tapi pada aku, sekurang-kurangnya aku mencari sebab/alasan untuk kukuhkan iman dengan berfikir tentang alam.aku bukan pak turut yang ikot saja telunjuk pemimpin yang kadangkala tafsirannya hanya valid pada waktu dulu.aku  manusia, bukan haiwan.jika kau rasa kau dah bersedia, sila jumpa aku.kita kongsi ilmu.

Rabu, Februari 2

Kotak Gembira - Nyanyian Ekspresiasi Perasaan.

nama pentas aku "Kotak Gembira"...aku dah start compose dan record lagu-lagu baru.ini antara yang dah siap.
aku buat demi ekspresikan perasaan aku.jangan ada ambil hati.keh keh...


ini lagu berjudul Nyanyian Kedamaian dgan chord :
Nyanyian Kedamaian.mp3

C-G-Am-G-F-G

C         G       Am             Em
dunia akhir zaman, bumi dilanda bencana
F              G             C      G
tiada siapa dapat halang ketentuanNya
C        G Am              Em
peperangan membawa kemusnahan
F                G          C
mengorbankan ribuan jiwa.tiada sudahnya

F        C          G             C
ayuh.hentikan.kembalikan semula keamanan
     F       C        G           C       G    
bangkit bersama.wujudkan ohhh...keharmonian (3X)

C F       C        Dm       G
  bumi ini amanah kita semua
 Dm         Em         F            G
  jangan abaikan tanggungjawab bersama

C         G       Am             Em
dunia akhir zaman, bumi dilanda bencana
F              G             C      G
tiada siapa dapat halang ketentuanNya
C        G Am              Em
peperangan membawa kemusnahan
F                G          C
mengorbankan ribuan jiwa.tiada sudahnya

F        C          G             C
ayuh.hentikan.kembalikan semula keamanan
   F      C         G                     C
mari.nyanyikan.tunjuk perasaan benci kezaliman
     F       C        G           C       G
bangkit bersama.wujudkan ohhh...keharmonian (2X)

[*      C   G   C   G
     keharmonian akan kita wariskan,
     C      G             C       G
     moga kekallah buat selamanya aaa
      C G    C G                  C
     kedamaian bumi ini amanah kita
     G          C  G
     hu wohoo oh hoo o oh             ]

   C   ...C
keharmonian.

*9X

ini lagu berjudul Cinta Sawan dengan chord :
Cinta Sawan.mp3

G-C-Am
cinta buta cinta-cinta sawan (3X)
  C     D
kau berdua

    G          C          D              G
kisahnya bermula dari kursus yang dihadiri
   G               C    D
mata bertentang mata terus jatuh ke hati
  Am           C    Am        C        D
namun tak berani meluahkan rasa isi hati sendiri

    G                         C
crita cinta kau berdua penuh gelak ketawa ha-hah-ha
   Am                      C             D
tiada duka tiada derita gembira sentiasa

G                                C
kisah cinta kau berdua kadang-kala ada sedikit gila
   Am                          C                 D
walau kalah drama korea at least dah beat malaysia

G-C-Am
cinta buta cinta-cinta sawan (3X)
  C     D
kau berdua

   G              C           D          G
kini kursus dah berakhir korang apa cerita
      G                  C    D
tak kan belom declare lagi disapu orang nanti
  Am           C    Am        C        D
masih tak berani meluahkan rasa isi hati sendiri

    G                         C
crita cinta kau berdua penuh gelak ketawa ha-hah-ha
   Am                      C             D
tiada duka tiada derita gembira sentiasa

G                                C
kisah cinta kau berdua kadang-kala ada sedikit gila
   Am                          C                 D
walau kalah drama korea at least dah beat malaysia

G-C-Am
cinta buta cinta-cinta sawan (3X)
  C     D
kau berdua

G-C-Am
  C     D
kau berdua
G-C-Am-C-D C-D-G